Showing posts with label baik hati kita baik hatilah orang-orang disekeliling kita. Show all posts
Showing posts with label baik hati kita baik hatilah orang-orang disekeliling kita. Show all posts
Friday, January 31, 2014
Thursday, September 26, 2013
Saturday, August 10, 2013
10 FAKTA TENTANG KELAHIRAN YG PATUT KITA TAHU
10 Fakta Tentang Kelahiran Yang Patut Kita Tahu
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya..
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
Sayangi ibu & isteri anda
Feel Free To SHARE | TAG | LIKE
(Source : Ustaz Nasir)
Thursday, July 18, 2013
10 CARA PUJUK PASANGAN YANG KUAT MERAJUK
10 CARA PUJUK PASANGAN YANG KUAT MERAJUK
BINCANG
- cuba ambil tahu masalah dan menyakitkan hati si dia hingga merajuk hati. Biasanya pasangan tidak merajuk kalau tidak disakiti.
TEMPOH BERTENANG
- berilah dia dan kamu tempoh bertenang. Bila kedua- duanya sudah kembali normal, bincang dengan baik.
ADIL
- bila kekasih merajuk pasti hatinya tercalar. Berlaku adil padanya dengan memberi dia peluang meluahkan apa yang terpendam di dada agar hubungan kembali pulih.
HADIAH
- walaupun hanya bunga atau coklat untuk memujuk, tak salah memberi tanda kita mengaku bersalah dan tanda berusaha memujuk.
MENGALAH
- kadang-kala bila bertengkar si diamerajuk. tak salah kita mengalah mengaku kesilapan yang kita salah walaupun jauh dalam hati kita merasa dia yang bersalah.
TELEFON
- bila pasangan merajuk, telefon dan hubungilah dia agar dia tahu dirinya dihargai. Ramai terutamanya lelaki bila pasangan merajuk mereka berdiam diri. kononnya mahu si dia bertenang.
AJAK MAKAN
- kadang-kadang orang lapar ini mudah naik angin. apa kata anda ajak dia makan dulu. Mungkin lepas makan mereka akan mudah dipujuk.
PELUK ERAT
- bila suami atau isteri merajuk, peluk mereka erat-erat. Cara ini dapat menyakinkan bahawa dialah satunya insan kesayangan hati, tiada yang lain. tapi yang tak nikah lagi, jangan peluk-peluk.
YAKINKAN
- perlakuan dan tindakan yang tidak menyakinkan kadang-kala membuatkan si dia merajuk hati. dalam setiap tindakan , lakukan dengan yakin dan barulah dia pun yakin dirnya disayangi.
TULIS SURAT
- usahakan menulis surat , mesej atau menghantar email kepadanya memujuk dan meminta maaf jika bersalah. mungkin dia tidak mahu bertemu atau berkomunikasi dengan telefon, jadinya cara ini adalah terbaik bagi meleraikan kekusutan yang terjadi.
Sunday, December 16, 2012
DEMI KASIH DEMI SAYANG
Salam Kejayaan dan kekayaan anak-anak bertuahku.
Semoga kau bijak dalam menjalani kehidupan harianmu, berfikir sebelum bercakap, berfikir yang baik-baik sahaja supaya pemikiranmu itu apabila diterjemahkan ke alam nyata baik-baik semuanya.
Bercakap yang baik-baik sahaja agar segala kebaikan yang Allah turunkan ke atas muka bumi ini akan menlempahi kamu di mana sahaja kamu berada.
Pepatah ada menyata:
Tiger might be strong but the Chameleon last longer.
Seorang pemuda Arab yang bermata biru-sebiru langit di angkasa raya telah bertanya seorang perempuan melayu jika dia sudi berkahwin denganya untuk dijadikan istri keduanya dan dia diberi pilihan samada dia menetap di Arab Saudi atau menetap di Malaysia.
Dengan senyuman manis perempuan itu menolak. Alasannya kerana dia sudahpun berkahwin dan walaumacamana dan walaubagaimana pun dia jenis yang setia dan tidak akan meninggalkan keluarganya walaupun jika dia tidak gembira dengan suaminya sekalipun..
Mereka berkomuniksi mengunakan bahasa English kerana dia tidak fasih berbahasa Malaysia.
Arab tersebut lalu menadah tangan dan berdoa di dalam bahasa Arab, lalu dia bertanya perempuan tersebut.
"awak fahamkah apa yang saya doakan?"
"maaf, bahasa Arab saya tidak berapa bagus, saya faham hanya sedikit sahaja"
"saya telah mendoakan semoga segala kebaikan yang Allah turunkan di muka bumi ini akan mengikuti dan menyelubungi kehidupan awak dan keluarga di dunia ini"
Perempuan itu sangat tersentuh dengan doa tersebut dan melihat ke dalam matanya yang kebiru-biruan itu dan berfikir:
"Allah menduga aku dengan menghantar pemuda yang tampan ini, terima kasih ya Allah di atas perhatianMu tapi aku mencintai keluargaku".
Dalam apa jua situasi jangan pentingkan diri sendiri, berfikir, berfikir apakah kasih sayang akan buat dalam situasi begini?
Subscribe to:
Posts (Atom)






