Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?
menangis itu lemah.
Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?
1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga
dan berusaha untuk memperbaikinya.
3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan
berusaha untuk membantu.
4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah
melampau.
5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang
terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana.
6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian
lama hanyut di dalam kesesatan.
Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang
menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup
tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yand ditunjukkan
melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh
Abu Hurairah r.a,
“Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis
kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali
masuk ke dalam puting…”
(H.R Tirmidzi)
Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan
para sahabat, beliau bersabda,” Seandainya kalian mengetahui
apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa
dan banyak menangis.”
Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka
menangis.
(Muttafaq ‘Alaihi)
Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang
sahabat Baginda yang sedang membaca Al Quran. Apabila
sampai ke ayat yang bermaksud:
“Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti
kulit yang merah”
Surah ar Rahman – 37
Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis
tersedu-sedu sambil bertanya:“Aduh, apakah yang akan
berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh
nasibku ini.”
Rasulullah saw berkata kepadanya:” Tangisanmu telah
menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama.”
Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw
kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas
menunaikan sembahyang Tahajjud.
Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari.
Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama,
dia bertanya kepada isterinya itu:”Mengapa kamu menangis?”
Kata Abdullah:“Apabila aku teringat yang aku terpaksa
menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis.
Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya
atau tidak.”
Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan
air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.
Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini
keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di
hadapan Ilahi.
Bilakah kali terakhir daku menitiskan air mata keranaMu
Ya Ilahi?
- Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment