Showing posts with label healthy skin. Show all posts
Showing posts with label healthy skin. Show all posts

Friday, April 18, 2014

HABIT TIDAK BAIK UNTUK KULIT






healthspablog.org2
Gambar: healthspablog.org

Ada beberapa perkara yang anda tidak sedar dan sangka ia membawa kesan buruk kepada kulit anda. Apa dia? 






Terlebih Cuci Muka


Anda fikir semakin kerap anda mencuci muka makin bersih kulit anda. Sebenarnya tidak, kerana mencuci wajah lebih dua kali sehari sebenarnya akan menyingkirkan minyak asli yang diperlukan oleh kulit. Dan saranan ini adalah untuk anda yang mempunyai kulit berminyak juga, kerana semakin kerap anda mencuci wajah makin banyak minyak terhasil kerana kulit mendapat isyarat kondisi kulit anda kering dan perlukan lebih minyak.






Scrub wajah kasar


Anda sangka dengan menggunakan scrub wajah yang kasar maka makin dalam proses pembersihannya. Tidak! Scrub wajah seharusnya halus dan tidak menyebabkan kulit menjadi kemerahan. Scrub wajah yang kasar juga boleh menyebabkan pori tersumbat, tompok hitam dan juga kedut. Scrub wajah anda sekali atau dua kali seminggu. Jangan lebih!






Berjaga malam



Semua orang tahu pabila kita kurang tidur makan wajah akan nampak sembap, kusam dan penat. Jika boleh elakkan menonton TV atau membelek telefon bimbit hingga larut malam kerana ia akan menghapuskan melatonin iaitu hormon yang membuatkan kita mengantuk dan mengawal ritma sirkadian (circadian) yang akhirnya menyebabkan wajah kusam dan berkedut. Oh ya, anda dinasihatkan tukar sarung bantal anda seminggu sekali kerana sarung bantal mengumpul minyak, sel kulit mati dan bakteria yang akhirnya melekat ke wajah anda.




BINTIK HITAM











Tentunya anda segan dan dalam masa yang sama geram dengan bintik-bintik hitam yang ada pada hujung hidung dan beberapa lagi kawasan wajah. Namun menghilangkannya bukan semudah membersihkan wajah dengan pencuci muka atau skrub, malah ramai yang berkunjung ke pusat kecantikan untuk sesi facial yang turut membuat prosesextraction untuk mengeluarkan bintik hitam.






Kini anda tak perlu bazirkan duit lagi kerana EH! ada lima cara yang jauh lebih murah dan juga berkesan untuk anda lakukan sendiri di rumah. Jom cuba!






Cara 1
Ambil telur putih mentah (pastikan tiada telur kuning tercampur), pukul sehingga kembang dan ratakan pada bahagian hidung yang ada bintik hitam. Letakkan lapisan nipis tisu diatasnya. Biarkan ia kering dan buang tisu tersebut. Bersihkan wajah seperti biasa dan sapu pelembap.





Cara 2
Pukul 2 biji telur putih dan perah 1 camca teh jus lemon. Sapu pada wajah biarkan selama 15-20 minit dan bersihkan setelah ia kering.




Cara 3
Campur satu camca teh baking soda, garam halus bersama pencuci muka gel. Ratakan pada wajah yang telah dibasahkan. Biarkan selama 5 minit dan bersihkan wajah.




Cara 4
Perah jus lemon dan campurkan dengan baking soda sehingga ia menjadi pes. Ratakan pada bahagian bintik hitam selama 20 minit dan bersihkan dengan air sejuk.




Cara 5
Potong buah lemon kepada separuh, letakkan beberapa titik madu di atas permukaan yang dipotong tadi. Kemudian sapu pada kawasan bintik hitam.




Can?







Selamat mencuba and keep glowing ladies!

Monday, April 7, 2014

PETUA TRADITIONAL MENGHILANGKAN KEDUT MUKA









"When grace is joined with wrinkle, it is adorable.   There is an unspeakable  down in happy old age" - Victor Hugo






Apabila usia semakin meningkat, semua orang akan merasakan kedutan di muka akan bertambah. Ini akan menampakkan seseorang kelihatan di mamah usia. Petua-petua tradisional menyediakan petua menghilangkan kedutan di muka dengan cara tradisional dan semulajadi.




Bahan pertama ialah lobak merah dan anda harus memarutkannya hingga hancur. Ambil sebiji kuning telur dan satu sudu tepung jagung dan gaulkan kesemua bahan hingga sekata atau sebati.




Letakkan bahan-bahan tersebut ke bahagian muka anda yang berkedut itu. Setelah itu biarkan seketika lebih kurang 30 minit ke 40 minit di bahagian berkedut itu. Sesudah itu barulah dibasuh muka anda menggunakan air yang bersih.




Insyaallah petua ini akan dapat mengurangkan kedutan muka anda. Mungkin orang akan nampak muka anda seperti 20an walaupun umur anda mencecah 50an. Hehehe...




Keep glowing ladies
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...