Monday, January 7, 2013

ALAHAI ANAKKU SAYANG








 Salam Kekayaan Anak-Anakku

Seorang sahabat telah bertanya nenek soalan ini

"Setiap hari saya telah menghantar anak saya sehingga ke pintu pagar sekolah, setelah dia bersalam dan mencium pipi saya dia masuk ke dalam kawasan sekolah barulah saya balik ke rumah.

 Tetapi mengapa 2 hari yang lalu saya menerima surat dari sekolah mengatakan dia sudah 3 hari tidak ke sekolah dan hanya hadir selama 8 hari sahaja pada bulan lepas. Ini adalah surat yang ketiga  dan pihak sekolah meminta saya dan ayahnya ke sekolah berbincang dengan Guru Besar apakah masalahnya.

Saya sangat sedih ain, sudah 2 hari saya tak lalu makan memikirkan apakah yang berlaku sebenarnya"

Sebagai seorang sahabat yang baik saya telah pergi kerumah seorang guru yang bertugas di sekolah yang sama yang duduk di kejiranan saya.  Hasilnya sangat memeranjatkan.

"Memang dia tidak ada di sekolah.

Setiap guru yg masuk ke setiap kelas akan mengambil kedatangan semua yang hadir, ini untuk melindungi guru itu sendiri jika ada masalah berbangkit di kemudian hari jika ada ibubapa yang mempersoalkan kenapa anak mereka tidak boleh menguasai sesuatu subjek dan guru dipersalahkan.  Sesetengah pelajar hanya akan hadir kelas yang mereka suka sahaja dan jika dia dinyatakan tidak hadir bermakna dia memang tidak ada di sna ketika itu"

Apakah yang berlaku sebebarnya.  Dimanakah dia ketika sessi persekolahan itu?

Seorang shabat memberitahu saya juga dia telah pergi membelibelah di KLCC.  Dihadapannya ada 4 orang gadis remaja berpakaian sekolah dan mereka berbual dengan gambira dan bercakap agak kuat.  Mereka bercakap mengunakan perkataan yang sangat-sangat kasar, keseluruhannya 4 letters word.   Dia tidak nampak muka mereka tetapi gerakan hatinya menyatakan seolah-olah dia kenal dengan salah seorang dari mereka.  Dia berjalan cepat kehadapan dan menoleh ke arah remaja tersebut, alangkah terperanjatnya dia kerana salah seorang dari mereka adalah anaknya.

Dengan airmata bercucuran dia bertanya

"Dimana salah aku mendidiknya?  Di hadapan aku dia sungguh sopan dan lemah lembut tuturkatanya.  Aku dah tak kenal dia lagi ain"

Saya hanya boleh mendengar dan menasihatinya agar berjumpa guru konsuler di sekolah. kerana saya juga masih belajar menjadi ibu kepada anak-anak remaja saya.

Pesan Nenek   kebayan Comel:

Setiap tutur kata akan dicatatkan oleh Malaikat.  Jagalah tuturkata kita kerana jika dalaman kita baik akan menjelmakan luaran yang cantik.  Berusahalah untuk memahami hakikat ini agar kita juga dapat menjaga insan yang baik demi generasi kita.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...