Saturday, September 20, 2014

MENGHILANGKAN JERAGAT SECARA SEMULAJADI






Bintik hitam (sunspots) yang dikenali juga sebagai age spots merupakan bintik kecoklatan pada kulit yang rosak akibat matahari.



Sebenarnya bintik hitam tidaklah berbahaya, hanya saja kehadirannya  akan mengganggu penampilan terutama bila muncul pada wajah dan leher.


Tidak perlu risau kerana ada beberapa resepi sederhana yang boleh Anda gunakan secara semulajadi  dan efektif untuk mengatasinya.


Bila dilakukan secara konsisten, bintik hitam akan semakin memudar dan wajah pun kembali mulus.



Berikut adalah beberapa resepi sederhana dan efektif yang boleh dicuba di rumah:



Air Perahan Lemon


1. Hiris lemon dan perah airnya ke dalam mangkuk.

Jus lemon kemasan boleh juga digunakan, namun air perahan lemon segar akan lebih efektif.



2. Celupkan bola kapas ke dalam air perasan lemon, lalu oleskan pada bintik hitam.

Biarkan air perahan lemon benar-benar kering di wajah, biasanya memerlukan waktu sekitar 10 sampai 15 minit.


Bilas wajah secara menyeluruh dengan air dan keringkan. Lakukan secara rutin setiap hari agar hasilnya terlihat




Bawang Bombay dan Cuka Apel


1. Blender bawang bombay hingga menjadi jus.


2. Dengan perbandingan yang sama (1:1), campur jus bawang bombay dengan cuka apel ke dalam mangkuk.

Aduk sampai keduanya tercampur rata.


3. Oleskan campuran bawang bombay dan cuka apel pada bintik hitam menggunakan bola kapas dan biarkan hingga kering selama minimal 30 minit.


4. Bilas wajah dengan air dan keringkan. Oleskan campuran ini ke wajah Anda satu kali sehari sampai mencapai hasil yang diinginkan.



Borax dan Gula



1. Campur satu bagian borax dengan dua bahagian gula pasir (2:1) dalam bekas yang memiliki tutup rapat.


2. Tutup bekas dengan rapat dan biarkan campuran tersebut selama dua hari.


3. Lepaskan tutup dari bekas dan aduk campuran hingga rata.


4. Oleskan campuran pada bintik hitam menggunakan bola kapas.


Biarkan kering pada wajah selama sekitar 15 minit, atau sampai benar-benar kering.



5. Bilas wajah dengan air untuk menghilangkan campuran. Terus lakukan proses ini setiap hari sampai bintik hitam hilang.





Sangat mudah dan jimatkan!



Keep Glowing Ladies



Wednesday, September 17, 2014

REDHA, MAAF, SYUKUR






Ada masanya kita tidak sedar apa puncanya kita marah-marah.  Mungkin disebabkan perasaan cemburu atau kecil hati.  Atau persekitaran yang memberi kita tekanan sehingga menimbulkan perasaan marah.





Bayangkan jika anda terpaksa berdepan individu yang tiba-tiba marah apatah lagi jika tidak diketahui apa puncanya.  Apabila sudah marah, ada saja yang tidak kena.  Lebih parah lagi orang yang dibelenggu perasaan marah sering tidak mampu mengawal diri lantas bertindak di luar kewarasan fikiran.  Satu insiden mengejutkan baru-baru ini apabila tersebar luas rakaman video wanita yang berang akibat keretanya dilanggar seorang warga emas.




Menerusi rakaman video berdurasi dua minit 33 saat itu, kelihatan wanita terbabit menghentak pengunci stereng pada kereta lelaki tua itu sambil mengherdik dan mengeluarkan kata-kata makian akibat terlampau marah selepas kereta Peugeot 208 yang dipandunya dilanggar daripada belakang.




Walaupun lelaki berketurunan cina itu telah beberapa kali memohon maaf kerana melanggar secara tidak sengaja, namun wanita itu tetap tidak berpuas hati.





Menurut Pakar Perunding Jabatan Pendidikan dan Kaunseling Psikologi, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Dr Haslee Sharil Lim Abdullah, untuk memahami kemarahan, seseorang perlu memahami psikologi.





Kemarahan tidak akan berlaku tanpa sebab.





Ia seperti satu transformasi yang berubah disebabkan sesuatu.





Misalnya, kecewa dan putus asa boleh melarat kepada perasaan marah.  Marah sebaiknya diluahkan daripada dipendam tetapi bergantung kepada individu sama ada dilepaskan secara negatif atau positif.





"Lebih mudah marah terjadi kerana ada sesuatu bertindak sebagai pencetus.  Jika seseorang berfikiran negatif, maka dia tidak boleh menguruskan kemarahan tersebut dengan baik," katanya.





Tambah Dr Sharil, marah terdiri daripada dua jenis iaitu marah yang terkawal dan tidak boleh dikawal.




"Seseorang yang mengalami kemarahan tidak terkawal boleh mengamuk dan bertindak tidak rasional.   Individu seperti ini ialah orang yan berfikiran negatif.





"Manakala mereka yang boleh mengawal kemarahan mempunyai minda yang boleh berfungsi dan berfikir untuk  memperbaiki keadaan dan bukan memburukkan situasi," ujarnya.





Untuk mengawal kemarahan, seseorang perlu ada kesedaran.  Jika mereka sedar, kita ada kesempatan memperbaiki keadaan dan diri.  Jika kita tangani peristiwa itu secara positif, seseorang boleh berada dalam keadaan gembira dan reda.





"Tafsiran sesuatu peristiwa mempengaruhi fikiran dan jika positif, kita dapat membuat pilihan mengawal dengan baik.  Dalam kes yang lepas, wanita tersebut sedang mengalami rampasan emosi apabila keretanya dilanggar sehingakan tindakannya di luar kawalan dan membahayakan orang lain.   Jika seseorang kerap mengalami rampasan emosi dan bertindak di luar kawalan, individu itu perlu mendapatkan rawatan," jelasnya.





PENDEKATAN RMS





Justeru itu, Dr Sharil telah menghasilkan pendekatan RMS  untuk membantu meningkatkan kesihatan psikologi.  Kaedah  ini lebih praktikal digunakan bukan sahaja dalam kaunseling tetapi boleh diamalkan semua orang.






RMS   merupakan singkatan untuk Redha, Maaf dan Syukur.





"Redha ialah menerima takdir dengan hati yang terbuka.  Oleh itu jiwa akan tenang.  Selain itu, setiap orang perlu ada sifat pemaaf kerana kita tidak akan menyimpan setiap kemarahan di dalam hati.   Kita akan melepaskan perasaan itu dan membiarkannya pergi.   Jika kita tidak memaafkan orang lain, kita akan sakit hati  dan bersikap keras hati.  Justeru, perasaan bengang akan timbul dan menggangu cara berinteraksi dengan orang lain, jelasnya.





Seseorang juga perlu ada perasaan syukur.   Apabila seseorang bersyukur, bermaksud dia sentiasa berterima kasih setiap apa yang dimilikinya.  Namun, Dr Shahril memberitahu, ramai yang tidak bersyukur dengan kelebihan dan memperbesar-besarkan kekurangan.   Jika ini berlaku, maka banyak benda negatif akan berlaku.






Persoalan mengawal kemarahan ini datang daripada diri sendiri.  Keupayaan mengawal kemarahan dan emosi mencerminkan kematangan psikologi seseorang itu.   Orang yang matang dapat mengawal emosi, keadaan dan tidak membiarkan diri dikawal oleh keadaan.











By Rabiatul Adawiyah koh Abdullah
@Utusan.co.my









 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...