Showing posts with label hantu. Show all posts
Showing posts with label hantu. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

FAKTOR SIKAP POSITIF VS SIKAP NEGATIF





THINK AND GROW RICH


FAKTOR ATAU SIKAP POSITIF

1.  Membina personaliti menarik
2.  Sedia bekerja lebih.
3.  Membina sikap mental yang positif.
4.  Mengawal keghairahan diri.
5.  Mengukuhkan disiplin diri.
6.  Berfikir dengan tepat.
7.  Mengekalkan kesihatan yang baik.
8.  Merancang masa dan wang anda
9.  MESTI tabah, orang yang tabah tidak akan gagal.

FAKTOR ATAU SIKAP NEGATIF

1.  Tabiat hidup yang terumbang-ambing tanpa tujuan yang pasti.
2.  Suka jaga tepi kain orang.
3.  Kurang pendidikan.
4.  Pengaruh zaman kanak-kanak yang tidak baik.
5.  Mulut yang tajam.
6.  Tidak setia.
7.  Sikap mental yang negatif.
8. Memilih pasangan hidup yang tidak sesuai.
9.  Egotisme dan megah diri dan tidak sanggup bekerja lebih.
10 Kurang wawasan dan imaginasi.

Kebaikan itu bagaikan penyakit, ia berjangkit, jika kamu orang yang baik dan positif thinker, lihatlah bahawa orang-orang yang tertarik kepada kamu ADALAH orang-orang yang mempunyai aura seperti kamu juga.

 Begitu juga jika kamu orang yang tidak baik dan negatif sangat-sangat mentalitinya.  Perhatikan kawan-kawanmu. Sebenarnya bukan orang-orang tersebut yang tidak baik atau sangatlah negatif pemikiran mereka, mereka tidak salah, yang bersalah kamu sendiri,  Kamu yang menarik mereka kepada diri kamu.  So, dearest, berubahlah, semoga dengan perubahan tersebut kita menjadi lebih baik dari semalam, lebih berjaya dan lebih berkat hidup kita.



This is a little cup cake for a thought....enjoyyyyyyyy

It is still fresh in my mind  eventhough that happened about 40 years ago.   I came from a kampung named Mela in the province of Jerantut.  We have Sungai Jelai and at that time my house are quite far from the river.   I loved rivers,  just to look at the water running down to the open arms of her loving mother, Sungai Pahang were such a beautiful sight for me and i remembered poem 'River' forgotten though written by whom  which i studied for my STPM which is gloriously long long time ago.  But i still remember the poem.  A very beautiful meaningful one. Once, sweet memories of a little girl. A kampung girl that it so innocence and naif.  She don't care about anything around her except herself, she don't even have a close friend because her best friend's herself and her books and her hobby - fishing.  So young (about 9 yrs' old) yet so sure and confidence of herself.  She doesn't afraid of anything except One.

One fine afternoon she decided to go for a fishing trip at the back of her house.   After walking for about thirty minutes, she came upon a small pond.   It is a powerful beautiful sight,  the water is crystal clear, the wind blowing softly touching her rosy cheek, the wild grass dancing softly following the  wind shadowed on the surface of the water, the cloud above painted a beautiful pictures on the surface of the water and she counted that there are about 5 itik belibis (wild ducks) swimming  and playing in the pond.   What a beautiful ducks, she thought, and that her first ever close encounter with the wild ducks.  They are quite big thrice the size of the ordinary duck, with a beautiful  colours on their bodies,  then she noticed something about the ducks.   They have a beautiful eyes, just like a girl's eyes with long lashes.  They look at her and does not afraid of her at all.  They go on swimming and playing in the water.  She was so fascinated with the scenery that she rooted to the ground.  Then out of sudden she can hear a voice inside of her head,  a very soft  motherly voice saying to her in her head..".enough for today, can you go home now..."

Suddenly, she felt frightened and she shivering all over with a goose bump on her legs and arms.  And then she ran home as fast as her leg can carry her.  Leaving her fishing rod and everything behind.  When she reached her house her mother greeted her, laughingly..

"Why, the fairy queen (a kind of jinny) chasing you again, are you.  You must go to that pond again. You are too brave to stay away from that place aren't you?."

"Well mak, i have the strangest encountered this afternoon....." and on and on she's telling her mother of her experienced at the pond.  Her mother keep quiet and let her finish her story.

The her mother spoke :

"Promised me you won't go to that place again sayang.  It's not a a playground for us.  It's a playground for them,  People encountered strangest things over there.  You are very lucky because what you saw were not their trueself.  If they decided to show you their true form or self, i can't imagined what will happen to you.  Sayang, for your information, there are no wild ducks over there ever.  If you still remember their eyes,  they are difference from the ordinary ducks because they have a long lashes and naturally the real duck don't have   That's the clue. That's why people know that they are not the real ducks"

"Remember last year, that you caught a cat fish that have a beautiful eyes, long eyes lashes and blinking or winking at you.  That the same thing.  The real fish don't have those."

I remembered the year before, i went fishing, as usual alone at an old abandoned paddy field. I caught a cat fish, a very beautiful cat fish with a beautiful eyes with long lashes.  The fish looked at me blinking it's eyes and sometimes winking at me, i felt weird though, so i  put it back into the water.  Since that day till now  i dare not eat cat fish.  If friends ask me why i am not taking cat fish, i told them about the fish that winking at me...........


The moral of the story:

Don't be afraid, don't complicate your life,  be sincere


Monday, April 23, 2012

SALAM KEKAYAAN







Marilah kita mulakan hari kita dengan energi kekayaan. Seorang jutawan terkenal telah memberikan saranan ini untuk kita lafaz dan rasakan setiap hari;

Saya ada lebih dari mencukupi
Ada berlambak-lambak wang sedang menuju kepada saya
Saya adalah magnet wang
Saya suka wang dan wang suka saya
Saya menerima wang setiap hari
Terima kasih,  terima kasih, terima kasih

Hafal dan jadikan mentera.

Kita layan kisah benar ini, yang berlaku kepada alahyarham datukku.   Datuk seorang yang alim, pendiam, baik hati.


"HAJI, KALAU NAK DUIT, BAWALAH GUNI ..............:

 kampung Mela, sebuah kampung yang terletak di suatu daerah di daerah Jerantut, Pahang, Kisahnya Pak Mat memberitahu bahawa dia dalam perjalanan ke pekan Mela, tetiba sahaja dia di sapa oleh seseorang yang tidak dikenali.  Orangnya handsome, memakai sepasang baju hitam dan berlilit kepala  Setelah bersalaman dan berbual seketika, tiba-tiba  orang tu tanya

"Pakcik nak duit tak?
"Nak bagi aku duit? Naper nak bagi aku duit? tanya Pak Mat .
 kehairanan.
"Ish..dah sampai giliran Pak Cik, sebelun ini dah ramai dah orang yang merasa duit aku." Jawab lelaki itu
"Boleh juga, kalau nak beri aku terima aje...."
"Kalau macam tu, petang esok Pak Cik datang sini bawalah guni, duit tu berguni-guni banyaknya, Pak cik bawalah dua atau tiga guni.." Lelaki itu tersenyum kehandsoman.

Alkisahnya keesokkan hari Pak Mat pun membawa dua biji guni bertemu dengan orang tersebut ditempat yang dijanjikan.

Sejak hari itu Pak mat hillang dari rumah.  Lebih kurang 10 hari kemudian anaknya menerima panggilan dari hospital Raub, memberitahu bahawa ada seorang tua bernama Mat dan adakah betul  ini anak Mat, jika benar datanglah ke hospital Raub untuk mengambil orangtua tersebut pulang.  Terkejut dengan berita tersebut anak Pak Mat pun pergilah melawat ayahnya di hospital Raub.  Alangkah terkejutnya anak nya mendapati ayahnya yang kelihatan kurus dan tapak kakinya pecah-pecah.  Menurut keterangan staf nurse di hospital tersebut Pak Mat di temui oleh orang asli di dalam hutan di Raub ketika mereka mencari rotan.  Terkejut beruk orang asli tu berjumpa dengan Pak Mat di tengah-tengah rimba belentara lalu membawa Pak mat ke balai polis Raub dan pihak polis menghantar Pak Mat ke hospital Raub untuk pemeriksaan kesihatan.

Menurut cerita Pak Mat, dia pun pergilah berjumpa lelaki berpakaian hitam tersebut seperti yang dijanjikan dengan membawa dua biji guni.  Mereka berjalan menuju ke dalam hutan, setelah beberapa lama berjalan, tiba-tiba Pak Mat mendapati lelaki tersebut ghaib di hadapan matannya. Dan dia mendapati dia berada di dalam hutan belantara, namun dia terus berjalan mencari jalan keluar, ketika di dalam hutan tersebut dia bertemu dengan sekumpulan gajah liar, juga harimau, beruang, ular yang sangat besar yang tidur kekenyangan. Pada siang hari dia berjalan, minum dari anak sungai yang ditemui dan memakan pucuk kayu dan buah-buahan hutan yang dijumpainya.  Pada malam hari dia memanjat pokok kayu yang agak tinggi dan tidur di dahan pokok untuk mengelak dari menjadi mangsa binatang buas. Dia juga bertembung dengan sekumpulan pembalak yang berkhemah di dalam hutan, tetapi mereka seolah-olah tidak melihat dan mendengar panggilannya.  Dia tidak berputus asa mencari jalan keluar dari hutan tersebut sehinggalah dia berjumpa dengan sekumpulan orang asli yang juga masuk jauh ke dalam hutan mencari rotan.

Seminggu selepas kejadian yang menimpa Pak Mat tersebar luas dan menjadi bualan hangat penduduk kampung, bagaimana dalam zaman yang maju ini masih ada orang yang dipedayakan  oleh makhluk halus., datuk ku datang ke rumah menziarah anak dan cucu-cucunya. Datuk baru saja pulang dari menunaikan haji.

Datuk bercerita, tiga hari sebelum dia berangkat ke Tanah suci dia juga telah di sapa oleh seorang lelaki yang sangat kacak, berpakaian seluar dan baju serba hitam dan berlilit kepala.  Dia telah menegur datukku dengan ramah dan mengajak datuk ke rumahnya.

"Haji, maukah haji aku hadiahkan seguni duit?.
"Maaflah, aku tak dapat  pergi ke rumah kau, dua hari lagi aku nak berangkat ke tanah suci"
":Sekejap ajer Haji,  datanglah ke sini petang esok dan bawalah guni sekali"
"Iyalah, aku nak berjalan jauh ni, aku akan datang selepas aku balik dari Mekah" kata datuk dan tiba-tiba sahaja lelaki tersebut ghaib dari pandangan datuk dan datuk dapati dia berada di bawah rumpun buluh.  Pada pandangan datukku buluh tersebut berwarna kuning keemasan dan cahayannya memancar menyilaukan mata. Datukku berasa amat marah dan merasa dirinya dipermain-mainkan..

Datuk bertempik dengan marahnya

'.Ciss...jangan kau nak mempermain-mainkan aku syaitan laknat, aku tendang kau dengan Surah Yassin..." lalu datuk pun membaca Surah Yasin, sehinggalah satu saat dia dapati dia berada di tepi jalanraya kembali di mana dia mula berbual-bual dengan lelaki tadi.

Lalu datuk berpesan kepada kami anak cucunya, hafallah Surah Yasin, bacalah Surah Yasin, fahami dia dan hadiahkan bacaannya kepada saudara mara, jadikan ia sebahagian dari diri kita. Inilah pembantu kita ketika kita berada di dalam situasi sebegini samada kita berhadapan dengan syaitan laknatullah atau berhadapan dengan manusia yang zalim.

Pesanan penulis, apabila anda melalui jalan ini berhati-hatilah dengan lelaki kacak atau perempuan cantik yang menawarkan anda sesuatu

Mereka masih lagi berkeliaran mencari mangsa.......


Moral of the story:

Jangan tamak, jangan tamak, jangan tamak







 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...