Seronok nak bercerita tentang Law of Expectation ni.....
Macam-macam yang kita boleh berkongsi cerita tentang hukum ini
jika kita memahaminya......
Sebagai orang yang dah mempelajari tentang pelbagai HUKUM dan PRINSIP
ini kita perlu alert juga jika hukum ini terjadi ke atas diri kita.
Kerana, jika kita sedar tentang kewujudan segala hukum ini, kita akan
semakin faham bahawa sama ada kita suka atau tidak, sama ada percaya
atau tidak, hukum tetap hukum.
Prinsip dan kejayaan ini tetap akan berlaku tidak kira kita percaya atau tidak.
Cuma, bila kita tak alert atau sedar, lama kelamaan kita tidak nampak
pun hukum dan prinsip semua ini betul-betul penting.....dan dia akan
berlalu begitu saja......
Law of Expectation ini sebenarnya sangat powerful bagi mereka yang
memahami dan pernah mengalaminya kerana ia menarik apa yang kita
fikir ke arah san menghampiri kita.
Law ini mengajar kita lebih memahami tentang bagaimana cara untuk
menggunakan minda kita sebaik-baiknya.
Kerana melalui Law ini, kita kena expect atau jangka kita akan mendapat
sesuatu yang selalu kita fikirkan.........Jangan jangka sesuatu yang kita
tidak mahu.
Ini menunjukkan yang minda kita ini sangat powerful.
Hukum Jangkaan ini akan terjadi kepada mereka yang terlalu memikirkan
yang benar-benar mereka mahukan........setakat gitu-gitu jerk,
tak menjadi!
Maksudnya, dia akan dapat perkara yang dia selalu firkirkan dengan
keinginan yang sangat tinggi.
Inilah yang bermaksud, Allah mengikut sangkaan hambanya........
Betul tak?
Expectation kan maksudnya sangkaan?.....
Tetapi masalahnya sekarang, kita nak buat bisnes......sudah bertahun
-tahun nak buat bisnes......nak, nak, nak saja, tetapi kita tak buat
sesuatu yang kita expectkan terjadi pada kita.........
Kita tak mulakan dengan sesuatu.............
Sesuatu itu kadang kala bukan yang akan mengkayakan kita pun,
tetapi bila kita dah start bertindak, bermaksud kita dah expect
untuk mendapat atau didorong dengan bisnes yang kita idam-idamkan.
Mungkin kita suka bisnes catering, tetapi memang susah nak terus
buat catering ni.
Mulakan dulu dengan sesuatu, buatlah jual nasi lemak dulu.......
buat yang paling sedap giler punya, jual bawah pokok...........
Sebab itulah dia dipanggil Law of Expectation...............
Bukankah ramai yang kita dengar usahawan yang berjaya itu, mereka
mulakan kecil-kecilan dahulu.
Macam Zeflin Ceruk kampung, mula dengan gerai biasa saja, sekarang dah
ada bisnes catering yang besa...... dah ada wisma pun.......
Perasan tak, ada Law of Expectation kat situ?
Tetapi, kalau expectation di atas katil lagi..............memang minta maaf
la, kita expect kita akan tidur...tidur..tidur..dan tidur selama-lamanya...
Akhirnya terkubur begitu sahaja, dan anak-anak akan mengikut jejak
langkah ibubapanya yang lemah longlai............
Baru-baru ini stokis kami Shaharulnizam bercerita tentang Law of
Expectation yang dia tengah alami sekarang ini............
Dulu, kedai yang baru dibuka di Klana Jaya lengang je..........bila saya
tanya, dia kata bolehla kak..........
Kedai tu macam jadi tempat buat letak stok kuih kapitnya saja..........
Tetapi, sekarang saya pelik, kenapa Nizam ni sebelah pagi
pun datang ambil kek dan sebelah petangnya datang lagi ambil stok.
Dia kata, dulu saya ambil kek bila ada order masuk saja, sekarang dah
tak boleh, pagi- pagi ada order ke tidak, kena datang ambik je...........
pas tu buat visualisation sikit (terror Nizam ni....),
visualize ada dealer yang akan call minta kek............
Memang betul-betul akan terjadi..............
Dia dah betul-betul faham tentang Law of Expectation.................
Ada order atau tidak, dia akan penuhkan chiller dia..............
Bila penuh je, dia kata.......sure ada dealer atau customer yang call order
petang je.......habis clear 1 chiller kecilnya.
Pagi-pagi selepas solat Dhuha, dia akan terus bergerak dan penuhi fikiran
dia yang dia akan busy sepanjang hari menghantar kek dan kuih kapitnya.
Nizam, pesan kami berdua.....Law of Expectation seterusnya, beli chiller
yang lebih besar pulak selepas ni.............
Kita expect order yang lebih besar masuk nanti k.........
Originally:
dari FB seorang sahabat,
semoga diberkati dan hidup baraqah sepanjang hayat, aamiin
No comments:
Post a Comment