Thursday, January 29, 2015

MENUNDA KEMATIAN









Kematian memang di tangan Allah. Tetapi mempercepat dan melewatkan kematian adalah hak Nya juga. Maka ada satu perkara yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda. bagaimana caranya dan mengapa boleh terjadi?



Kisah ini benar-benar terjadi pada masa kenabian Ibrahim a.s.


Suatu hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabiyallah Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”



“Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.”



“Ada apa dia datang menemuimu?”


“Dia menyampaikan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinannya esok pagi.”



“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.”


Selesai berkata seperti itu, Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabiyallah Ibrahim. Hampir saja NabiAllah  tergerak untuk rriemberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan perkahwinannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu bsok. Tapi langkahnya terhenti. Nabiyallah Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah.




Esok paginya, Nabiyallah Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap boleh melangsungkan perkahwinannya.




Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabiyallah Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.



Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabiyallah Ibrahim bertanya kepada Malaikat Kematian, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu memberitakana bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai bsok pagi?



Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.




“Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”




“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkahwinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”




Kematian memang di tangan Allah. justeru itu, mempercepat dan melewat kematian adalah hak Allah.



 Dan Allah memberitahu pada  kalam Rasul-Nya, Muhammad shalla `alaih bahawa sedekah itu boleh memanjangkan umur. jadi, bila disebut bahawa ada sesuatu yang boleh menunda kematian, itu adalah…sedekah.




Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling Anda. Bila Anda menemui ada satu-dua kesusahan di depan mata anda. maka sesungguhnya andalah yang perlupertolongan. Kerana siapa tahu kesusahan itu diperlihatkan oleh Allah untuk memperpanjang umur anda.




Cuma apakah anda bersedia menolongnya atau tidak. Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur Anda.




Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai.



 Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba.



 Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memanjang umur, malah juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.




Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah?



 Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah.




Mudah-mudahan Allah berkenan memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mendapat keampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian pada masa mendatang.

10 Sikap Tercela Di SisiNya





SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:







1. Gelojoh ketika makan


Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.




2. Banyak bercakap


Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.




3. Suka marah-marah


Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.




4. Hasad dengki


Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).




5. Kedekut & bakhil


Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.




6. Bermegah-megah


Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.




7. Cintakan dunia


Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).




8. Ego atau sombong


Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.




9. Ujub dan suka bangga diri


Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.




10. Gemarkan pujian atau riak


Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.




Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar. Nauzubillah...

Wednesday, January 28, 2015

Tabiat Yang Merosakkan Kulit








 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...