Monday, October 22, 2012

Kaya Mental Kaya Dunia Akhirat











Mempersiapkan  Mental  Ketika  Ditimpa  Musibah

Salam Ketenangan dan  Kekayaan Anak-Anakku Bertuah.


Memiliki hati tenang, bahagia dan hilang rasa gundah adalah sesuatu yang sangat diinginkan setiap insan.

Insan yang berakal menurut Syeikh Abdurrahman bin Nasir as-sa'di Rahimullah dalam bukunya, al-Wasaailu al-Mufaidah lil Hayatatis Sa'idah ialah "mengetahui kehidupan sebenarnya adalah kehidupan yang dijalani dengan bahagia dan tenang.  Kehidupan itu pendek sekali dan tidak sepatutnya dipenuhi dengan kesedihan dan larut dalam kesusahan".

Jika seorang hamba ditimpa musibah atau takut akan musibah, dia hendaklah membandingkan antara nikmat yang diperolehi, baik dalam urusan agama atau dunia dengan musibah menimpanya.

Dengan membuat perbandingan itu jelaslah baginya betapa banyak nikmat dikurniakan Allah s.w.t kepadanya serta tertutup musibah yang menimpanya.

Selanjutnya Syaikh as-Sa'di  menyarankan "hendaknya  juga membandingkan antara kemungkinan bahawa bahaya akan menimpanya dengan banyaknya kemungkinan akan dapat selamat daripadanya.  Jangan sampai kemungkinan yang lemah dapat mengalahkan kemungkinan yang kuat dan banyak".

Dengan demikian akan hilang kesedihan dan perasaan takut.  Setiap insan juga perlu memperhintungkan perkara paling besar yang dapat menimpanya.  Kemudian menyiapkan mental untuk menghadapi apabila memang terjadi serta berusaha mencegah sebarang perkara belum terjadi dan menghilangkan atau paling tidak meminimumkan musibah yang sudah terjadi.

Bila seseorang dihadapkan dengan ketakutan, sakit, kekurangan atau tidak tercapai keinginannya, dia perlu menghadapinya dengan  tenang dan membuat perakan siapan mental mencukupi.

Dia harus bersiap menghadapi keadaan yang lebih berat sekalipun.

Sesungguhnya persiapan mental dalam menghadapi musibah akan memperkecilkan musibah itu  dan menghilangkan bebanannya.

Apa yang lebih penting selalu memperbaharui kekuatan menghadapi  musibah disertai tawakal dan yakin kepada Allah.

Jika hati bersandar kepada Allah, bertawakal kepadaNya, tidak menyerah kepada prasangka buruk serta tidak dikuasai khayalan negatif, yakin serta sungguh-sungguh, berharap atas kurniaan Allah, maka akan terusir perasaan sedih dan hilang pelbagai macam penyakit fizikal dan jiwa.

Hati boleh mendapat kekuatan, kelapangan dan kebahagiaan yang tidak dapat diungkapkan.

Banyak rumah sakit dipenuhi pesakit yang sakit kerana prasangka buruk dan khayalan menyesatkan.

Banyak orang tabah hatinya tetapi masih terpengaruh dengan hal berkenaan, apalagi orang yang memang lemah hatinya.

Dan betapa sering hal terbabit menyebabkan kebingungan dan kegilaan.  Orang sihat dan selamat diselamatkan Allah dan diberikaNya taufik untuk berusaha mendapatkan faktor yang boleh menguatkan hati dan mengusir kegelisahan.

Firman Allah bermaksud "Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya ( Surah Ath-Thalaq : Ayat 3 ).

Ertinya Allah akan memcukupkan untuknya semua  apa yang dia perlukan daripada urusan agama dan dunianya.

Maka orang yang bertawakal kepada Allah, hatinya kuat, tidak dapat dipengaruhi prasangka buruk dan tidak dapat digoncang peristiwa yang terjadi.

Ini disebabkan dia tahu hal itu, termasuk tanda lemahnya jiwa dan perasaan takut yang tidak beralasann.

Dia tahu Allah akan menjamin sepenuhnya orang bertawakal kepadaNya serta yakin  kepada  Allah kerana percaya akan janjiNya.

Justeru, hilanglah duka dan gelisah.  kesulitan berubah menjadi kemudahan, kesedihan menjadi kegembiraan dan perasaan takut menjadi keimanan.


Credit given to the original writer ustaz Hashim Ahmad.
Sampaikan walau sepotong ayat.

Apabila Jiwa Kaya

Salam kekayaan Anak-anak Bertuah





Jom jemput bersama Ketenangan dan kekayaan kita:


APABILA    ANDA...............


Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah
anda masih boleh bersandar kepada - DIA Yang Maha Mengasihi.



Apabila hidup diselubungi kegelapan - semuanya silap, carilah sinar itu dari DIA Yang Maha Memberi Cahaya.



Apabila dibelenggu masalah sedangkan tidak sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada
- DIA  yang tidak pernah melukakan hatimu.  Dia Maha Adil.



 Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratme, jangan berputus asa kerana DIA
- melihat segala-galanya.



 Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.



 Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradatNya.



Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus dari  - DIA yang  menjadi satu-satunya panduan hidup.



Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana
- DIA  Maha Mendengar.



Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada
- DIA Yang Maha Kaya.



Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada
- DIA Yang Satu.



Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada
- DIA  satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.



Dan ;



Apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa
- DIA sentiasa bersama orang-orang yang sabar.



Anak-anakku bertuah


kita adalah apa yang kita fikirkan.  Fikirkan yang baik-baik sahaja.

Saturday, October 20, 2012

Yoli Alkalete Melewatkan Penuaan














Salam kekayaan Anak-anakku

Mari,  jemput bersama Keremajaan dan Kekayaan  kita, sila,  jemput masyukkkkk.........



LEWATKAN PENUAAN 
by Ain Yoli




Proses penuaan adalah antara fasa yang paling ditakuti oleh ramai orang.  Penuaan membawa pelbagai konotasi.  Ada yang merujuk tua, kulit berkedut, tidak cantik, matang, bercucu, merasa tidak disayangi dan sebagainya.


Bagaimanapun terdapat tiga  jenis proses penuaan.


Satu proses penuaan berdasarkan kepada kronologi umur yang bergantung kepada tarikh lahir  dan ini diikuti oleh umur biologi atau diukur menggunakan penanda biologi.


Proses penuaan terakhir ialah umur psikologi yang sememangnya dipengaruhi oleh sikap sesorang itu.


Bagaimana saya boleh menterbalikkan proses penuaan badan?


Kajian mendedahkan, umur psikologi ada kaitan dengan umur biologi daripada umur kronologi.


Jika anda sentiasa berfikiran positif dan percaya diri anda akan menjadi lebih baik seiring dengan peningkatan usia dari semua aspek seperti fizikal, emosi, rohani dan sosial.


Anda pasti akan berusia dengan lebih anggun.


Penanda usia biologi yang terbaik dan terkenal ialah tekanan darah, ketumpatan tulang, aturan suhu badan dan kadar metabolisma.


Selain itu sistem imunisasi, sukatan gula, kekuatan otot, tekstur kulit, tahap hormon seks dan lain-lain.


Jika anda bercadang untuk 'melambatkan' penanda biologi ini,  cuba praktis lebih dari satu tip-tip yang disenaraikan:


1. Ubah persepsi anda terhadap kiraan masa.  - Jangan sentiasa tergesa-gesa.


2.  Tidur yang nyenyak.


3.  Ambil sekurang-kurangnya  2 Yoli  Alkalete capsules setiap hari.


Semakin lama mengamalkan Alkalete sel-sel anda akan menjadi remaja kembali. Buang asid, buang penyakit.


Ia terbukti secara saintifik  mampu untuk meneutralkan sehingga 50% asid dalam badan  dalam tempuh 7 hari.


Dan terbukti mampu mengurangkan sehingga 90% asid dalam makanan dan minuman jika dimasukkan ke dalam makanan dan minuman tanpa menjejaskan rasa.


4.  Makan buah-buahan yang segar dan makanan berkhasiat.


5.  Amalan sembahyang 5 waktu, dhuha dan sembahyang tengah malam.


6.  Bersenam selalu.


7.  Jangan mengambil benda-benda yang bertoksin.


8.  Hindari dari perasaan negatif dan benci.  Jika  berfikir sahaja di dalam hati anda merasakan anda tidak menyukai seseorang, secara otomatik sel-sel badan anda mengeluarkan toksin.  Ini kajian pakar toksid.


9.  Sentiasa berpandangan positif.


10. Jadikan masalah sebagai satu peluang.


11. Bina hubungan yang penuh kasih sayang dan membahagiakan.


12. Selalu mengambil tahu, belajar dan luangkan masa bersama anak-anak.


13.  Jangan marah, jangan marah, jangan marah.


14. Jika  ada masalah, benci atau dilukai : berfikirlah "apakah kasih sayang akan buat di dalam situasi yang begini   ?.


15.  Semua yang kita buat kerana Allah.


"aku memberi kerana Allah.............."
"aku menahan kemarahanku keranaMu ya Allah....."
"aku biarkan ini semua keranamu ya Allah, berilah ganti yang lebih baik......"
"Ya Allah berilah pahala di dalam musibah ini dan berikanlah ganti yang lebih baik...."



16,  Ingatlah anak-anak bertuahku,  ketika dirimu dicaci, bersabarlah, kerana sewaktu itu Allah telah mengutuskan seorang malaikat untuk menjawab setiap cacian bagi pihakmu.


Semoga semua sukses milik kita luarbiasa.


Sunday, October 14, 2012

HIDUP DAN MATIKU HANYA UNTUK MU!.





























































Salam Kekayaan Anak-Anakku

Kenapa Orang Tak Solat Boleh Berjaya

Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya dan ianya tidak akan memasuki hati yang gelap, tetapi kita lihat kawan kita yang berjudi, yang minum arak boeh berjaya pula.  Sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.  Kita tahu bahawa siapa yabg berbuat baik, taat kepada Allah akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat kawan kita ini tidak solat, tetapi perniagaannya menjadi, kita pula hidup dengan penuh kesukaran dan dugaan.

Kita juga tahu bahawa, Islam ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan Islam lebh berjaya dan umat Islam tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya kenapa begitu?  Sekarang ini yang manakah benar.  Adakah apa yang kita faham selama ini tidak benar?.

Maka saya hendak bertanya kepada and.

ADAKAH ANDA TAHU APA ITU ISTIDRAJ.

Istidraj ini adalah satu kalimah yang sering merujuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah di dalam kehidupannya walaupun dia bukan hamba Allah yang taat, malah pembuat maksiat yang tegar.

Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat Istidraj?.

Apakah Maksud Istidraj?

Istidraj adalah, apabila Allah memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpahruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya manusia yang mendapat Istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan Islan dalam kehidupan dan juga tidak berusaha mengenali Allah swt.

Contoh manusia mendapat Istidraj banyak.

 Saya bagi contoh yang paling mudah.  Salah seorang darinya adalah Qarun.  Apakah anda kenal dengan Qarun?  Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya.

Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat.  Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat didalam Al-Quran.  Hartanya melimpahruah.  Segala perniagaannya menjadi.  Segala pelaburannya mengembang.  Hartanya makin hari makin bertambah.  Sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa as cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang dari Allah, maka Qarun dengan angkuh menjawab

"Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku"

Lihat, lihat apa kata Qarun.  Tidak, semua ini adalah hasil dari....ILMUKU.  Dia nyata semakin jauh dari Allah, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpahruah    dan sebagainya.  Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut Nabi Musa as yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun?  Dia akhirnya ditenggelamkan Allah ke dalam bumi dengan seluruh hartanya.  Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah...........apakah itu yang kita mahu?.

Sebab itulah saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini yang menzalimi dosa-dosa melakikan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan.  Apakah agaknya akan timbul di dalam jiwa kalian?.

Saya yakin 99% akan merasa begini

"Tengok, aku tak solat pun berjaya.  Siapa kata solat itu bawa kejayaan?"

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu?.  Anda berjaya tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah Swt, dan ini buktinya anda semakin jauh dari Allah.  Itulah Istidraj.

Maka jangan gusar jika tidah berjaya.  Cuba lagi.  Hubungan keimanan anda dengan Allah itulah yang pertama sekali, yang perlu anda perhatikan.  Jika anda berjaya membina hubungan keimanana yang baik, InsyaAllah, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya Allah suka menguji hamba-hambaNya yang beiman..Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan.  Seorang penyembah berhala dan seorang lagi muslim yang taat kepada Allah.  Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya manakala yang muslim membaca bismillah.  Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan manakala yang muslim, hampir saja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah..

'Ya Allah, apakah yang telah berlaku?.  HambaMu yang menyegutukanMu kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, kau tidak memberikan dia apa-apa."

Allah menjawab..

"Yang menyegutukanku, tempatnya memang sudah pasti NERAKA.  Maka apalah sangat reseki yang pasti akan hancur itu jika ku berikan kepadanya itu?  Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak menganjarkannya SHURGA, maka Aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya"

Nah, jangan anda kecewa bila diuji.  Tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study? Gagal dalam perniagaan walau hebat nenyusun strategi.. Itu semua adalah sebahagian dari ujian Allah Swt.  Allah Swt menguji hanya untuk mereka yang dikasihi.  Bukankah Allah Swt ada berfirman..

"Adakah kamu akan mengira kami akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?".

Jika gagal terhadap satu-satu perkara itu, amda masih belum gagal di dalam kehidupan.  Teruskan usaha selagi nyawa masih ada.  InsyaAllah, Allah akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda.  Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur.  Tandanya Allah masih lagi dekat dengan kita.  Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana.  Anda mahukah Istidraj?.

Saya yakin tidak.

Anda tenang sekarang?.

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa  dan anda berjaya.

Sebab itulah, muhasabah diri itu penting.  Untuk kita sentiasa periksa bagaimana hubungan kita dengan Allah Swt.


Credit given to: 

Admin Blog Giler kentang - didoakan semua kebaikan yang Allah turunkan di atas muka bumi ini melimpahi anda dan anak-anakmu.dan pembaca bertuah  Sampaikan walau sepotong ayat.  Amin.
.

Tuesday, October 9, 2012

Resepi Kekayaan

Salam kekayaan Anak-Anak bertuah


RESEPI  KEKAYAAN

Factual and Sensitif

Bila pengaruh fikiran sangat kuat terhadap perasaan kita, bererti kita orang factual.  Orang yang selalu bertindak atau bersikap berdasarkan fakta.

Tetapi apabila pengaruh fikiran sangat lemah terhadap perasaan kita, maka kita termasuk orang yang sensitif.

Orang factual biasanya lebih mampu mengendalikan fikirannya.  Mampu mengolah fakta-fakta yang terakam diotak secara detail sebelum dimasukkan ke hati.

Sebaliknya orang sensitif akan cenderung emosional, kerana biasanya pada saat bertindak balas terhadap reality yang tengah dihadapi, fikiranya tidak mengolah kembali fakta-fakta yang terakam di otak akan tetapi langsung memasukkannya ke dalam hati apa adanya.  Ia mengolah informasi dengan perasaannya.

Untuk memperjelaskan, ambil contoh seseorang tanpa sengaja melihat kekasihnya tengah duduk berduaan dengan orang lain yang berlainan jenis  dan tidak dikenali.  Dan bila dia orang yang sensitif, otaknya merakam semua kejadian yang dilihatnya.  Pemikirannya tidak mengolah melainkan langsung meneruskan ke dalam hati untuk diolah.  Kerana hatinya yang mengolah, ia mungkin segera mendatangi mereka dan tanpa usul periksa langsung marah.

Sebaliknya jika dia seorang faktual, kejadian tadi dirakam diotaknya, diolah terlebih dahulu oleh fikiran sebelum dimasukkan ke dalam hati.  Fikirannya akan membuat pertimbangan-pertimbangan yang diperlukan. Bila kekurangan data maka ia akan menghasilkan kemungkinan-kemungkinan lain.  Misalnya kemungkinan orang lain itu adalah saudara atau sahabat kekasihnya atau mungkin pula teman gelap kekasihnya.

Kemungkinan-kemungkinan itu  kemudian diteruskan ke hati sebagai perasaan ingin tahu.  Kerana pertimbangan fikiran inilah ia mungkin akan mendekatinya untuk mencari tahu hal sebenarnya, pertimbangan langsung menghakimi.

Proses itulah yang menyebabkan orang factual tenang, penuh perhintungan dan mampu mengendalikan diri.

Sebaliknya orang sensitif cenderung cepat gelisah, tergesa-gesa dalam mengambil kesimpulan, tidak sabar dan sukar mengendalikan diri.


PERSEPSI KENYATAAN SECARA POSITIF

Dengan mengoptimakan fikiran, kita dapat mengendalikan perasaan dan kehidupan ke arah yang kita inginkan.  Dengan fikiran kita dapat perasaan sedih menjadi perasaan  gembira, takut menjadi berani, minda menjadi percaya diri, pesimis menjadi optimis atau bosan menjadi penuh ghairah.

Maka tidak salah jika seorang ahli falsafah Marcus Aurelius memiliki pandangan bahawa hidup kita ditentukan oleh fikiran.

Kalau berfikir tentang hal-hal yang menyenangkan, maka kita akan menjadi gembira.  Jika memikirkan hal-hal yang menyedihkan, kita akan bersedih.  Begitu pula bila berfikir soal hal-hal menakutkan kita akan menjadi takut.

Rasanya memang sulit untuk dipecaya namun itulah adanya pada saat kita keluar rumah di pagi hari, kita sendirilah yang menentukan apakah hari itu akan jadi baik atau buruk.  Kerana bergantung kepada bagaimana kita menjalankan fikiran kita.  Dapat tidaknya kita menikmati hari itu sangat bergantung kepada cara kita berfikir.

Kalau merasa kantung kita menipis, lalu mengeluh seakan-akan kita orang yang paling malang, bisa jadi hari itu hari yang paling malang.

Tetapi  bila kita bangun pagi, memandang keluar jendela dan melihat bagaimana burung-burung bersiul menyambut pagi sambil merasakan kesejukkan embun, tanpa memperdulikan kantung yang semakin kempis, mungkin kita akan mendapati hari itu, bagaimana berat pun masalah dipikul hari itu, fikiranlah yang menentukan kehidupan kita.


YANG KITA FIKIRKAN KETIKA ITU, ITULAH HIDUP KITA.

Yang bisa dilakukan adalah mengendalikan fikiran.  Jangan biarkan fikiran kita membuat perasaan menjadi tidak tenteram sentiasa persepsikan kenyataan secara positif.

Bila perlu berusahalah tersenyum menghadapi sutuasi sesulit manapun.

Ada saat-saat di mana kita harus pasrah dan ketawa.  Humor dalam hidup ini sangat penting.  Jangan lupa bahawa  hal0hal sederhana ini dapat membantu anda mempertahankan perspektik bak kata Dale Canargie.

Bila di dalam kesedihan kita mencuba tersenyum, sebenarnya kita tengah mencuba melepaskan diri dari perasaan sedih itu.

Saat    itu kita tengah meneutralkan perasaan negatif di dalam diri.  Hal ini sangat baik dan bisa membantu agar kita tidak terlalu larut dalam duka.

Demikian juga ketika tengah dihadapkan pada masalah-masalah berat, senyum kita sedikit sebanyak akan membantu melepaskan ketegangan.  Selanjutnya biarkan diri rileks, pandang kenyataan di hadapan kita secara positif, kerana dengan begitu kita boleh mengambil nikmat dari apa yang tengah  dihadapi.  Lalu fikirkan hal-hal yang dapat mengendalikan kegembiraan kita.

Kalau ada masalah, rilekslah, santai saja.  Fikirkan apa yang akan anda lakukan selanjutnya dan apa tindakan anda untuk itu.

Memang ada banyak hal yang menyakitkan, yang membuat kita cemas atau kesal.  Namun jangan larutkan diri di dalamnya.  Jangan membiarkan masalah apa-apapun  membuat kita patah semangat.  Berfikirlah pada hal-hal yang positif yang bisa dilakukan.

Biarkan semua masalah berlalu tanpa meninggalkan luka yang dalam.

Dengan begitu, kita menjadi orang tabah yang tidak mudah jatuh.  Fikiran kita menjadi biasa untuk selalu positif dan kita akan lebih mudah untuk mencapai cita-cita.

Bukan cuma itu sahaja, fikiran positif serta kepercayaan diri kita akan menarik orang lain bergabung dengan kita.  Mereka tidak akan membiarkan kita berjalan sendiri menghadapi semua masalah.

Malah dengan senang hati akan menemani dan membantu kita melewati semua kesedihan.

Dan yang lebih penting hidup kita akan menjadi lebih menyenangkan.


( Credit given to the original writer.  Terima kasih dan semoga semua kebaikan yang Allah turunkan di dunia ini melempahi anda sekeluarga, walau di mana anda berada. Amin ).


Ketahuilah anak-anak bertuah ku:

"Tidak ada satu tegukkan yang ditelan oleh seseorang hamba yang disukai oleh Allah daripada satu tegukan marah.  Dia menelan kemarahannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah"


"When the God is my bestfriend whos is my enemy?"

terjemahannya ialah:

"Jika Tuhan itu kawan baikku, aku tak peduli walau sesiapapun yang memusuhiku kerana aku mencari redhaNya."

"We cannot control the wind But we can adjust our sail"

Baju Dia Kotor

Salam kekayaan anak-anak bertuah..

BAJU DIA KOTOR

Sepasang suami isteri baru sahaja berpindah ke rumah baru.  Setelah memindahkan kesemua perabut dan barangan, si iseri memilih satu sudut yang menghadap tingkap bagi meletakkan meja bilik.

Di situlah nanti dia akan menghabiskan masanya dengan menulis dan  mengemaskini blognya memandangkan dia suri rumah sepenuh masa.

Sambil menulis, dia dapat memerhatikan segala gelagat jirannya dari tingkat dua pangsapuri yang disewa.  Apatah lagi kawasan yang didiaminya itu kawasan yang terkenal sebagai kawasan yang berpenduduk padat.

Pada suatu hari, dia ternampak jirannya menjemur baju.  Tetapi ada sesuatu yang tidak kena.  Apabila suaminya pulang, diceritakan kepada suaminya perihal jirannya itu.

"Saya rasa jiran kita tu tidak reti mencuci bajulah bang,: luahnya kepada suamu, satu-satunya teman berbual.

"Kenapa sayang cakap macam tu?"

"Sebab  saya nampak baju-baju yang dia jemur macam kurang bersih.  Masih ada lagi kotoran yang melekat."

"Oh," balas suamunya ringkas sambil mencuri pandang ke arah tingkap.

Setelah seminggu berlalu, si isteri bercerita lagi kepada suaminya.

"Jiran kita tu dah reti cuci baju.  Saya tengok baju yang dia jemur tu bersih.  tidak macam macam biasa."

Suaminya terangguk-angguk.

"Masalahnya bukan jiran kita tu tidak tahu mencuci baju atau cuci baju ala kadar, tetapi masalahnya ialah cermin tingkap kita ni yang kotor.  Hari Ahad hari tu abang dah cuci cermin tingkap tu sampai bersih berkilat." jelas suaminya.

Pengajaran:

Satu jari telunjuk yang menunding keaarah orang lain, hakikatnya empat lagi menunjuk ke arah diri kita sendiri.  Sebelum menyalahkan orang lain atas sesuatu yang kita sendiri belum jelas tentangnya, perbetulkan persepsi diri kerana kita juga ada kesalahan sendiri.

Don't Be Sad Sayang




Orang-orang yang bersemangat waja tidak pernah menyerah pada ujian, akan terus melihat masalah dengan mata terbuka.

Dia adalah penebus zaman yang selalu bergerak.

Jika ditutup satu pintu dia akan menerobos pintu yang lain.

Selalu ada alasan untuk sukses!.

"Saya harus terus mengali dan mengembangkan postensi diri yang saya miliki dengan satu keyakinan bahawa kesuksesanku ditentukan oleh tindakanku , bukan ditentukan oleh orang lain  atau oleh sesiapapun".

Selalu ada alasan untuk sukses, untuk menjadi peribadi berkualitas secara intelektual, emosional, fizikal, kewangan dan kerohanian.

Jom, kita sama-sama berjaya dan kaya raya.

Sunday, October 7, 2012

Salam kekayaan

Salam Kekayaan anak-anakku.


Petikan ini diambil dari blog saudara ariewongso, sangat tepat dan mengetarkan semangat juang kita dikongsi bersama.

Mari kita sama-sama jemput  kekayaaan kita!


ORANG YANG BERUNTUNG


Orang yang beruntung biasanya lebih ramah dengan orang lain, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, selalu memiliki fikiran positif, sabar, tak takut risiko hingga suka berkerja keras.

Tidak ambil peduli dengan umpatan dan kata-kata negatif orang lain.  Baginya redha Allah segala-galanya.

Melalui kombinasi sifat dan sikap itulah orang menjadi  cenderung lebih beruntung.

Oleh kerana itu, jika ingin meningkatkan keberuntungan kita dan lebih cepat sukses, lebih cepat kaya, lebih cepat mencapai impian maka hendaklah tingkatkan sifat dan sikap kaya mental dalam kehidupan  harian kita.

Mari, jemput bersama keberuntungan kita, salam sukses luarbiasa.

Semangat Juang Kekayaan

Salam Kekayaan Anak-anakku


The Spirit of Sun Tzu

Lakukanlah apa yang kita cintai    dan
cintailah apa yang kita lakukan.

Dengan semangat ini kita akan menjadi seorang pejuang sejati yang mampu menghadapi segala rintangan.

Barangsiapa yang mampu menyusun rencana dengan sangat saksama ketepatan dan periniciannya, dia akan memenangi peperangan.  Sebaliknya barangsiapa gelabah dan tidak fokus dalam perencanaan, pasti akan kalah dalam segala hal.

Mengetahui kekuatan mahupun kelemahan diri sendiri, sekaligus mengetahui kekuatan dan kelemahan lawan, hasilnya 100 kali berperang, 100 kali menang.

Pepatah cina ada mengatakan Tiger might be strong but the Chameleon lasts longer.

Maksudnya apapun jua kekuatan kita tidak akan bertahan lama melainkan kita mengambil sifat Sesumpah yang pandai menyesuaikan diri dalam apa jua situasi.

Perniagaan itu adalah peperangan hanya yang handal dan bagus menang.

Credit given to Ariewongso, anda sangat bagus dan selalu membakar semangat saya untuk menjadi lebih baik.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...