Showing posts with label cantik jelita menawan. Show all posts
Showing posts with label cantik jelita menawan. Show all posts

Tuesday, January 7, 2014

ANDA RABUN?









Petua Untuk Mengatasi Mata Rabun





1. Makan makanan yang mengandungi Vitamin A dan D, kangkung, karot, buah- buahan seperti epal, mangga, betik dan lain-lain.

2. Lakukan Urutan Mata:
di kening
di tengah kening
  di antara dua kening
di hujung mata
di bawah mata

Mulakan urutan dari tengah kening ke tengah, hujung mata dan ke bawah mata, seperti urutan separa bulat. Ia untuk melancarkan peredaran darah ke mata.

3.Tutup kedua-dua belah mata. Letak jari telunjuk dan jari tengah pada tengah-tengah mata, dan tekan dengan lembut. Ini untuk mengurangkan rengangan otot mata.

4. Ambil minyak Zaitun (Olive Oil),Vitamin E Oil or Almond Oil dan sapukan pada keliling mata.

5. Ambil “eye supplement” atau lain-lain supplement yang berkaitan.

6. Rendam karot dalam air panas dan tinggalkan beberapa minit. Minum air tersebut 2 kali sehari sebelum makan.

7. Rendam kapas dalam air sejuk atau air mawar, dan tempekkan pada mata anda.

sumber petua melayu




Amalan Ain


1. Ain minum jus 4karot, 4tomato, 1 ubi bit dan 2 epal setiap pagi dan petang.
2. Urut sekeliling mata dengan lembut untuk aliran darah yg lebih baik
3.  Selalu buat exercise 'palming' untuk mata
4.  Bataskan pemandangan, Ain hanya akan melihat yg dekat sahaja, yg kurang jelas dan jauh itu lupakan.  Jgn paksa mata anda.
5.  Selalu melihat kehijauan hutan kecil kat umah.
6.  Mengamalkan membaca surah yasin pagi dan petang.

Thursday, July 18, 2013

Awet Muda


















Adakah makanan yang anda makan membuatkan anda menghadapi simptom-simptom penuaan seperti selalu letih, pelupa, dan sengal-sengal badan? Berikut dikongsikan beberapa panduan untuk membantu anda kembali berasa muda dan kelihatan muda.


Tentu ada di antara kita yang menjangkakan sesetengah perubahan mental dan fizikal yang berlaku terhadap diri mereka adalah disebabkan umur yang makin meningkat. Ramai juga di antara mereka yang lupa bahawa makanan harian yang di makan atau tidak di makan juga boleh mempercepatkan proses penuaan tersebut sebelum tiba masanya.


Salah satu faktor yang paling mudah ialah makanan diproses atau makanan segera. Makanan seperti ini biasanya mengandungi kalori yang sangat tinggi dan sangat kurang zat seperti B12 dan Omega-3s.


Ketidakseimbangan makanan seperti ini yang menyebabkan berlakunya simptom-simptom penuaan yang biasanya dianggap sebagai kesan peningkatan umur oleh sesetengah pihak. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom penuaan seperti keletihan dan pelupa ini, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat samada mengubah diet anda atau menambah supplemen yang boleh membantu anda untuk berasa dan kelihatan muda.


1. Anda selalu berasa letih dan kurang bertenaga?



Anda mungkin memerlukan lebih  vitamin B12. Vitamin ini boleh didapati di dalam makanan yang berasaskan haiwan. Vitamin ini membantu menyelia penghasilan metabolisma dan tenaga serta merupakan salah satu kunci untuk mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf yang baik. Keletihan merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin B12 yang biasanya berlaku kepada mereka yang kurang makan makanan yang mengandungi protein haiwan. Pengambilan antasid untuk mengurangkan pedih ulu hati dan gastrik juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12 kerana ia menganggu penyerapan B12 ke dalam badan.


Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan vitamin B12? Sekiranya anda kurang makan daging atau produk tenusu atau tidak mengambil supplemen B12, anda tidur 7 – 8 jam setiap malam, dan anda seorang yang aktif, jadi kekurangan tenaga anda adalah berpunca dari kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Oleh itu anda perlu menambah pengambilan produk tenusu kurang lemak seperti yogurt dan juga makanan lain seperti ikan, ayam dan daging.




2. Anda selalu mengalami sakit-sakit sendi?




Anda mungkin memerlukan lebih zat magnesiuamn dan kuprum. Ini adalah kerana kedua-dua zat ini diperlukan untuk mengekalkan kesihatan sendi rawan dan fleksibiliti badan. Pengambilan supplemen zat ini boleh mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.


Apakah makanan yang kaya sumber zat mangan dan kuprum ini? Kekacang, daging, dan sayur bayam merupakan sumber yang baik untuk zat ini tetapi anda ia tidak akan mencukupi sekiranya anda hanya makan makanan tersebut. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil supplemen bagi memperolehi zat yang cukup untuk mengelakkan dan mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.




3. Anda selalu dan mudah terlupa?




Anda mungkin memerlukan lebih omega-3, sejenis asid lemak yang diperlukan oleh badan. Asid lemak ini diperlukan dalam membina otak yang sihat. Jika anda tidak mendapatkan zat ini dengan secukupnya, otak anda akan menjadi lemah dan fungsi otak juga terjejas termasuk memori atau ingatan anda. Tetapi bukan sahaja omega-3s yang penting, keseimbangan di antara omega-3s dan omega-6s juga adalah sangat penting. Diet harian kebanyakan daripada kita terlalu banyak mengandungi omega-6s yang terdapat dari makanan yang diproses tinggi atau makanan segera. Oleh itu, semakin banyak omega-6s yang terkandung dalam makanan anda, semakin tinggi jumlah omega-3s yang anda perlukan untuk mencapai keseimbangan.



Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan omega-3s? Cuba lihat semula apa yang anda makan setiap hari. Sekiranya anda tidak makan ikan, kekacang dan kebanyakan lemak yang anda makan adalah dari sumber daging semata-mata, anda sememangnya tidak mendapat zat omega-3s ini.




Oleh itu, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang diproses atau makanan segera seberapa banyak yang boleh dan masak makanan anda dengan menggunakan minyak zaitun. Selain itu, ikan salmon dan ikan sardin juga antara sumber omega-3s yang baik. Anda juga bolehlah menambah pengambilan bijirin dan serat serta kekacang seperti kacang almond seterusnya menambah pengambilan zat omega-3s ini di dalam badan.




4. Tekanan darah anda semakin meningkat?





Anda mungkin memerlukan lebih zat potassium. Kekurangan zat potassium ini di dalam badan akan meningkatkan kesan toksin yang terdapat dari makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Kebanyakan makanan diproses mengandungi sodium yang tinggi tetapi tidak untuk zat potassium. Lebih memburukkan apabila buah pinggang anda cuba untuk mengeluarkan kandungan garam ini dari badan anda, anda akan kehilangan lebih banyak zat potassium pada masa yang sama. Ketidakseimbangan inilah yang merosakkan saluran darah seterusnya meningkatkan tekanan darah anda.



Pemakanan yang sihat boleh menyembuhkan penyakit seperti ini. Oleh itu, anda hendaklah mengurangkan pengambilan sodium dan makan lebih kurang 4 – 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Untuk suplemen, anda bolehlah berbincang dengan doktor untuk mengetahui supplemen potassium yang tidak memberi kesan sampingan.



Berdasarkan faktor-faktor yang dikongsikan di atas, jelaslah bahawa corak pemakanan seharian kita merupakan sesuatu yang sangat penting untuk kesihatan seluruh anggota badan. Selain itu, ia juga jelas menunjukkan bahawa makanan yang diproses atau makanan segera ini merupakan antara faktor utama terjadinya pelbagai penyakit yang menyerang tubuh kita. Oleh itu, amalan pemakanan yang sihat adalah sangat disarankan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.




Ingat, tubuh badan kita ini bukanlah untuk digunakan dalam jangka masa setahun dua tetapi untuk sepanjang hayat kita.

Tuesday, July 16, 2013

Food For My Brain 2




10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA.




Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. 




Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?




1. Nasi Lemak.






Kegemaran setiap rakyat Malaysia. 




Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. 




Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?



2. Roti Canai.





Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? 





Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa?





 Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.



3. Nasi Goreng.






Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. 





Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.



4. Ais krim.




Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. 





Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. 





Macam mana tu?




5. Burger Ramly.




Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. 





Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. 




Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?



6. Mee kari.




Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.



7. Makanan bergoreng.




Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. 




Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. 



Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. 



Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)



8. Susu Pekat Manis.




Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.



9. Roti Manis dan Donut.




Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. 





Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. 




Boleh cuba roti wholemeal.



10. Mayonis.




Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!




Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. 





Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.




Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. 






Semoga berjaya!






Info dari Kevin Zahri







Thank You Datuk Kevin Zahri.

Saturday, July 13, 2013

Oh My Tears Drop

Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?











Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang 
menangis itu lemah.


Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?


1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah


2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga 
dan berusaha untuk memperbaikinya.


3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan 
berusaha untuk membantu.


4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah 
melampau.


5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang 
terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana.


6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya


7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian 
lama hanyut di dalam kesesatan.


Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang
menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup
tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yand ditunjukkan
melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh
Abu Hurairah r.a,


“Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis 
kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali 
masuk ke dalam puting…”
(H.R Tirmidzi)



Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan 
para sahabat, beliau bersabda,” Seandainya kalian mengetahui 
apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa 
dan banyak menangis.” 



Kemudian para sahabat  menutup wajah mereka dan mereka 
menangis. 

(Muttafaq ‘Alaihi)




Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang 
sahabat Baginda yang sedang membaca Al Quran.  Apabila
sampai ke ayat yang bermaksud:



“Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti 
kulit yang merah”

Surah ar Rahman – 37



Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis 
tersedu-sedu sambil bertanya:“Aduh, apakah yang akan 
berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh 
nasibku ini.” 


Rasulullah saw berkata kepadanya:” Tangisanmu telah 
menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama.”



Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw 
kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas 
menunaikan sembahyang Tahajjud.


Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. 
Isterinya melihat  keadaannya turut menangis bersama-sama, 
dia bertanya kepada isterinya itu:”Mengapa kamu menangis?” 


Kata Abdullah:“Apabila aku teringat yang aku terpaksa 
menyeberangi  neraka melalui titian sirat, aku menangis.
Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya 
atau tidak.”



Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan 
air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.



Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini 
keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di 
hadapan Ilahi.


Bilakah kali terakhir daku menitiskan air mata keranaMu 
Ya Ilahi?





- Artikel iluvislam.com

Thursday, July 11, 2013

Believe In Yourself










No matter what you do, somebody will hate you or like you. 


No matter how much you try, sometimes you wont get that lucky break. 



No matter how much you love a person, they may leave you for someone else. 



No matter how hard we hold on, they might let go. 



Somethings are just beyond our control. 



Look deep inside your heart and if you can truly say you gave it your best shot, gave it your all, 




but it didnt work out, 



then let it go. 



Somethings, some people are just not meant to be in your life. 




The lesson was just preparing you for something bigger and better. 




Something that was truly meant to be. 





BELIEVE IT!




-     Unknown
 







Wednesday, July 10, 2013

Aloe Vera For Skin



~Aloe Vera for Skin and Hair Health~

Aloe vera has an astringent property that tightens skin. Drinking the juice can boost production of and repair elastin and collagen, slowing the aging of skin. As a moisturizer, aloe vera removes dead cells and helps the entrance of healthy substances.

The cosmetics industry has  been exploring its potential for reducing blemishes and lightening
dark spots on the face. 

Drinking aloe vera juice can also help psoriasis sufferers as it reduces itching, and it can be applied directly to the skin of psoriasis and acne rosacea patients causing notable improvement
 in the severity of lesions. 

Containing as many as 75 nutrients, aloe vera juice is a popular remedy for burns and wounds. 

Cuts, bruises and scrapes heal quickly on application of aloe. Aloe vera juice is also a useful aid against shingles, providing relief from itching, and helping to heal the blisters and sores.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...