Tuesday, October 1, 2013

WOA UNDERSTANDING MY VISCERAL FATS!






MASALAH PERUT BUNCIT MEMANG BOLEH MENGGANGGU PERASAAN KITA. IANYA BOLEH MENGURANGI KESEMPURNAAN PENAMPILAN. 


Ada 6 fakta tentang lemak perut yang perlu diketahui oleh kita!!!!


1. Apakah itu “Lemak Perut”?


Perut buncit atau gendut disebabkan oleh lemak visceral yang berada di antara internal organs dan torso. 




Jika seseorang memiliki lemak visceral secara berlebihan dalam tubuhnya, jadi dia akan menderita obesiti sentral atau memiliki perut buncit.



2. Penyebab Lemak Perut


Perut berlemak disebabkan kerana kelebihan kalori dan perubahan hormon. 




Untuk itu, mulailah menjalani gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan sihat dan melakukan senaman secara rutin.



3. Perbandingan Pinggang ke Pinggul



Anggapan kebanyakan orang bahawa orang yang memiliki perut tidak rata pasti mengalami obesiti adalah tidaklah benar. 




Lemak visceral yang berlebihan tidak elok bagi kesihatan jantung dan boleh menyerang siapa saja, baik yang bertubuh langsing mahu pun gemuk. 



Cara untuk menentukan jumlah lemak perut yang dimiliki adalah dengan membahagi ukuran titik terkecil pinggang dengan ukuran terlebar pinggul. Untuk memastikannya, sebaiknya berjumpa dengan pakar pemakanan.




4. Lemak Perut Lebih Buruk dari Lemak Lainnya



Pada tubuh manusia terdapat lemak subkutan (lemak di bawah jaringan epidermins) yang umumnya kelihatan di lengan dan bahagian punggung, serta lemak visceral yang nampak di perut. 




Namun, ternyata lemak visceral atau lemak perut jauh lebih berbahaya bagi tubuh kerana selain sukar dihilangkan, ia juga boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, diabetes, dan kanser. 



Sedangkan lemak subkutan menyebabkan tubuh kelihatan menggelambir dan umumnya boleh dilenyapkan dengan aktiviti fizikal.



5. Mencegah Pembentukan Lemak Visceral




Lemak visceral dapat dicegah dengan menjaga pola makan sihat, mengurangi stres  dan banyakkan meminum air masak untuk mengeluarkan garam dari tubuh. 




Pengambilan makanan seperti oat, roti gandum, beras merah, sayuran hijau, buah, kacang, ikan dan sebagainya.



 Hindari makanan tinggi gula dan yang digoreng seperti bijirin bersalut gula dan gorengan.



Liposuction atau operasi sedut lemak tidaklah efektif untuk membakar lemak visceral. Tapi hanya bermanfaat menghilangkan lemak subkutan dan tentunya bedah plastik ini berbahaya bagi kesihatan tubuh terutama organ internal.



6. Cara Mendapatkan Perut Rata




Menurut kajian Sains, setiap orang memiliki perut six pack , namun tidak semua dapat dilihat secara fizikal kerana longgokan lemak yang menimbun di perut. Untuk mendapatkan perut rata yang menawan, salah satu kuncinya adalah melaluI fitness dan pola makan sihat yang seimbang.




 Kita harus memiliki pola makan dan cuba seimbangkan pengambilan protein, serat serta air di dalam tubuh mencukupi.

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...