Thursday, June 14, 2012

MINUM ALKALI ?



Photo: Daripada Ibnu Abbas Radhiyallahu’anhuma :

” Sebaik-baik air yang keluar daripada perut bumi ialah Air Zam Zam kerana terdapat padanya makanan yang mengenyangkan dan PENAWAR yang boleh menyembuhkan penyakit. ” – Hadis Ibnu Hibban dan At-Tabrani

Jus Alkali Himax5 ialah satu penemuan baru, gabungan Sains, Al-Quran dan Sunnah. Ianya adalah hasil daripada Air Zam Zam yang dipadatkan dengan menggunakan teknologi terkini dan ianya juga di terapi dengan Bacaan Al-Quran 30 juzuk dan Doa-Doa Pilihan. Di samping itu, ianya juga diadunkan dengan ramuan terpilih seperti mineral kristal dan Pine Cyprus yang terbukti keberkesanannya di dalam ilmu perubatan.

Jus Alkali Himax5 adalah satu jus minuman alkali yang membantu memperbaiki keseimbangan asid dan alkali di dalam badan ke arah kesihatan yang sempurna. Secara ringkasnya, Jus Alkali Himax5 adalah ” PENAWAR SEMULAJADI PENYAKIT MODEN”.

Ingin cuba? Komen saya nak di bawah ini atau whatsapp / sms ke 016-9974746 (Adib)
Profile Air Zam-Zam



















Antara lain kelebihan air zamzam ini adalah :



1. Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.



2. Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.



3. Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.



4. Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.



5. Antara mata air syurga.



6. Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.



7. Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
















Salam Kekayaan



kITA MULAI HARI KITA DENGAN BERSYUKUR KEPAD iLLAHI DI ATAS SEGALA KURNIANYA.  tHANK YOU YA ALLAH.



Semasa menunggu pelanggan datang membeli, Ain Yoli duduk berfikir bagaimana air digunakan sebagai medium untuk di buat berubat iaitu air di bacakan surah-surah Yassin.   



Ingat tak masa kita kecil?  Jika kita demam atau sedang menghadapi peperiksaan orang tua kita menggunakan air tersebut untuk mengubati atau sebagai peransang untuk kita rajin belajar sehingga memperolehi kejayaan.



Begitu besar pengaruh air Yassin di dalam kehidupan kita.



Air bacaan Yassin juga jika disiram ke atas kubur dipercayaian  siksaan kubur akan terhenti selagi air tersebut tidak kering.  Oleh itu setiap kali kami berziarah ke kubur arwah ayahanda yang amat dikasihi kami membawa air bacaan surah Yassin untuk disiram di atas kubur beliau dan begitu juga air tersebut akan disiram juga di atas kubur-kubur yang mengelilingi kubur arwah ayahanda kami.  Berkongsilah serba sedikit agar semua merasa manfaatnya.  



Bagaimana air ini boleh menyerap surah yasin tersebut?  Adakah air ini ada memori?.  Bagaimana?  Bagaimana? How? How?



Persoalan in telah 3 hari bermain-main di fikiran nenek.  Sehinggakan Ain hampir putus asa untuk mendapatkan jawapan.  Ain rasa harus berhenti berfikir fasal air ini jika tidak dibimbangi nanti ada yang jadi gila pula.  Tetapi selagi persoalan ini tidak jelas Ain tidak puas hati.




Ditakdirkan Allah pada hari ketiga sebuah kereta proton berhenti  dan seorang perempuan manis keluar dari kereta.




Setelah selesai urusan membeli dan pelanggan juga tidak ada kami berkenalan.



"Ain, ada masa tak?  Saya nak cakap sikit"



"Tentang apa?"



"Ain pernah tengok wajah air tak?"



"Awak nak cakap pasal air zam-zam ke?"



Teka Ain dengan terujanya.. 3 hari sudah memerah otak memikirkan pasal air, kini ada hamba Allah yang Allah hantar datang nak berbicara berkenaan air.  Walhamdullillah syukran.



"Hari tu ada  pakar air dari Jepun telah dijemput datang ke Malaysia.  Dia telah mengkaji tentang hal  ini selama 15 tahun.  



Dia dapati air yang paling cantik wajahnya apabila dilihat dibawah microskop ialah air zam-zam.  Wajah air ini bercahaya dan wajahnya   membentuk corak bintang yang dihiasi diamond.



"Pakar itu ambil setitis air dan panggil seorang peserta kursus untuk melihat wajah air tersebutdi bawah microskop.  Kemudian dia suruh orang tersebut menyumpah air tersebut berkali-kali.  Apabila air yang di sumpah itu dilihat di bawah microskop wajah air yang tanpa warna sebelum disumpah telah menjadi keruh seperti warna air teh susu.  



Sekarang air yang sama dia meminta seorang peserta lain pula untuk melihat air yang telah disumpah tadi di bawah microskop dan dia diminta memuji-muji air tersebut



Setelah memuji-muji air dengan berselawat sebanyak 3 kali  dia disuruh lihat air itu di bawah microskop sekali lagi.



Alangkah terperanjatnya dia apabila wajah air yang keruh tersebut telah bertukar kembali menjadi jernih, tanpa warna  dan bersinar-sinar.



Air juga boleh membaca fikiran kita.  Jika kita berdekatan dengan air dan fikiran kita amat kotor air tersebut jika dilihat di bawah microskop wajahnya sangat kotor.  Oleh sebab itu apabila berdekatan dengan air jaga fikiran kita. Air tersebut sangat kotor walhal secara mata kasar kita melihat air itu bersih.



Jika kita memasak sup dan fikiran kita penuh dengan perasaan marah, sah sahlah sup tersebut tidak sedap kerana memori kemarahan kita yang ada di dalam sup tersebut.



Begitu juga jika kita bangun pagi dengan fikiran yang serabut dan tidak tenang lalu kita mandi,  Air tersebut dapat membaca memori kita dan dia bertukar menjadi air yang kotor.  Well, bayangkan jika mandi dengan air yang kotor? Apa yang akan terjadi? 



Oleh sebab itu apabila berada dekat dengan air terutama air minuman, berhati-hatilah dengan tuturkata atau fikiran kita jika tidak, confirm air yang kita minum itu air yang kotor sekotor fikiran kita ketika itu"



MasyaAllah, tertunai juga hasrat Ain untuk mendalami dan memahami berkenaan air.  



So air-air yang telah diperdengarkan surah yasin kepadanya akan menyimpan bacaan surah Yassin yang didengari itu di dalam memorinya menyebabkan air itu menjadi penawar.





AIR KOSONG PENAWAR PELBAGAI JENIS PENYAKIT



KAJIAN para saintis mendapati amalan meminum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.  Japanese medical society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.



Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.



Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.  



*   Minum 4 gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.


*   Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.


*   Selepas 45 minit anda boleh makan atau minum seperti biasa.


*   Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh 2 jam.



*   Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat  permulaan, mereka boleh memulakan kaedah  rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.




*   Kaedah rawatan dipercayai mempu merawat pelbagai penyakit dalam tempuh tertentu:

1.   Tekanan darah tinggi                    -  30 hari
2.   Gastrik                                           -  10 hari
3.   Diabetis                                          -  30 hati
4.   Sembelit                                         -  10 hari
5.   Kanser                                           - 180 hari
6.   Tibi                                                -   90 hari




Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari.  Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

SUMBANGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA.
   

NASIHAT DOKTOR:





AIR UBAT TERBAIK




Saya selalu menasihati bahawa pesakit yang mengalami rasa sakit kepala, rasa nak demam dan sakit badan/sendi disebabkan oleh kekurangan air. Tidak perlu makan pelbagai ubat. Banyaklah minum air (dan paracetamol jika perlu). 




Saya mencadangkan 1.5L sehari..





MINUMAN BERALKALI???





Apa tu?






 Peliknya!!!!





Nanti dulu....cuba baca pendapat pakar tentang air alkali.




Apa Kata mereka?




"Air alkali adalah anti-oksida yang sangat kuat dan satu bahan yang sangat berkesan dalam mencegah penyakit kerana air alkali berion mineral akan membekalkan oksigen yang banyak kepada sel-sel, meneutralkan asid dalam badan dan mengembalikan keseimbangan pH badan" 




- Dr Hidemitsu Hayashi (Director Water Institute of Japan)





"Apa yang saya cuba beritahu dunia ialah minumlah air alkali untuk mengeluarkan bahan buangan berasid, penyebab universal pelbagai penyakit kalangan orang dewasa"




- Sang Whang (Pengarang Buku Reverse Aging)





” Sebaik-baik air yang keluar daripada perut bumi ialah Air Zam Zam kerana terdapat padanya makanan yang mengenyangkan dan PENAWAR yang boleh menyembuhkan penyakit. ”


– Hadis Ibnu Hibban dan At-Tabrani




Jus Alkali Himax5 ialah satu penemuan baru, gabungan Sains, Al-Quran dan Sunnah. Ianya adalah hasil daripada Air Zam Zam yang dipadatkan dengan menggunakan teknologi terkini dan ianya juga di terapi dengan Bacaan Al-Quran 30 juzuk dan Doa-Doa Pilihan. 




Di samping itu, ianya juga diadunkan dengan ramuan terpilih seperti mineral kristal dan Pine Cyprus yang terbukti keberkesanannya di dalam ilmu perubatan.




Jus Alkali Himax5 adalah satu jus minuman alkali yang membantu memperbaiki keseimbangan asid dan alkali di dalam badan ke arah kesihatan yang sempurna. Secara ringkasnya, Jus Alkali Himax5 adalah ” PENAWAR SEMULAJADI PENYAKIT MODEN”.




GOUT



Semua pesakit gout pun tahu bahawa masalah yang sungguh menyeksakan itu adalah berpunca daripada tahap asid urik badan yang terlalu tinggi. 



Selain daripada mengambil ubat gout yang diberi oleh doktor untuk mengawal bengkak dan kesakitan gout itu, anda turut perlu mengambil inisiatif untuk mencari penawar gout alternatif yang lebih selamat dan semula jadi untuk menurunkan bacaan asid urik badan anda. 




Ini adalah kerana anda tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat gout kimia itu buat seumur hidup, semakin banyak pil-pil yang anda telan masuk, semakin besar beban buah pinggang anda untuk menyingkirkan sisa-sisa kimia itu. Kalau keadaan ini berterusan, buah pinggang anda akan menjadi semakin lemah dan akhirnya berhenti fungsi sama sekali.





Salah satu penawar gout yang paling semula jadi adalah air zam zam. Selama ini, air zam zam sudahpun terkenal dengan kuasa pemulihannya terhadap macam-macam penyakit. 




Walaupun terdapat pihak yang meragu-ragu tentang kesahihannya, pengalaman dan kisah benar ramai pesakit gout beragama Islam yang baru kembali dari Tanah Suci turut membuktikan keajaiban air zam zam.





Persoalannya adalah, bagaimana air zam zam dapat membantu mengurangkan masalah gout? Jawapannya adalah terus dan jelas, kajian saintifik menunjukkan bahawa air zam zam mengandungi bahan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium, kalium yang boleh meningkatkan pH air dan menjadi alkali. 





Asid Urik seperti namanya, adalah sejenis asid dan apabila asid bertemu dengan alkali, mereka akan saling meneutralkan. Bahan hasil peneutralan akan disingkirkan melalui air kencing dan peluh.




Wednesday, June 13, 2012

Mengintai Pontianak

Salam Kekayaan

Kita mulai hari kita dengan bersyukur dengan apa jua kurnia Allah kepada kita.  Terima kasih yang Allah.  Kurniakanlah kekayaan yang berganda lagi kepada kami esok.  Ameen.


Mengintai Cik Pontianak 

Nenek sedang menunggu pembantu nenek.  Dah lewat dekat 1 jam tetapi sebab urusan penting nenek tunggu juga sambil berzikir untuk mengurangkan perasaan marah.  Budak ini memang tak ada disiplin langsung.  Dipecat nanti baru tau.

"Kenapa lambat sangat"

"Motor buat perangai kak.  Malam tadi malam jumaat kliwon jadi kita orang pergi mengintai pontianak kat hutan tu, budak mana ntah dah rosakkan motor saya."

Dia  menunjuk ke arah hutan simpan di ulu klang.

"Tolonglah Adi, terus terang saja, kalau A katakan A jangan beri alasan yang tak waras ini"

"Betul kakak, setiap sebulan sekali kami akan ke sana mengintai pontianak"

"Aduh, carilah hobi lain, mengusik perempuan ke, pergi mengurat kat dataran ke ada juga thrillnya.  Ini kak Pon.  Tak takut dikerjaing ke?"

Nenek tergelak.

"Kakak tak tau, di kampung kami inilah hobi kami".

"Malam tadi kami pergi mengintai Pontianak pukul 3:30pagi. 5 biji motor.  Panggil dia keluar.  Bila dia sudah keluar dia akan melihat ke sana ke sini mencari orang yang memanggilnya.  Dia akan amat-amati kita dengan liuk lintuknya.  Dia juga akan menghidu-hidu kita.   Jika dia suka kita, dia akan merenung kita dengan matanya yang cantik itu.  Jika dia tak suka kita, inilah saat yang mencemaskan.  Inilah saat yang ditunggu-tunggu.  Dia akan berubah dari perempuan cantik ke rupa paras yang sangat hodoh".

"Yang seronoknya saat inilah.  Saat dia berubah.  Inilah saat yang ditunggu-tunggu.........cabut lari.   Start motor dan lari selaju yang boleh.  Tapi sebelum itu akan ada satu motor akan di rosakkan tanpa diketahui oleh pemiliknya. Malam tadi aku kena.  Kerosakkan kecil sahaja sehingga tidak memudaratkan.  Sesiapa yang motor kena tu, kalau motor tak boleh start kenalah berlari laju-laju.  Sekejap selepas itu nanti akan dijemput.  Masa itu tengok lah, ada yang muntah-mutah, ada yang separuh pengsan, ada yang pengsan dan ada yang demam seminggu tak kebah kerana ketakutan...dan ada juga yang tidak ada kesan apa-apa pun, hah itu kira terrer le...heh...heh..."

"Wah, nampak macam seronok ajer, nak ikut"

"Kakak tak boleh ikut"

"Nape"

"Dia tak suka perempuan, lagipun kalau dia nampak kakak dia terus tak keluar"

"Nape erk"

"Alaihai, tak kan tak tahu lagi kot, kak kan hafal ayat-ayat Quran.  Dia takut ngan kak"

Boleh percaya ke budak-budak Acheh nih, tapi sesiapa yang hendak membuat expedisi mengintai pontianak bolehleh join dia orang ni. Ada berani?.

Tapi menurut anak cemerlang nenek,  suatu malam minggu mereka berkumpul 6 orang dekat pagar  di tepi rumah nenek di kelumpuk cempaka melihat kereta yang bertali arus melalui DUKE dan menunggu mat rempit racing.

 Tepat pukul 3:00 pagi ada dua buah van berhenti di depan Kelumpuk Kenanga dan semua yang keluar dari van itu memakai t-shirt hitam dan seluar panjang hitam.  Bercampur lelaki dan perempuan.  Diketuai  seorang  yang nampak lebih tua.  Mereka membawa kamera dan peralatan-peralatan macam peralatan dalam siri mencari hantu "seekers" kat TV3 tu..

Mereka berkumpul di sekolah menengah setiawangsa di bahagian sebelah DUKE.  Mereka set-up peralatan mereka dan menunggu.  Setengah jam kemudian, tiba-tiba kedenganran suara menjerit ketakutan "lariiiii".  Mereka bertempiaran lari lintang pukang menuju ke van yang diletakkan di hadapan kelumpuk kenanga dan terus pergi dengan van dipecut laju.

Apa yang berlaku?

Menurut cerita anak cemerlang nenek itu ketika jeritan "lariiii" kedengaran dia dan kawan-kawan melihat pada dinding sekolah itu satu bayang-bayang yang sangat besar terbayang di dinding sekolah itu. Bayang seorang lelaki yang besar dan tinggi.  Bayangan kemudia  seolah-olah terbang mengejar kumpulan berbaju hitam tersebut. Tetapi sekelip mata sahaja, bayangan itu ghaib.

"Bayang apa itu ibu, tak mungkin adik silap kerana kawan adik 6 orang pun nampak. Mereka juga lari lintang pukang."

"Kalau tinggi tu hantu tinggilah, jaga-jaga ye dia suka budak lelaki" Nenek bergurau.

:Hanya Allah jua yang mengetahui.


The Moral of the Story though     

Jangan dicari, nanti dapat.  Belajarlah untuk berhenti.








Tuesday, June 12, 2012

Di sini ada hantu

Salam kekayaan

Kita mulakan hari kita dengan bersyukur ke hadrat Illah di atas segala limpah kurnianyaNya.  Terima kasih ya Allah di atas segala-galanya.

Kita mesti mendidik diri kita menjadi hamba yang disayanginya. Khazanah kekayaan itu Allah yang pegang.

Jika dunia luar kita tidak elok siapa hendak kita persalahkan?  Adakah hendak menyalahkan dunia luar? Kita patut salahkan paradigma kita.  Tidak ada siapa yang boleh mengubah paradigma kita melainkan diri kita sendiri.

Mulakan dengan fikiran, kerana fikiran membentuk emosi, emosi akan membentuk perkataan, perkataan akan membentuk perbuatan, perbuatan akan membentuk sikap, sikap membentuk personaliti, personaliti  menentukan destinasi dunia dan akhirat kita.

Jika kita hendak betulkan dunia luaran kita  maka betulkan dunia dalaman kita dahulu melalui pemikiran kita.  Pemikiran dan perasaan adalah dunia dalaman.  Tindakan dan hasilnya adalah dunia luaran.  Tindakan adalah jambatan di antara dunia dalaman dan dunia luaran kita.

Kebanyakkan manusia melakukan senaman fizikal mereka tetapi sebenarnya mereka perlu terlebih dahulu melakukan senaman minda untuk melawan nafsu.  Apabila kita berjaya melawan nafsu, insyaAllah hidup kita akan bahagia.

"Petikan dari buku CELIK MATA DAN JIWA-by .Prof Dr Muhaya MD. PhD"

Terima kasih Prof untuk buku yang bijak dan berjiwa besar ini.  Minta izin Prof nak kongsi dengan anak cucu saya.


Ini satu kisah benar yang dialami oleh keluarga nenek-'lek sekejap

Ayah nenek telah ditukarkan ke sebuah kampung di ulu sungai tembeling pada tahun akhir 1968an,.

Sebelum bertolak ke kampung tersebut kami telah diberitahu bagaimana untuk bergaul dengan orang-orang kampung dan profil orang-orang tertentu di kampung tersebut yang perlu kita tahu sebelum kita berkenalan dengan mereka agar nanti ayah sebagai seorang guru besar tidak terkejut dan tahu bagaimana untuk bijak mengawal situasi apabila berdepan dengan kerenah orang-orang tersebut.  Kerana jika tersalah langkah, guru-guru besar yang terdahulu diusir oleh orang kampung walaupun tanpa sebab yang menasabah.

Setelah berkenalan dengan semua orang kampung, tidak ada masalah. Mereka boleh datang ke rumah dan ke sekolah bila-bila masa mereka suka dan ibu pula sebagai bakal guru yang tidak sempat menamatkan penganjian kerana perang dunia ke 2 meletus dan jepun menawan Malaya, pandai mengambil hati orang kampung dengan kelas jahitan dan kelas masakannya.

Tiba-tiba abang Jo sakit.  Dalam keadaan sakit yang tidak diketahui sakitnya setelah puas keluar masuk hospital Jerantut, tiba-tiba dia merepek-repek dan meracau-racau mengatakan dia akan mati dan panggillah datuk penghulu ke rumah.

Apa kaitannya budak sakit merepek-repek dan datuk penghulu?  Mak dan ayah tertanya-tanya.

Malam itu emak mendapat mimpi.  Dalam mimpi emak seseorang telah datang ke rumah  dan memanggil emak untuk keluar  bercakap dengannya.

Dalam mimpi tersebut emak membuka pintu rumah dan melihat seorang lelaki berpakaian sepasang hitam siap dengan tanjaknya membawa parang yang diasah berkilat dan berkilau di tangan dengan muka yang garang dan bengis.

"Shamsiah, anakmu sangat jahat.  Habis semua ikan kesayangan aku dibunuhnya.  Rumah aku dikotorinya dengan air kencing kawan-kawannya.  Anak aku mati terkena air kencing  anak kau. Ikutkan hati aku. aku bunuh anakmu sekarang"

Tidak sempat mak menjawab dia ghaib dari pandangani dan mak terjaga dari tidur. Emak dapati dia berada di  muka pintu rumah yang terbuka dan tidak ada sesiapapun di hadapannya.

Keesokkan malamnya emak mendapat mimpi yang sama.  Dan orang tua tersebut mengancam membunuh abang.

:"Maafkanlah anak saya dia budak berumur 7 tahun.  Dia tak tahu kalau dia telah buat salah.  Maafkanlah anak saya.  Saya bayar gantirugi asal datuk lepaskan anak saya"

"Aku boleh maafkan anak kau kalau kau buat kenduri arwah dan bertahlil untuk anakku yang anak kau bunuh selama 3 hari berturut-turut dan ingatkan anak kau jangan dekati kawasan aku lagi"

Dia tiba-tiba menghilang dari pandangan emak. Dan seperti sebelumnya mak dapati dia berdiri di muka pintu yang terbuka dan tidak ada sesiapapun di hadapannya.

Ketika ini abang telah sebulan sakit dan tidak boleh makan.  Dia hanya minum air nasi sahaja.  Badannya tinggal tulang rangka  dan yang pasti doktor mengesahkan dia tidak sakit apa-apa melainkan kekurangan zat makanan. Doktor mengunakn motor boat datang seminggu sekali melawat kampung-kampung di ulu sungai tembeling di zaman itu.

Keesokkan harinya datuk penghulu dipanggil.

:"Jangan-jangan dia telah pergi bermain di kolam di tepi sungai tak.  Itu kawasan orang.  Sesiapa pun dari kampung ini tidak pergi ke sana kerana sangat kerasnya kawasan itu.  Ketika musim kemarau yang teruk air sungai kering sehingga ke paras buku lali tetapi air kolam tersebut tidak kering"

Itulah hubungannya dengan tok penghulu.

Kenduri dan tahlil pun dibuat selama 3 hari berturut-turut.

Malam tersebut emak mendapat mimpi lagi yang orang tua tersebut datang ke rumah.  Dengan wajah yang sayu dan sangat sedih dia memandang emak kemudian dia menundukkan mukanya dan terus ghaib begitu saja dari pandangan mata.  Sekali lagi di tengah-tengah malam itu emak dapati dia berdiri di mula pintu yang terbuka dan terpingga-pingga kehairannan kerana setahu mak dia tidur dan bagaimana dia boleh membuka pintu.

Apabila abang telah sihat kembali dia menceritakan dia telah pergi ke kolam tersebut untuk menangkap ikan.  Ikan-ikan di kolam tersebut sangat luarbiasa cantiknya.  Air kolam itu sangat sejuk dan jernih, jadi dia dan kawan-kawannya telah mandi manda dan menangkap ikan yang cantik berwarna-warni tersebut. Kerana tidak membawa bekas ikan, ikan-ikan itu semuanya telah mati kelemasan udara kerana tidak ada air dan mereka telah membuang ikan-ikan itu di dalam perjalanan pulang kerumah.

Setiap kali emak membuat majlis kesyukuran seperti tahlil dan bacaan yassin pasti  dia akan berpesan kepada Tok Imam untuk menghadiahkan sekali kepada 'mereka' yang telah pergi dari alam ghaib.

Sejak peristiwa itu kami semua telah dididik untuk mengenal pasti perkara-perkara seperti ini.  Jika ke hutan                   atau ke sungai ada disiplinnya. Hormatilah alam persekitaran kita.  Ikuti gerak hati. Bila bercakap. cakap yang elok-elok sahaja, bila berjalan, berjalanlah berhati-hati jangan sampai kita menyakiti sesiapa.  Kita berjiran dengan mereka.  Kita kongsi dunia yang sama tetapi alam kita berbeda.








Sunday, June 10, 2012

The Handsome Boy Next Door

Salam Kekayaan

The Handsome Boy Next Door - by Nenek Kebayan Comel

Maria tinggal di kampung.

Seperti gadis kampung dia suka memancing. di masa lapang dia akan pergi memancing di sekitar rumahnya dan oleh kerana memancing itu hobi sahaja dia dan keluarganya tidak kisah jika dapat ikan ataupun tidak.  Nama pun hobi kan.

Pada  suatu suatu petang yang mendamaikan, ketika dia sedang menunggu pancingnya di makan ikan, dia membaca buku sekolah, sambil menyelam sambil minum air.  Tetiba dia terpandang seorang budak lelaki yang agak tua sedikit darinya memancing juga di hujung kolam tersebut.  Dia hanya nampak belakang budak itu sahaja.  Setelah bosan kerana tidak mendapat seekor ikan pun dia pun pulang, begitu juga dengan budak lelaki itu.

Keesokkan harinya dia teringin hendak melihat sungai.  Dia meminta izin dari ibunya untuk berjalan-jalan di tepi sungai melihat aliran air sungai mengalir.  Itu sangat mendamaikannya.  Ibunya membenarkannya pergi ke tepi sungai dengai syarat dia tidak mandi sungai.  Beres.  

Sampai sahaja di tepi sungai dia melihat budak lelaki tersebut juga ada di tepi sungai memancing.  Dia memandang kearah budak tersebut untuk melihat samaada dia mengenalinya kerana dia kenal semua orang di kampungnya dan orang kampung semua mengenali dia.  Budak itu tidak menolehpun kearah dia.

Keesokkan harinya dia ingin memancing di kolam di kaki bukit dekat rumahnya.  Sememangnya di kolam itu tidak ada ikan besar pun tetapi deruan angin di kaki bukit amat menyenangkan hati.  Ketika menghampiri kolam tersebut dia melihat kelibat budak lelaki kelmarin juga memancing di kolam tersebut sambil membaca buku.

"Tak apelah, ada kawan" fikirnya.

Tetiba kailnya ditarik ikan.  Dia menyentak kailnya dan dapat seekor ikan.  Dan kail budak lelaki tersebut juga dimakan ikan, kemudian kailnya pula ditarik ikan.  Suasana sungguh meriah seolah-olah ada pesta ikan memakan pancing.  Tetiba secara tidak  sengaja pandangan mereka bertembung.  Dia dapat melihat dengan jelas budak lelaki itu sungguh kacak orangnya dan dia tidak mengenalinya.  Mungkin budak luar yang datang memancing ke sini fikirnya.  Apabila pandangan mereka bertembung buat kali kedua dia merasakan satu perasaan yang begitu aneh menjalari keseluruh urat sarafnya, dan dadanya berdebar-debar seolah-olah jantungnya seakan putus.Dia tiba-tiba sesak nafas. Dadanya terasa sakit yang teramat sangat tapi amat menakutkanya dia juga rasa kesakitan itu amat menyenangkan.

Balik ke rumah dia demam selama 3 hari.

Duduk di rumah selama 3 hari hanya memandang langit amat membosankanya.  Dia mengambil joran dan menuju ke belakang rumah.  Whoa, nafasnya seakan terhenti kerana budak lelaki tersebut sudah ada di situ.

Dan dia rasakan perasaan aneh itu lagi.  Kehangatan melayari seluruh jiwa dan raganya. Dia berpatah balik tetapi dia terdengar suara yang amat lembut menegurnya Saya juga malu seperti awak tapi marilah  memancing dengan saya.

Dengan muka merah padam kerana malu dia menoleh kebelakang.  Apabila pandangan mereka bertembung, cantiknya mata dia dia berbicara dalam hati dan alangkah terperanjatnya dia apabila dia mendengar suara lembut itu menjawab kedengaran di dalam hatinya terimakasih, jangan takut saya boleh mendengar bisikan hati awak.  Sudikah  awak berkawan dengan saya?.

Hari-hari yang dilalui amat mengembirakannya.  Perubahan tingkahlakunya hanya terbongkar apabila dia sering mengigau dan perbualan-perbualan dengan penuturan bahasa asing yang tidak difahami tetapi dia fasih menuturkannya di dalam tidurnya itu membongkar semua rahsia.  Dia ada kawan asing yang sering datang di dalam mimpin-mimpinya.

Datuk dia dipanggil dan malam itu antara sedar dan tidak dia terdengar perbualan di antara datuknya dan sesesorang yang di panggil naik ke rumah.

"Kau telah mungkir janji.  Kau sepatutnya menjaga mereka dari jauh dan anak cucu kau tidak boleh sama sekali mendekati anak cucu aku.  Ini perjanjian kita.  Kau telah melanggar perjanjian.  Aku lebih rela cucu aku mati dari berkawan dengan cucu kau"

Sejak malam itu dia tidak berjumpa denganya lagi.  Pesanan demi pesanan dihantar namun tiada balasan.  Di waktu jaga dan tidur dia mengharapkan kehadirannya tetapi dia seolah-olah hilang lenyap dari alam ini.

Sejak itu seolah-olah kebahagiaan telah dirampas dengan kejam dari hidupnya dan dia seolah-olah tidak mahu hidup lagi.

Setiap kali airmatanya tumpah, ayahnya memeluknya dengan airmata dan berkata

"Menanggislah sekarang, ayah tidak mahu melihat kau menangis di kemudian hari"

Diantara sedar dengan tidak, diantara kewarasan untuk hidup dan mati dia mendapat pesanan darinya yang dia amat meyayanginya dan teruskan hidup kerana jika dia mati dia juga akan mati, jika dia hidup dia juga akan hidup.  Jangan bersedih jika tidak mahu dia bersedih.  Takdir telah ditulis dengan tinta darah yang tidak mungkin terpadam.  Aku mencintaimu dengan seluruh nyawaku.

Tetiba dia mendapat semangat baru.  Dia memeluk ayahnya dan memberitahu dia hendak meneruskan perlajaran ke universitu dan mengejar cita-citanya ingin menjadi sarjana.  Semua orang gembira,  Dia telah melepasi saat-saat yang sukar dalam hidupnya.

Dia menjadi seorang yang berkerjaya, cantik dan amat menyenangkan semua orang tetapi sangat-sangat dingin.  Seolah-olah dia telah membina satu tembuk yang tidak ada sesiapa pun yang boleh menembusinya.

Setiap orang yang mengajak dia berkahwin akan ditolah mentah-mentah atau mereka akan ditinggalkan.  Dia akan dissapear dari hidup mereka.  Dia akan putuskan semua hubungan dan dia tidak dapat dihubungan lagi.  Ini amat menyedihkan ayahnya,

Dia mendapat pesanan dari ayahnya yang ayahnya akan menunaikan fardu haji dan dia di kehendaki mengambil cuti panjang selama sebulan untuk menjaga rumah sepeninggalan ayahnya.

Tanpa banyak soal dia pulang ke kampung.  Alangkah terperanjatnya dia kerana ayahnya telah mengaturkan perkahwinannya.  Dengan linangan airmata dia menolak tetapi ayahnya memberi kata dua jika dia menolak pilihan orangtua dia hendaklah mengantikannya dengan orang yang dia suka untuk dijadikan suami mengantikan pilihan orang tuanya.

Dia ada seorang kawan yang amat menyukainya. Walaupun tidak ada perasaan cinta dari pihaknya tetapi dia kawan baik yang amat disenanginya.   Dan ayahnya menjemput lelaki tersebut ke rumah.

"Saya dipaksa kahwin" dia mengadu dengan suara bergetar.

"Saya tidak dapat berbuat apa-apa Maria.  Tapi sudikah awak jika dipaksa kahwin dengan saya?"

Dengan linangan airmata dia mengenggam tangan lelaki dihadapannya dan menganggukkan kepala.

"Awak tidak akan ada kekurangan apa-apa lagi jika berkahwin dengan saya.  Itu saya akan pastikan"

Masalah bermula ketika Ain darjah satu.  Dia dihantar ke sebuah sekolah ugama berprestasi tinggi di KL.  Tetapi dia tidak mahu pergi ke sekolah.  Dia hanya bersekolah darjah satu selama 2 minggu sahaja.  Berbagai ikhtiar dilakukan oleh ibubapanya untuk memujuk Ain untuk ke sekolah tetapi Ain tetap tidak mahu ke sekolah.

Ain nampak benda-benda yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan ada di antaranya menakutkannya.

":Ayah Ain nampak ramai orang berkumpul di tepi jalan dan kenapa semua memakai baju putih"

"Mana, mana?"

"Ayah kenapa ayah langgar kakak yang lintas jalan tu"

"Mana, mana?"

Setelah hampir setahun, semua ini telah menjadi kebiasaan dan mereka cuba menangani masalah ini dengan bijaksana,

Di rumah Ain bangun pagi seperti biasa bersiap-siap berpakaian sekolah lengkap tetapi dia tidak akan pergi sekolah.  Dia bersekolah di rumah sahaja. Jika dipaksa juga ke sekolah dia akan menanggis berjam-jam lamanya.

Dia bermain sekolah-sekolah sendirian di rumah dengan gembiranya.

"Sayang buat apa tu?"

"Main cikgu-cikgu ibu.  Ain jadi cikgu, Rahman jadi murid.  Rahman cerdik ibu, macam Ain"

Kering darah dia saat itu.

Satu malam selepas mengerjakan sembahyang Tahajjud dan masih di atas tikar sembahyang dia menghantar pesanan melalui bisikan hati dengan linangan airmata.

"Assalammualaikum Fudhalku, ini aku Maria, aku dalam kesusahan.  Anakku Ain tidak mahu bersekolah"

Sesaat itu Fudhal mengzahirkan dirinya di depan dia.

Setelah sekian lama, mereka berpandangan dengan linangan airmata.  Masih terasa debaran cinta pertama walaupun bertahun-tahun terpisah.  Fudhal memakai jubah dan berserban putih.  Wajahnya berseri-seri.

"Fudhal....Fudhal..."
"Maria......Maria...."

Tidak ada suara kedengaran hanya gelombang bisikan hati yang bergetar. Pandangan mata mengambarkan segalannya.

"Anakku nampak duniamu Fudhal. Itu mengelirukannya. Dia tidak akan nampak tanpa perantara.  Siapakah yang mendampingi anakku Fudhal?'

Suara lembut masih mengetarkan hati dan dia seakan-akan hilang dalam pelukan alunannya.

"Maafkan aku.  Dua bulan yang lepas aku baru sembuh dari sakit yang berpanjangan.  Aku amat merinduimu jadi aku mengunjungimu dan memerhatikan dari jauh agar kau tidak terasa kehadiranku.  Tapi tanpa aku sedari anakku Rahman mengikuti dari belakang.  Aku akan selesaikan masalah ini.  Anakmu anakku juga.  Sekali sakitmu seribu kali aku terasa.  Aku juga tidak mahu mereka rasakan kesakitan yang kita rasai.  Selamat tinggal nyawaku"

Dia berjanji dalam hati dia tidak akan menangis lagi.  Demi cintanya pada Fudhal dan semua yang disayanginya dia akan ciptakan shurga untuk mereka. Aku cipta bahagia agar kau bahagia bisiknya menghapus airmata.

10 tahun telah berlaku.

"Ini password untuk blog ibu"

"'Sayatidaktakuthantu'?   kenapa password macam tu, tak ade password lain ke"

"Ain 'taktakuthantu' sebab Ain ade kawan nama Rahman!"

Hampir melayang ruh dia dibuatnya.

"Siapa Rahman Sayang?"

"Ibu, Rahman kan nama Allah.  Apalah ibu ini.  Melodramatik betul.  Semuanya ibu prasangka.  'Lek er".

"Ok, 'lek er"

She supposed not to remember anything, isn't she?.

Wallahu waallam.

The Moral of the Story though

Apa jua tindakan kita hari ini akan ada balasannya dan akan memberi kesan kepada keturunan kita.  Bertanggungjawablah ke atas keturunan kita walaupun mereka masih berada di alam ghaib.

Untuk anak-anak perempuan, berhati-hatilah meletakkan cinta pertamamu.  Adakah dia layak?  Kerna kau tidak akan lupakan cinta pertamamu.  Kau akan ingat cinta pertamamu sampai tua.  Letakkan pada tempat yang betul agar apabila kau mengingatinya kau akan ingat dia dengan senyuman dan perasaan bahagia bukan benci dan deraian airmata.









Saturday, June 9, 2012

The Ugly Malaysians i

Salam Kekayaan

The ugly Malaysians i

Kita mulakan hari kita dengan bersyukur dengan apa jua yang Allah anugerahkan kepada kita. Terimakasih ya Allah.

 Allah akan beri kita apa yang kita beri tumpuan dan bukan apa yang kita mahu.  Jika apa yang kita mahu kita berikan tumpuan, insyaalah kita dapat babes, tak percaya?  cubalah!.

Nenek menghadiri kursus macamana hendak cracking the millionaire code.

Datuk yang menganjurkan kursus tu tanya

"Siapa yang hendak menjadi kaya angkat tangan"

Tida ada sesiapa pun yang angkat tangan.

Setelah tiga kali bertanya barulah seorang peserta kursus bangun dan bersuara

"Saya nak jadi kaya Datuk"

"Bila awak nak jadi kaya tu?

"Satu tahun dari sekarang"

"Siapa lagi nak jadi kaya?"

Tidak ada sesiapa pun yang bangun bersuara.

Datuk bertanya kepada seorang perserta lain bila dia agak-agaklah akan jadi kaya.  Peserta itu berkata dia hendak menjadi  kaya tetapi tidak tahu bila.

"Macamana nak kaya?.  Nak jadi kaya pun tak tau bila.  Lepas tu sekejap nak kaya, sekejap tak nak kaya, nak kaya tak nak kaya.  Sebab itulah sampai sekarang tak kaya-kaya"

Terdengar gemuruh suara peserta bersuara saya nak kaya.

"Bila"

Setiap orang memberikan jawapan yang berbeza dan mereka tentukan sendiri ikut citarasa masing-masing.

'Lek ngar'

"Sebab itulah sampai sekarang tak kaya-kaya"

"Nak kaya mesti ada mindset, tetapkan matlamat dan mesti fikir kita telahpun mendapatnya.  Barulah kita akan dapat kejayaan 300%"

So on and so forth.

Sesiapa yang baca blog ini nenek sumpah kau, demi Allah aku sumpah kau jadi kaya.  Ameen.

Layan kisah benar ini semoga menjadi teladan:


Satu kisah ketika nenek kecil dahulu.  Rumah nenek di kampung agak dekat dengan jalanraya tetapi masih di kelilingi hutan tebal.  Sekarang  tapak rumah lama tersebut   itu telah dijadikan ladang kelapa sawit. Dan ada dua buah rumah lagi dihadapan rumah nenek.  Jadi tidak sunyi sangatlah.

Ada satu perempuan ini suka datang ke rumah nenek.  Orangnya sangat cantik dan berhidung mancung  tetapi agak menghairankan kulitnya amat putih pucat dan dia selalu membawa 3 orang anak lelakinya bersama.  Anaknya pun sekulit dengan ibu mereka.  Tak macam kita semua orang kampung.

Mereka datang untuk meminta air hujan.  Kerana rumah kampung jadi ayah nenek menampung air hujan di dalam tong besar.  Adalah 6 atau 7 tong untuk menampung air dan pelbagai kegunaannya.  Masa itu air paip belum ada.

Suatu hari dia datang meminta air hujan dari ibu nenek.  Anak-anak lelakinya juga ada bersama.

Kedengaran bunyi kereta berhenti di hadapan rumah tetapi tidak kelihatan sebuah kereta pun.

":Mungkin tersorok" fikir nenek.

:"Dah dia datang dah..." nenek terdengar ibu nenek bercakap sendirian.  Ketika itu kami semua bermain di beranda rumah.

"Kakak, boleh saya ambil air"  sapa permpuan tersebut.

Ibu hanya senyum dan menganggukkan kepala.

"Cantiknya anak-anak kakak.  Putih-putih" katanya sambil memandang kita semua yang sedang memerhatikan mereka anak beranak.

"Bolehkah kakak anak kita berkawan dengan anak kakak?" tanya perempuan tersebut sambil tersenyum memandang kita semua.  Anak-anaknya juga memandang kita sambil tersenyuim.

Ibu nenek tidak menjawab.  Mukanya pucat lesi.

Sehinggalah perempuan tersebut beredar ibu nenek masih tidak bergerak-gerak dari tempat dia berdiri dengan muka yang pucat lesi.

Begitulah setiap kali mereka datang, akan kedengaran bunyi kereta berhenti, kereta tidak kelihatan tetapi tidak ada bunyi engin kereta dihidupkan ketika mereka beredar.

Malam itu rumah kita dikungjungi oleh saudara mara sebelah ibu nenek.  Mereka sangat sibuk membaca yasin dan sembahyang sepanjang malam.

Keesokan malamnya  saudara mara sebelah  ayah datang berkunjung.  Mereka juga sibuk sepanjang malam dengan membaca yasin dan bersembahyang hajat.

Kami semua diingatkan oleh orangtua tidak boleh keluar rumah dalam masa seminggu dan mesti berada di dalam rumah sebelum maghrib.

"Kenapa semua orang sibuk"

"Jangan tanya"

"Kenapa tak boleh main kat luar rumah"

"Jangan tanya"

Semua jawapan untuk semua soalan akan dijawab dengan jawapan yang sama "jangan tanya"

Setelah tiga hari berturut-turut mengadakan kenduri Datuk iaitu ayah kepada emak nenek pun berangkat pulang ke rumahnya di Tanjung Buluh.

"Jangan bimbang Shamsiah, mereka telah diingatkan dan diberi amaran agar menjauhi keluarga kita.  Mereka juga telah berjanji tidak akan ke sini lagi"

Pada zaman mudanya datuk nenek dan datuk sebelah ayah nenek mereka memiliki ilmu kebal.  Setelah pemerintahan jepun tamat mereka telah membuang ilmu tersebut.  Ilmu ini melibatkan unsur-unsur dari alam ghaib.  Mereka takut anak cucu kepada khadam ilmu kebal mereka dahulu datang mencari waris atau anak cucu mereka untuk kembali menyambung silaturahim.

Dari luar pagar kelihatan seorang perempuan bersama 3 orang anak lelakinya memandang kanak-kanak yang bermain dengan riuh rendahnya di halaman rumah Cikgu Bakar.  

Mereka kelihatan sedih.

Terdenganr bisikan-bisikan lembut yang mana bahasa yang digunakan hanya mereka sahaja yang mendengar dan memahaminya.   Mereka tidak bersuara.  Mereka berkomunikasi mengunakan telepathi.

"Maafkan emak anak, kita tidak boleh pergi melawat mereka lagi"

"Mengapa kita tidak boleh berkawan dengan anak dia emak?"

"Emak mereka takut dengan kita anak.  Kita hanya boleh melihat mereka dari jauh tanpa menampakkan diri kita.  Datuk kamu telah berjanji anak cucu cicitnya tidak akan mendekati anak cucu cicit mereka.  Mak yang bersalah kerana melanggar perjanjian.  Maafkan mak anak-anakku.   Kadangkala mak lupa alam kita berbeza"




Friday, June 8, 2012

The Ugly Malaysian

Salam kekayaan

TheUgly Malaysians


Sebuah kisah benar, kisah biasa-biasa, orang biasa-biasa punyai anak yang luarbiasa.

Suatu hari nek hendak mengambil barang di Jerantut dan harus balik ke KL pada hari yang sama.

Dari KL ke Termeloh naik bas ekspress, sampai di Temerloh ambil teksi.

'"Seorang aje.."

"Ya Haji..."

Orang teksi tu pakai songkok putih dan kebiasaan nenek akan panggil mereka haji.  Nenek ambil satu teksi ke Jerantut.

"Tunggu sekejap ye, kalau ambil satu teksi nanti mahal sangat.  Kita tunggu sekejap manalah tau ade penumpang lain....ya Mak Aji."

Baik hati sungguh haji ini sedangkan tambang teksi itu nenek yang bayar.

Dalam perjalanan ke Jerantut perbualan seperti ini taken place.  Nenek duduk di belakang dan dua orang haji duduk di hadapan.

Setelah berkenalan dan cerita pun berkisar kepada hal ehwal anak-anak.  Kita semua orang Jerantut... syukran.

Pemandu teksi  ada dua orang anak belajar di USA.   Dan haji disebelahnya satu anak baru habis belajar UKM dan seorang masih di Universiti tempatan dan nenek alalai nyesal lak tak ada anak banyak-banyak

Haji teksi bercerita berkenaan anak keduanya yang belajar di US.  Tidak pernah menyusahkannya.  Dia mendapat biasiswa kerajaan.  Tidak pernah meminta wang belanja dari ayahnya.  Kerana di sana dia mengambil kerja part-time di sebuah masjid.  Masjid kat sana kecil sahaja, tetapi mereka memerlukan sesesorang untuk membuat kerja-kerja kecil-kecilan dan dibayar elaun yang lebih dari mencukupi keperluannya.

Haji penumpang bercerita  dia mendapat surat merah dari PTPTN kerana anaknya tidak membayar pinjaman.  Bukan dia seorang katanya yang mendapat surat merah, ramai kawan-kawannya sama. Anak mereka masih tidak bekerja dan jika bekerja pun gaji tidak mencukupi.

"Macamana nak bayar, dia tak dapat kerja dengan kerajaan lagi.  Dah setahun dah tunggu panggilan kerja. Sekarang dia kerja sementara dengan gaji RM1,500 sebulan duduk KL, nak bayar sewa rumah lagi, duit upah pengasuh lagi, ansuran kereta lagi.......Kena pergi jumpa wakil rakyat lah untuk mnyelesaikan masalah nih."

Nenek pun menyibuk

"Suami dia kerja ke?"

"Kerja lah, tak kan nak suruh suami dia bayarkan PTPTN".

Haji teksi kata

"Pinjaman tu kena bayar sebab nanti orang kemudian boleh pinjam ....."

Wah, tak betul dan huruhara sungguh keluarga ini.  Patutlah. Nenek diamkan sahaja.

Haji teksi kata

"Kawan saya lagi kasihan, dia tak ada anak, ambil anak angkat, dapat belajar kat England dengan biasiswa kerajaan, bila tamat belajar dia terus tak balik Malaysia.  Jadi sebab melanggar perjanjian biasiswa mak ayah angkat dia kena saman.  Tak taulah macamana dia orang nak selesaikan masalah ini.  Dahsyat sungguh weh budak tu layan keluarga angkat dia".

Nenek teringat kisah The Ugly American.

Kisahnya ketika di vietnam mereka hendak mengambil hati orang tempatan dengan membuat satu majlis untuk menyerahkan bertan-tan beras.  Pada majlis tersebut ramailah orangramai datang untuk mengambil bahagian mereka.  Ketika penyerahan berlaku tepampanglah di guni-guni beras tersebut perkataan dengan huruf besar "sumbangan dari parti kominis" Disebabkan orang Amerika ketika itu tidak ada yang pandai berbahasa vietnam makanya terpampanglah di dada-dada akhbar keesokkan harinya parti komunis memberi sumbangan dengan sumbangan di agih-agihkan oleh tentera Amerika.

Have u got it?








Thursday, June 7, 2012

DO NOW DIE LATER








Salam kekayaan

Menghantar anak perempuan ku yang cantik manis lagi bijaksana ke Uitm Arau.

Segala-galanya sempurna dan dipermudahkan olehNya.

Budak perempuan ni pun pelik.  Semuanya okey baginya dan dia sungguh gembira mendaftar masuk ke u ini dan tak sabar-sabar lagi untuk menghadiri kuliah.  Macam nak lari dari rumah ajer...

Balik KL aje bermulalah masalah, sudah seminggu ibu dan ayah tidur tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah teringatkan buah hati tersayang berada jauh di utara.  Sabar je ler.

Anakku sayang, ingatlah pesan ibu ini:

Jangan aniaya orang - dosa aniaya orang ikut sampai ke anak cucu. Janji Allah benar.  Jika dosa ini dibawa ke hari pembalasan kita tidak akan tertanggung.  What lies in our power to do lies in our power not to do.

Kuatkan saranan ini di mindamu

Lillahi Taala.

Ikhlaskan semuanya kerana Allah Taala.

"Whatever I believe I will achieve"

"Tidak ada sesiapa pun yang boleh merosakkan kehidupanku kerna kehidupanku berada di pemikiranku"

 Jika ada orang yang memperlekehkan kamu dan berkata "awak tidak bagus", jangan ambil hati.

Katakanlah

"Apa yang awak fikir pasal saya itu bukan urusan saya, saya yakin setiap kebaikan yang dilakukan kerana Allah  bernilai tinggi  di sisiNya.  Dan semakin saya bertaqwa kepadaNya semakin dekat saya dengan Allah .Semakin dekat  dengan Allah semakin mulia di sisi Allah.  Dan walau sebanyak mana pun awak ingin menghancurkan saya, jika Allah tidak mengizinkan perkara itu tidak akan berlaku".

Jika kita mempunyai fikiran begitu kita akan menjadi seorang yang positif.

Menguatkan sistem pertahanan diri

1.  Keep your blood liquid enough water
2.  exercise enough for blood  creation and hormone secretion.
3.  enough protein for growth
4.  enough good sleep for your human growth hormone.

Nak cantik dan awet muda?  Just do it.

And vanish those  Two Deadly Words ( "Saya Letih" Dan "Saya Tidak Sihat")
from your memory.

Bagaimana untuk mengatasi orang yang tidak bersemangat

Dua perkataan tidak boleh disebut iaitu "saya letih" dan "saya tidak sihat"

Jika kita sebut dua perkataan tadi maka 50% tenaga kita akan turun kerana tindakbalas negatif akan terhasil dari minda kita.  Oleh sebab itu diri kita akan merasa tidak seronok sahaja.

Cari makna signifikan tentang apa yang kita buat sebenarnya.  Orang yang selalu tidak bersemangat kerana dia tidak tahu makna dan tujuan hidupnya.

Seseorang yang berjaya dalam kehidupan adalah seseorang yang fokus terhadap apa yang diinginkan dan bukannya fokus kepada apa yang telah dapat dan ada.

Jika hanya fokus kepada  apa yang telah ada ianya seolah-olah menjadikan apa yang telah ada itu sebagai masalah.

Tumpukan kepada visi dan matlamat yang kita inginkan dan kita akan dapati jika berlaku sebarang masalah kita akan merasakan permasalahan itu sebagai suatu yang remeh.

Ini adalah petikan kata-kata orang cerdik pandai  yang ibu jadikan mentor ibu yang amat dihormati iaitu prof Dr Muhaya di dalam bukunya Bahagia dan Membahagiakan. Silalah dapatkan buku ini di kedai buku, bagus dihadiahkan kepada anak-anak.

Apabila bertemu Prof di pameran buku di KL, ibu memperkenalkan anak bertuah itu kepada Prof

"Prof ini anak saya.  Dia nak jadi sarjana macam Prof"

"Cantiknya, macam model tudung muslimah"

Malunya dia sampai merah mukanya.

Prof pun tandatangan buku yang dibeli ditujukan kepada "Dr Aishah"

"Dia hanya nak jadi sarjana saja Prof, tinggi tu nak sampai Dr"

Prof tersenyum manis

"Kalau kita hendakkan sesuatu kita mesti fikirkan yang tertinggi sekali, baru kita boleh dapat yang tertinggi atau sedikit di bawahnya.  Dan yang penting sekali kita mesti fikirkan kita telahpun mendapatnnya".

Wah hebatnya.

I like, I like.

Komen anak bertuah

"Prof tu macam ibu, bercakap lemah lembut dan cantik"

"La, ibu sebenarnya nak memahami pemikiran Prof tu,  dan nanti bolehlah ibu berkongsi apa yang baik dengan kawan-kawan ibu"

Doa ibu semoga anakku menjadi sarjana yang berjasa  kepada ibu pertiwi, ugama dan bangsanya,  terdidiknya wanita terdidiklah bangsanya.  Semoga pengorbanan ini tidak sia-sia. ameen.



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...