Thursday, February 13, 2014

WITHOUT PASSION LIFE IS NOTHING








Tidak mudah untuk mendidik anak. Terutama jika anak anda anak remaja terutama jika kita tinggal di Kota Metropolitan seperti Kuala Lumpur.


Padang permainannya ialah KLCC, Berjaya Times Square, Bukit Bintang dan banyak lagi yang ibunya sendiri tak pernah sampai pun, fenim Ibu, fenim tau.


Suatu hari di rumah Ain Yoli.



Girl: Ibu, kenapa ibu tak macam ibu yang lain?




Ibu: Huh?



Girl :  Adik balik lewat ibu tak marah pun, ibu cuma tanya "kenapa balik lewat sayang?"



Ibu : Mestilah tanya, what u wanna me to do?



Girl : Yalah kawan Aisha, balik lewat macam adik tu ayah dia sepak. mak dia tampar sebab balik lewat.....




Ibu : Whoa ganas tu.  How old are u and Abdullah?



Girl : 15 dan 16 tahun.



Ibu : Both of u in which catergory?



Girl : Ibu we are matured, inteligent dan responsible people, you know!



Ibu : Oh matang, bijak dan bertanggungjawab ye, so how come you and Abdullah still if went out shopping or went to the movie still coming back at least one hour late?



Girl : Biasala ibu, jammed!



Ibu : Penatlah berbincang dengan orang-orang yang matang, bijak dan bertanggungjawab ni..........ibu senang aje, kalau tak dengar cakap potong semua bentuk kewangan yang kamu semua layak dapat, No McD, No Pizza, No Birthday Party and No shopping trip hihihihi, so behave!, otherwise you are on the losing end, ibu happy jer.  Semakin banyak kesilapan yang kamu semua buat semakin banyak duit ibu tak keluar hihihi......am ok jer.



Girl : Ibu! Wueirkkk.......hihihi



Ibu : Comel sangat la tu buat muka macam tu hihihi......






SAYANG, BUKAN MARAH






Bukan mudah mendidik anak, apatah lagi jika mereka itu sering ke labelkan hyper kerana ingin mencuba apa saja yang dilihat di kawasan persekitaran.






Mereka juga dikatakan tidak mendengar kata sehingga membuatkan ibu bapa hilang sabar, naik angin dan geram.





Jalan termudah apabila ibubapa meninggikan suara dengan muka bengis bagi menakutkan si anak.





Tetapi tahukah anda ia boleh menjejaskan  perkembangan emosi dan mental mereka sekiranya ia berlarutan.






Masalah anak tidak mendengar kata seperti yang selalu diperkatakan lazimnya berpunca daripada ketiadaan komunikasi antara ibu bapa dan anak.






Si anak tidak dapat menumpukan perhatian terhadap arahan kerana terlalu asyik meneroka kawasan persekitaran yang dirasakan baru buat mereka.





Justeru, ibu bapa tidak perlu menunjukkan kemarahan yang melampau pada anak, sebaliknya berikan tumpuan dan kasih sayang.







Berikut Panduan Untuk Mengurangkan Rasa Marah Pada Si Anak







1.   Sebelum memarahi anak fikirkan jika anda dimarahi sedemikian.  Walau apapun kesalahannya, pasti anda juga tidak mahu dimarahi.




2.   Beri kesedaran kepada anak, bukannya sentiasa marah pada mereka.  Fikirkan juga cara untuk membuatkan mereka faham apa yang dilakukan itu salah dan tidak perlu diulang.




3.  Fahami si anak kerana mereka bukan robot yang hanya menurut arahan.  Mereka juga ada kehendak, keinginan serta pemikiran sendiri.




Fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut.  Pandang muka dan tatap matanya ketika bercakap kerana ia amat penting dalam apa jua bentuk komunikasi.




4.   Didik diri untuk menunjukkan rasa sayang melalui tindakan, suara dan mimik muka, barulah anak merasai kehadiran mereka diperlukan dan bukan sebaliknya.




Elak daripada mengeluarkan perkataan negatif kepada anak atau menjatuhkan maruah mereka di depan orang lain kerana ia boleh menjejaskan keyakinan diri mereka.




Ingatlah sifat positif si anak serta segala keletahnya yang menghiburkan.




Berikan tumpuan kepada kelebihan itu.




Bagaimana cara kita melayan mereka hari ini, begitulah juga caranya mereka akan melayan kita di kemudian hari.









No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...