Showing posts with label ciri-ciri lelaki buruan wanita. Show all posts
Showing posts with label ciri-ciri lelaki buruan wanita. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

22 Fakta Mengenai Lelaki Yang Mungkin Wanita Belum Tahu



  1. Lelaki tertarik dengan wanita bukan dari rupa paras, tetapi dari segi kekemasan penampilan dan kematangannya.
  2. Bila lelaki cakap,”saya tak faham lah dengan awak ni camane” maksud cara wanita berfikir tak sama seperti lelaki.Lelaki boleh angau dengan senyuman seorang wanita. Ohhh~
  3. Perkara sensitif bagi lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya.
  4. Jangan provok lelaki atau cabar dia dengan mengapi-apikan tentang sesuatu,mesti dia buat punya. Kalau provok benda buruk, lain jadinya.
  5. Bila lelaki berkata,”tinggalkan saya seorang diri” itu bermaksud “saya harap awak boleh ada disisi dan menenangkan saya”
  6. Lelaki tak suka perempuan gedik!
  7. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu.
  8. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad. Hahaha.
  9. Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak dan buat kek.
  10. Jangan prejudis dan berprasangka terhadap lelaki berkenaan cinta. Bila dia tahu wanita percayakan dia, lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan.
  11. Lelaki pun menangis. Erkkkk !
  12. Bila lelaki menelefon wanita atau ingin memulakan perbualan, soalan pertama yang akan ditanya “tengah buat apa? sibuk ke?” atau “ awak dah makan?”
  13. Sebelum mempercayai seorang lelaki, uji lah dia dulu. Tapi jangan berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap wanita tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr.
  14. Lelaki benci kekotoran di bajunya walaupun kotor tu kecik je. Bagi lelaki,penampilan adalah segalanya.
  15. Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya wanita suka, tapi biasanya mesti tersalah beli. Tak sama jiwa kot. Hahaha.
  16. Bila lelaki katakan “awak nampak cantik” bermaksud dia sukakan wanita itu.
  17. Bila lelaki minta peluang kedua untuk betulkan kesilapan, berilah ia ruang. Tapi kalau sekali lagi dia buat perangai boleh lupakan je.
  18. Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat dari pandangan mata kasar.
  19. Bila berbual lelaki tiba-tiba terdiam, wanita perlu katakan sesuatu.
  20. Lelaki juga sukakan wanita yang penyayang.
  21. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan  menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih dari cara anda menyayangi lelaki tersebut.

Saturday, August 10, 2013

8 CIRI KECANTIKKAN LELAKI UMPHHHH!




























JIKA ingin memikat wanita, lelaki akan memandang pada kecantikan, peribadi serta status sosialnya.  Bagi wanita pula, mereka mempunyai beberapa kriteria tersendiri dalam memilih seseorang lelaki untuk dijadikan sebagai pasangan.



Wahai lelaki, adakah anda memiliki beberapa kriteria ini untuk menarik perhatian wanita?  Disenaraikan lapan ciri-ciri lelaki yang menjadi dambaan wanita.


1.PERCAYA DIRI


Keyakinan diri adalah kualiti penting sering yang dicari oleh wanita.  Lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik.  Paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri.  Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa.  Ini bukanlah sifat lelaki yang sejati.  Sebaliknya anda harus berikan alasan kukuh, kenapa anda tidak boleh lakukan.  Penting untuk berlatih bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.



2.KELAKAR



Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat.  Sifat semulajadi kaum wanita adalah mereka sering berada dalam situasi emosi yang tidak stabil, jadi di sini peranan lelaki dalam menceriakan kembali diri mereka.  Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya anda membuat lawak bodoh.



3.  ROMANTIK



Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik.  Tapi romantik bukanya gatal atau miang.  Lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata, suka mengambil berat dan penyayang.  Ia menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita.  Biar pun mereka kelihatan agresif, namun, dalam hal teman lelaki kebanyakkannya memilih yang romantik.



4.  WANG



Tidak disangkal lagi bahawa wanita adalah materialistik atau mata duitan.  Mereka mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banak.  Selain bekerja, anda juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu anda menjadi kaya suatu hari nanti.



5.  BIJAK



Wanita sering mengimpikan  seorang lelaki yang berpendidikan dan bijak.  Jika anda berasakan anda kurang bijak , mingkin anda boleh melanjutkan pelajaran.  Luangkan masa anda mendengar berita dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu.  Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca.



6.  SENSITIF



Setiap kali pasangan anda bercakap, berilah perhatian sambil memandang bola mata hitamnya.  Malah mungkin anda boleh berkata "saya memahami perasaan awak" namun anda jangan pula terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentunya mereka memerlukan pohon yang kukuh.



7.  SUKA KANAK-KANAK



Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kanak-kanak.  Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak.  Apabila si dia membelai kanak-kanak yang ditemuinya, anda memberikan perhatian kepadanya.  Setelah itu, anda pula mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu.  Ini membuktikan anda layak menjadi bapa   yang penyayang.



8.  MENJAGA PENAMPILAN



Lelaki juga perlu mengambil tahu dalam merawat atau memanjakan tubuh.  Bagi yang mempunyai.  kulit berminyak, lakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain.



Selain berpakaian kemas dan sesuai, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan.  Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih.  Pendek kata, kebersihan tubuh mesti dijaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan anda.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...