Jom jemput bersama Ketenangan dan kekayaan kita:
APABILA ANDA...............
Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah
anda masih boleh bersandar kepada - DIA Yang Maha Mengasihi.
Apabila hidup diselubungi kegelapan - semuanya silap, carilah sinar itu dari DIA Yang Maha Memberi Cahaya.
Apabila dibelenggu masalah sedangkan tidak sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada
- DIA yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.
Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratme, jangan berputus asa kerana DIA
- melihat segala-galanya.
Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradatNya.
Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus dari - DIA yang menjadi satu-satunya panduan hidup.
Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana
- DIA Maha Mendengar.
- DIA Maha Mendengar.
Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada
- DIA Yang Maha Kaya.
- DIA Yang Maha Kaya.
Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada
- DIA Yang Satu.
- DIA Yang Satu.
Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada
- DIA satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.
- DIA satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.
Dan ;
Apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa
- DIA sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
- DIA sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
Anak-anakku bertuah
kita adalah apa yang kita fikirkan. Fikirkan yang baik-baik sahaja.
No comments:
Post a Comment