-by YBhg Datuk Dr Maznah Hamid
"For last year's words belong to last year's
language. And next year's words await another
voice. And to make an end is to make a beginning."
~T.S. Eliot
language. And next year's words await another
voice. And to make an end is to make a beginning."
~T.S. Eliot
MARI KITA JADI MAGNET WANG!
Adakah anda ingin menjadi magnet wang?
Adakah anda ingin menjadi magnet wang?
Money Magnet!
Ilmu pertama yang perlu kita pelajari ialah The Universal Law of Attraction. Undang2 alam daya tarikan.
Guru saya orang Canada. Hingga ke Canada nak menuntut ilmu magnet wang ini!... berikut saya kongsikan beberapa langkah permulaan yang perlu kita segera ambil.
1. Hapuskan dari pemikiran apa jua kepercayaan mengenai kekurangan wang.
2. Hapuskan kepercayaan ‘sukarnya nak cari wang’
3. Hapuskan kepercayaan hanya kerja2 sukar dan mustahil saja yg boleh buat wang.
4. Hapuskan kepercayaan anda mengenai HUTANG DAN KERUGIAN! Kerana ianya amatlah sial dan membinasakan.
5. Hapuskan pemikiran dan percakapan ‘aku tak mampu’. Terlalu mahal! Aku takkan pernah MAMPU!
Hapuskan! Singkirkan dari pemikiran dan kepercayaan anda!
6. Buka minda anda untuk menerima! Menarik WANG dari pelbagai sumber & arah.
Ganjaran dalam perbagai bentuk. Pasti yang HALAL.
Ok hari ini cuba kita praktikkan.
Hapuskan semua kepercayaan2 ini dari pemikiran dan amalan kita ya!
Selamat mencuba!
Rasai, Hayati perbezaannya...!
Setelah kita menghapus semua kepercayaan2 negatif dan tidak membina dari pemikiran dan amalan kita. Langkah bijak seterusnya ialah...
7. Kita mulakan hari ini dengan penuh rasa kasih. Bersyukur. Menghargai walau sebanyak manapun wang yang kita ada.
Katakan pada diri anda. ( ni cara guru org. Puteh ajar la):
Wang adalah Bagus.
Wang amat penting.
Saya sukakan Wang!
Dan Wang juga sukakan saya.
Wang akan dapat membantu saya untuk Membantu orang lain. Ulang x 2.
Dari sudut psikologi, ianya secara langsung akan menghantar
signal.
Wang adalah Bagus.
Wang amat penting.
Saya sukakan Wang!
Dan Wang juga sukakan saya.
Wang akan dapat membantu saya untuk Membantu orang lain. Ulang x 2.
Dari sudut psikologi, ianya secara langsung akan menghantar
signal.
Isyarat kepada minda kita dan dunia di sekitar untuk menarik dan menghantar lebih banyak wang dari pelbagai sumber termasuk ganjaran-ganjaran yang tidak kita jangka.
8. Hapuskan dari pemikiran anda apa jua perasaan geram
Kerana pemikiran begini tidak akan membantu "apapun"
dan WANG JUGA AKAN LARI JAUH DARI ANDA.
Percayalah!
Kerana ianya berlawanan dengan hukum alam. Undang2 tarikan!
9. Hargai kekayaan dan kemewahan orang lain dengan menyatakan kekaguman dan sanjungan apabila melihat sesuatu yang anda ingin terjadi pada diri anda.
Berdoa dan bersyukur pada tuhan utk diri anda dan orang yg anda ingin ' Jadi' itu.
10. Sentiasa bersyukur dan menghargai berapa banyak wang yang anda ada.
Sikap ini akan menarik lebih banyak WANG ke dalam hidup anda dan berpotensi untuk menggandakannya.
11.Hargai dan syukurilah setiap sen dan ringgit yang anda perolehi kerana ianya adalah rezeki.
12. Kasihi dirimu dan letakkan dirimu terlebih dahulu. Bantu dirimu dahulu supaya berupaya membantu orang lain.
13. Ingatlah untuk membayar dirimu terlebih dahulu. Bayar hutang setelah bayar anda dulu.
Sikap ini akan memberi isyarat pada minda separuh sedar kita dan seluruh dunia bahawa diri anda diletakkan terlebih dahulu dan anda memang berhak dan layak menikmati kekayaan.
14. Yakinlah bahawa anda dilahirkan ke dunia untuk mencipta kejayaan dan kekayaan sekiranya anda benar-benar berusaha memperolehinya.
ºBAYANGKAN KIRANYA ANDA TELAH JADI 'KAYA'º
Sahabat ku.
Selamat datang ke hari yang penuh bermakna ini.
15. Mari kita sama2 bayangkan bagaimana agaknya
kita akan menggunakan kekayaan yang kita miliki
secara bijaksana.
Bayangkan membeli rumah besar.
Kereta ferrari idaman anda.
Bawa ibubapa ke mekah.!
Bayangkan berapa ramai yg. boleh kita gembirakan!
Hapuskan terus pemikiran 'SAYA TAK MAMPU'.
16. Psycho pemikiran anda. Daripada bimbangkan
mengenai masalah kewangan .........
Mari kita ' Bimbangkan' mengenai nak belanjakan
wang-wang yang banyak datang dari pelbagai
sumber.
Untuk menggembirakan hati anda.
Keluarga.
Bersedekah.
Berzakat.
Membina masjid!
Bayangkan!
'Bimbangkan' betul2 Wang yang banyak ni cam mana
nak dibelanjakan.
17. Cuba anda 'Lakonkan sebaik mungkin' seolah2
anda telah benar-benar menjadi 'KAYA" DAN
'JUTAWAN'.
Tanya diri anda.
Apa dan bagaimana agaknya seorang jutawan
'Berfikir'.........'Bercakap' dalam situasi ini.
Kemudian berfikir dan bercakap dari mindset seorang '
jutawan'.
Adakah pemikiran dan bahasanya sepertimana 'diri'
anda yang sebenarnya?!
Bagaimana perasaan dan mindset anda hari ini?
18. Teruslah memberitahu diri anda berkali2
'Sesungguhnya tidak sukar bagi ku utk buat atau
mendapatkan wang sejumlah yg. saya perlukan'.
19. Setiap hari beritahu diri anda.
'Saya adalah magnet wang'
saya berupaya menarik wang seperti MAGNET.
Lebih mudah.
Lebih pantas.
Tanpa sengsara dengan seronoknya.
Wang akan datang pada ku dari pelbagai sumber dan arah
seperti durian runtuh.
20. Rahsianya.
Pemikiran separuh sedar 'subconscious mind' akan bertindak
balas terhadap jumlah wang.
Sebab itu amatlah penting utk mengira jumlah wang yg.
Anda nak 'Tarik' ke dalam hidup anda 'secukupnya'!
Lukiskan.
Gambarkan jumlahnya besar-besar dalam Kertas .
Gantung! Lekatkan dan simpan jumlah itu didalam dompet
anda supaya sentiasa mengingati jumlahnya.
21. Terus memberitahu diri anda berkali2 bahawa anda
telah berupaya menarik jumlah wang yg. Dikehendaki
dengan mudah.
Tidak sukar dan amat menyeronokkan!
22. Sebaik saja kita praktikkan langkah-langkah di atas.
Anda mula menarik lebih banyak wang ke dalam hidup
anda.
Secara mudah! Macam magnet.
BAYANGKAN!
Rasainya dengan urat saraf anda!
Anda semakin hampir dengan sejumlah wang yang anda
idamkan!
Masukkan jumlah wang itu ke dalam minda separuh sedar
anda!
APA TINDAKAN ANDA SETERUSNYA..?
YA ALLAH KAU KABULKANLAH DOA DAN USAHA KU
INI!
Klik 'LIKE'...... share dengan rakan kita diluar sana!
No comments:
Post a Comment