Kefahaman kita jika kita menjaga kebajikkan dan kesihatan kulit kita semasa berusia awal remaja lagi, apabila kita berusia pertengahan kita akan kelihatan muda sekurang-kurangnya 15 hingga 20 tahun lebih muda dari usia biologi kita.
Bebagai cara, pelbagai produk dan bermacam latihan muka dan kardio kita buat, dan kita jadikan rutin hidup kita demi menjamin kita awet muda walaupun usia biologi kita menyatakan sebaliknya.
Boleh jadi juga kita telah mengabaikan beberapa perkara. Adakah anda melakukan perkara di bawah ini yang mana sangat tidak baik untuk kulit anda:
1. Muka Sedih
Apabila kita bersedih, muka kita berkerut, dimana dikenali sebagai garis-garis halus berkerut, terbentuk dimuka, cuba lihat cermin, sekarang please!.
"Berada di dalam keadaan sedih menyebabkan kita menzahirkan bentuk muka yang tidak baik - berkerut, bibir yang moncong tegang dan otot-otot muka yang tegang." kata pakar kulit terkenal di new York, Doris Day, MD.
Dikala kita cuba untuk mendapatkan mood gembira, ada jalan pintas yang mudah boleh kita lakukan bagi membantu expresi mood di wajah kita.
Cuba gerakkan kedua-dua telinga anda tanpa menyentuh mereka, walaupun tidak dapat melakukannya, cubalah gerakkan sedaya upaya anda hehehe, cubalah, tak salahpun mencuba rite?......
"Ia satu exspresi yang sangat mengujakan. Kita tidak boleh berkerut dan menarik telinga pada masa yang sama." kata Doris.
"Anda akan rasa lebih gembira, dan orang-orang disekeliling anda pasti akan membalas dalam mood yang sama terhadap anda."
2. Tidak Memakai Krim Tabir Suria
"Kita tidak dapat mengukur dengan tepat samada cukup atau tidak krim yang kita pakai untuk melindungi kulit kita." Kata Doris.
"90% kedutan dimuka adalah kerana terdedah kepada cahaya matahari. Hanya 10% sahaja dari sebab keturunan. Kita pasti boleh mengawalnya."
Pakailah krim SPF anda sekurang-kurangnya 30 hari sebulan setiap hari. Pakailah walaupun di hari yang mendung.
Walau apa pun yang anda lakukan di luar rumah, anda amat memerlukannya untuk menlindungi kulit anda.
Krim anda sepatutnya berlabel "broad-spectrum" yang bermakna ia melindungi kita dari sinar UVA dan UVB. Sinar UVB boleh menyebabkan kulit kita terbakar manakala UVA mengelapkan kulit tapi kedua-duanya pencetus kedut. Kedua-duanya juga boleh mengakibatkan kanser kulit.
Selalulah menyapu krim berulang kali. Periksa label untuk melihat kekerapan sapuannya.
3, Makanan Manis
Terlalu banyak mengambil makanan manis mempercepatkan kulit menua di dalam proses yang dipanggil glycation, kata Pakar Kulit dari New Orleans, Patricia Farris, ND.
Dia menerangkan lebih lanjut bahawa gula menyerang kolagen dan elastin, yang amat diperlukan kulit untuk kekal gebu dan anjal.
Keputusannya : kulit anda berkedut dan melanduk (sag).
Jadi, sila tukar habit pemakanan anda. Lebihkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan lemak baik yang boleh kita dapati dari ikan Salmon.
"Ini adalah plan pemakanan terbaik untuk anda kelihatan awet muda." kata Farris.
4. Tidak Cukup Tidur
Semasa kita tidur,kulit membaiki dirinya sendiri. Masa tidur yang pendek bermakna masa yang kurang juga untuk kulit bekerja baik pulih.
Kajian terbaru menunjukkan : mereka yang tidak cukup tidur, mengambil masa yang lama untuk terlelap, atau selalu resah gelisah semasa tidur, akan mempunyai lebih banyak garis-garis halus dan warna kulit yang tidak sekata dan kurang keanjalan kulit, dari mereka yang tidur lena dan tidur yang berkualiti.
Anda wajid cukup tidur. Orang dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam per malam. Cubalah amalkan jadual tidur tersebut.
"Jika anda masuk tidur lewat beberapa jam dari biasa, anda akan mendapati keesokkannya kulit yang kepenatan, bengkak di bawah mata, cengkung dan kulit yang melanduk." kata Doris.
"Ikuti jadual tidur yang sama setiap malam, dan anda akan dapat melihat perbezaan yang ketara pada kulit anda."
Posisi tidur anda juga diambilkira pentingnya.
"Tidur mengiring menolak muka anda ke atas dan menyebabkan kedutan." Kata Farris.
Farris mencadangkan anda mencuba bantal khas untuk kecantikkan, yang mengurangkan tekanan terhadap muka semasa tidur.
"Sangat susah bagi anda untuk kekal tidur terlentang, tetapi adalah lebih elok jika anda kurangkan tidur mengiring, adalah lebih baik bagi anda."
5. Merokok
Merokok bukan sahaja tidak baik untuk jantung dan paru-paru.
Ianya juga sangat tidak baik untuk kulit anda.
"Apabila perokok menjuihkan bibir mereka untuk menyedut asap rokok, mereka akan mendapat kedutan garis-garis halus di bibir, dan apabila asap rokok mendekati mata, mereka mengerdip-gerdipkan mata yang menyebabkan kedutan halus di juru mata (crow's feet)." kata Farris.
Merokok juga penyebab anda mendapat kanser kulit, kulit cengkung, dan menyebabkan luka lambat sembuh.
Ia juga boleh menyebabkan jangkitan dan parut, termasuk parut jerawat.
Berusahalah sedaya upaya anda untuk berhenti merokok.
No comments:
Post a Comment