Showing posts with label senjata ampuh wanita. Show all posts
Showing posts with label senjata ampuh wanita. Show all posts

Saturday, February 15, 2014

SENAMAN UNTUK MUKA








Salah satu senaman yg agak luarbiasa dan kelakar tapi hasilnya menakjubkan.




Ketika kita tegang dan  stress kerana berbagai faktor seperti pekerjaan dan lain-lain hal, muka kita terlihat tidak fresh dan lusuh.  Stress menyebabkan peredaran darah kita ke otak dan sekitarnya menjadi tidak lancar, hal ini menyebabkan muka kita menjadi pucat dan tidak fresh.  Nah untuk mencairkan ketegangan kita cuba meluangkan waktu sekitar 5 minit  saja disela-sela kesibukan kita baik di rumah ataupun di pejabat untuk melakukan senam muka.





MULUT



Senaman mulut ini sangat simple dan comel sekali, gerakannya pun mudah, bentuk mulut anda seperti kamu mengucapkan huruf "A-I-O-U-E" lakukan gerakan sepertti saat kamu mengucapkan huruf "A: tahan untuk 10 saat lalu ganti dengan gerakan huruf "I" dan seterusnya  ulang sampai 3 kali.




DAHI



Untuk bahagian dahim anda dapat melakukan  pijatan-pijatan dengan jari-jari anda dan ulangi sepuluh kali bawa dari dalam keluar ok.




MATA



Setelah bekerja seharian, terutama anda yang sehari-hari bekerja di depan komputer akan mengalami kelelahan di bahagian mata.  Untuk membuatnya segar kembali, lakikan tip-tip berikut:  letakkan ibu jari di sudut mata, tutup mata, kemudian dengan ibu jari tarik kulit ke arah dahi, ulang sepuluh kali.


Nota:



Cara yang sebaik-baiknya adalah menggunakan jari hantu ( jari tengah ) dengan menekan perlahan-lahan  bermula dari kening dengan membuat pusingan di mana di tekan lembut bagaikan sentuhan rama-rama, kerana mengurut bahagian yang lembut dan sensitif ini ditakuti akan menambah kedutan.



Tujuan hanyalah untuk melancarkan perjalanan darah disekitar mata kita.



Senam muka ini dapat dilakukan bila-bila masa sahaja.



Dengan melakukan senaman ini  maka peredaran darah anda di sekitar muka akan lancar dan hal ini akan  membawa kesan segar.




Selamat mencuba.


Tuesday, November 12, 2013

KECANTIKKAN SEORANG WANITA HE HE












1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya. 




2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin. 




3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya. 




4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur. 




5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita. 




6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami. 




7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki. 




8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya. 




9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya. 




10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya. 




11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, dia hafal seluruh pertanyaan. 




12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya. 




13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan. 




14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis. 




15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu. 




16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia. 




17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya. 




18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin. 




19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia. 




20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia. 




21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya. 




22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya. 




23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti. 




24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan. 










25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya. 




26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami. 




27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan. 




28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami. 




29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.




30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya. 




31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya. 















Monday, November 11, 2013

I LOVE MY SEXY LIFE







By Dr Karin




Hold tightly to those people that feel good inside your heart ...

Release those people who make your heart hurt ...

And let go those people who choose to only use your heart when it is convenient for them.

Pray for the wisdom to discern the difference.






Wishing you only heartfelt people in your life ... 


and may you also be that for them...................... ~Karin



Saturday, November 9, 2013

KULIT HALUS, CANTIK DAN BERSIH









KULITNYA yang cantik, halus dan putih bersih tanpa secalit noda menjadi perhatian mata yang memandang. Apabila ketawa atau malu, serta-merta pipinya bertukar kemerah- merahan sekalipun tidak mengenakan pemerah pipi.




Beruntunglah wanita yang memiliki kulit wajah cantik tanpa cela mahupun masalah. Tanpa perlu bersolek tebal, kejelitaan semula jadi terserlah hinggakan ramai menyangka dia lebih muda daripada usia sebenar.




Namun, tidak ramai di kalangan kita memiliki kulit sihat dan cantik. Meneruskan gaya hidup kurang sihat dan tidak tahu cara betul dalam penjagaan kulit wajah dan tubuh menyebabkan impian memiliki kulit cantik dan melambatkan proses penuaan cuma tinggal angan-angan.






Jika wajah anda lebih muda daripada usia sebenar, ia dianggap bonus. Andai wajah bersesuaian dengan usia, ia masih boleh diterima tetapi sungguh mengecewakan apabila orang mengandaikan usia anda lebih tua disebabkan wajah yang cepat dimamah usia.




Kebanyakan wanita Asia memiliki kulit berminyak yang mudah mengundang jerawat. Kehadiran ‘tetamu’ tidak diundang itu bukan saja mencacatkan wajah, malah menimbulkan parut yang lambat pudar hingga terpaksa ditutup dengan solekan tebal.




Bagi mereka yang memiliki kulit kering, masalah lain pula timbul. Walaupun tiada masalah jerawat atau tona kulit tidak sekata, kulit kering mudah kusam, berkedut atau jeragat jika tidak dijaga dengan baik.




Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru Ratnavelu, berkata penting untuk kita mengetahui beberapa perkara yang menjadi asas dalam usaha memastikan kulit sihat dan cantik serta melengahkan proses penuaan.




Menurutnya, kulit berminyak akibat pengeluaran sebum secara berlebihan yang menjadi punca jerawat. Jerawat masalah biasa dialami, terutama di kalangan remaja yang akhir baligh, akibat perubahan hormon tubuh.




“Kulit wajah umpama belon. Ketika usia muda, ia dipenuhi udara. Apabila usia semakin tua, kulit umpama belon yang tiada angin, kendur atau hilang ketegangan.




“Ramai wanita prihatin dengan penjagaan kulit wajah dan tubuh. Jika boleh, mereka mahu kelihatan awet muda dan berusaha melambatkan proses penuaan,” katanya.





Ini berbeza dengan golongan remaja yang kurang mengambil berat penjagaan diri, kecuali dinasihatkan ibu bapa supaya berbuat demikian.










Sunday, November 3, 2013

R U ON DIET?









2 Easy Ways to Cut Your Appetite



Here are two easy ways to feel full faster on less food: use 


a smaller fork and chew your food longer.





Turns out these two tactics have some science behind 


them. 





Research suggests that the longer a particular food stays 

in your mouth, the more quickly your taste buds will tire of  

its flavour -- which in turn makes you want less of the food.














Wednesday, October 30, 2013

ANTI KEDUT..-..BELLECIOUS HD BOLEH!














Mahu kelihatan muda????  Mengancam??? Dengan menghilangkan kedutan???


Ini adalah jalan penyelesaiannya.



Tidak perlu pembedahan atau rawatan yang menyakitkan untuk mendapatkan kulit yang hebat hanya dengan sedikit cara bijak yang baru!



Masalah hypodermic boleh menyebabkan kedut.  Kedut kelihatan kebanyakkan di  atas bibir, muka, dahi, sekitar mata, leher dan tangan disebabkan  berulangkali terdedah:

  • Terdedah kepada pancaran cahaya matahari/ kulit terbakar kerana berjemur
  • Kurang bersenam
  • Mengamalkan minum alkohol
  • Menghisap rokok
  • Meningkat tua
  • Kehilangan berat badan
  • Pencemaran
  • Kekurangan gizi
  • Keturunan
  • Mengelapkan kulit  dengan bantuan mesih pengelap kulit


Punca yang menyebabkan kemerosotan keanjalan tisu kulit dermal.   Kedut tersebut atau garis-garis halus terbentuk di bahagian epidermis.  Kerosakan dibahagian dalam di dalam epidermis lah yang menakibatkan terjaditnya kedutan.



Rhytidectomy, dikenali juga sebagai menegangkan kulit, adalah pembedahan di mana kulit yang mengeleber dan lemak di seluruh muka dibuang untuk mengelakkan kedutan.  iAda banyak cara untuk menghilangan kedut.  Salah satu adalah meremajakan kulit dengan menggunakan laser.  Pilihan yang lain adalah Botox.  Tetapi pembedahab ini tersangat mahal!




Di sini disertakan cara untuk meremajakan kulit dengan hanya di rumah anda.




Cara semulajadi untuk menghilangkan kedutan.



Bahan asas yang diperluakn untuk mengurangkan kedut adalah jus Limau Nipis, Minyak Almond, minyak Zaitun, jus Kobis, Kentang, air Mawar, jus Nenas, Putih Telur, timun, Betik, Susu, Madu sebagai gabungan untuk disapu ke muka.



  1. Kentang: buat pes berkrim dari kentang lecek dan sapukan ke kulit muka sebelum tidur selama 30 minit dan bersihkan dengan air suam.  Ia bertindak sebagai ajen antioksida dan mengekalkan kulit yang sihat.
  2. Susu: susu sejuk boleh disapu ke kulit muka  dalam masa berkala untuk mengekalkan kulit yang cantik.
  3. Air Mawar: bersama dengan air mawar campurkan 1 sudu serbuk kunyit dan madu dan sapu ke kulit muka untuk selama 15 minit dan bilas   dengan air bersih.  Ini adalah salah satu cara mengekalkan awet muda - anti ageing remedy.
  4. Limau Nipis: bersihkan muka anda dengan air suam dan sapu 2 atau 3 sudu air limau nipis dikawasan yang terlibat dan urut dalam gerakkan berpusing 10 ke 15 minit kemudian basuh bersih.  Ulangi setiap hari.
  5. Nenas:  Nenas kaya antioksida dan terkenal dengan kesan anti-ageingnya.  Sapukan jus nenas segar diseluruh muka dan biarkan selama 5 minit sebelum dibasuhhh.  Ini meningkat kan level Alpha-Hydroxy Acids (HA) dalam kulit yang sangat penting melawan proses penuaan.
  6. Delima: Mengurangkan kedutan dengan meminum segelas jus Delima  setiap hari.  Boleh cuba menyapu jus Delima ke atas kedutan sebagai penganti pelembab untuk hasil yang lebih baik.
  7. Timun:  Parut  timun dan  sapu di atas kulit yang rosak dan ini menghapuskan kulit gelap dan perlu diulangi sekerap yang mungkin.
  8. Minyak Almond: Kaya nutrisi di mana membantu mendapatkan kulit yang bersinar sihat apabila disapu setiap hari sebelum mandi.
  9. Minyak Zaitun Urutan mengunakan minyak zaitun dan beberapa titik madu boleh menghasilkan kulit yang lustrous.
  10. Madu: Telah digunakan sejak zaman berzaman membantu mengurangkan kedutan.  Sapukan madu dikawasan berkedut dan tepuk lembut lebih kurang 20 minit dan basuh dengan air biasa dan ulangi secara berkala untuk keputusan yang memuaskan.
  11. Putih telur: Ambil satu putih telur dan satu sudu minyak almond, pukul sebati dan sapu keseluruh muka, biarkan selama 30 minit kemudian basuh dengan air suam.  Ini membantu memberi protein yang diperlukan ke kawasan yang rosak dan membantu mengaktifkan sel-sel mati dan menghasilkan kulit yang sihat.
  12. Betik:  Disyorkan betik yang masak ranum.  Buat pes dan sapu atau urutkan ke kawasan yang berkedut  dan basuh selepas 10 minit. 
  13. Jus kobis:  ambil jus kobis yang segar urut kulit dan biarkan kering sendiri.  Basuh dendan air suam.  Lap sehinggga kering.  Boleh membantu mengetatkan otot-otot muka.


Kapsul yang boleh membantu mengurangkan kedutan:





Vitamin E, A, C dan B-komplex sebagai vitamin gantian.



Kegunaan kapsul di atas menghasilkan keputusan yang baik dalaman dan luaran.  Pemakaian vitamin gantian di tempat yang berkedut boleh mengurangkan kedutan tetapi pengambilan secara oral memerlukan nasihat doktor.



Yoga juga membantu mengurangkan kedutan


Yoga eksais boleh mengurangkan kedutan, di mana boleh membantu anda kelihatan muda:


  • Agraa Valaya
  • Singh Mukh Mudra
  • Bhrikuti Vilodan
  • Bhrikuti Valaya



Diet Untuk Menghalang Kedutan





Ada makanan boleh membantu dalam mengurangkan kedutan.  Diet yang kaya dengan sayuran, buahan segar, ikan, kekacang dan sebagainya boleh mengurangkan kedutan.




Makanan yang melambatkan proses penuaan kulit



  • Semua jenis Berry
  • Telur
  • Zaitun dan Minyak Zaitun
  • Essential fatty asid yang wujud dalam ikan seperti salmon dan sardin.
  • Kekacang
  • Makanan yang kaya dengan vitamin C.
  • Avocado
  • Sayuran seperti celery, terung, bayam, bawang dan bawang putih.
  • Makanan yang kaya dengan zinc seperti kekacang, susu, lean meats, dan makanan laut
  • Sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan beta carotene seperti aprikot, keledek dan karot.
  • Bijirin (bijirin penuh)
  • Semua jenis buah-buahan / semua jenis jus buah-buahan segar
  • Tea dan air.
  • Koko (rendah lemak)
  • Sayuran seperi turnip, radish, brussel sprouts, kobis bunga, broccoli, watercress dan kobis. 
  • Soya
  • Halia





Makanan Yang Harus Dijauhi Untuk Mengelakkan Kedutan





  • Daging berwarna merah dan daging yang telah diproses.
  • Lemak yang boleh larut
  • Gula 
  • Produk tenusu penuh lemah
  • Tepung pelbagai guna/ tepung putih
  • Alkohol
  • Margarine
  • Minuman bergas
  • Makanan manis, gula-gula dan kandies
  • Kentang goreng



Seorang doktor pakar boleh merangka plan tindakan dalam procedure menghilangkan kedutan selepas mengamalkan tip-tip yang mudah dan bijak menhilangkan kedut yang mana ianya bukan sejenis sains roket tetapi  adalah 13 cara sains  rumahtangga  di mana sangat berkesan melawan kedut tanpa perlu rhytidectomy.











Jikalau semua yang diatas agak sukar untuk dilaksaakan, Ain ada penyelesaiannya: Bellecious HD.




Semua nutrient yang kulit kita perlukan ada di dalam kotak yang kecil dan comel ini.




Testimoni kami amat memberangsangkan.  Mereka adalah yang telah berjaya mendapat kulit gebu, sistem tubuh yang lebih baik dan lebih sihat juga.




Hadiahkan untuk orang tersayang anda dan lihat mereka menjadi bertukar dan terus bertukar menjadi cantik dan gebu secepat 10 hari.  Pinggang juga bertambah ramping.




Cantik Itu Pilihan!









Friday, October 25, 2013

AKU KAH PEREMPUAN ITU?
















10 Sikap Wanita Idaman Para Lelaki







Kehadiran seorang wanita yang bernama Hawa sangat

mendamaikan dan menggembirakan hati Nabi Adam ketika 

di syurga. 






Wanita merupakan anugerah Allah yang sangat berharga 


dikurniakan kepada insan bernama lelaki. Sehinggalah ke 

dunia, dan sehinggalah ke waktu ini, sikap wanita masih 

tidak berubah.






Tahu tak  apakah sikap wanita yang paling digemari oleh 


semua lelaki? Adakah anda sebagai seorang wanita 

memiliki sebahagian daripada sifat ini.








1. Sikap Keibuan – 









Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap 


keibuan, lembut, mengambil berat dan 

penuh kasih sayang. 






Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa 


tenteram ketika sedang stress, cemas, 

gelisah dan senang.








2. Keanak-anakan – 







Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang 


wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Lelaki terasa 

terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat 

keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati.






Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan.Misalnya 


kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan 

dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih 

ghairah.







3. Penuh Pengertian – 






Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai 


dan diterima seadanya. 








Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, 


memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan 

sebagainya.







4. Menghargai – 







Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. 


Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan 

lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan 

diberi kepercayaan.  Pengharg­aan dari wanita membuat 

lelaki berasa bangga.







5. Menjaga Penampilan – 








Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan 

agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. 

Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut 

menghargai dirinya.























6. Pandai Berbicara – 








Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi 

dan boleh diajak berbual. Walau  topik perbualan 

yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran 

wanita,  wanita tersebut dapat mengimbanginya.






Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat 


memberi respon dan pendapat yang baik, serta 

mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan 

yang lebih menarik.







7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – 








Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri 


mempunyai nilai lebih dimata lelaki. 






Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan 


cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. 






Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita 


tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri.Dia 

mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di 

bandar atau di kampung.






8. Menghormati Diri Sendiri – 








Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai 

seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. 








Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai 

keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan 

oleh seorang lelaki terhadap dirinya.







9. Simpati dan Prihatin – 





Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, 


simpati pada nasib yang susah. 






Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. 


Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati 

yang mulia.







Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar 


keluar dengan indah dan mempesona.





10. Sabar – 






Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan 


segala ujian yang dilalui. 







Menjadi idaman setiap lelaki bergelar suami, jika sedang 


ditimpa kesusahan, datang seorang isterinya yang solehah 

dan penuh kesabaran, berkata, “La Tahzan! Inna Allaha 

ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama 

kita). 















 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...