Monday, April 23, 2012

KUNCI KEKAYAAN







Salam kekayaan 

Seorang pakar motivasi yang terkenal di tanahair (semoga dia diberkati Allah selalu, nenek sayang Dr Datuk Fadzillah)) telah memberikan tip-tip ini untuk renungan dan amalan kita yang ingin berjaya dan kaya raya, bagi yang sudah kaya raya dan berjaya ignore kan saja perbicaraan ini:

KUNCI KEKAYAAN

1.  Harta Allah Punya ( so, kalau nak harta taulah nak buat macamana kan, kan)

2.  Bersedekah (carilah orang yang layak untuk disedekahkan, peminta sedekah tu belum tentu dia layak diberi sedekah, contoh: orang papa dia tak minta sedekah, kucing tak bertuan di kawasan perumahan kita bole gak).

3.  Kunci kekayaan Allah pegang (apalagi, mintalah kepada Allah terus, tak payah pakai orang tengah)

4.  Banyakkan bersujud ( so easy babes, solat subuh, solat dhuha, solat dzohor, solat asar, solat maghrib + solat sunat 3 serangkai, solat isha, solat tahajjud, solat taubat, kesemua solat sunat dll)

5 Berkorban harta demi orang tua (masyaallah. masyaallah senangnya, kena buat lah)

6.Tunaikan hak orang lain - dalam hartamu ada hak orang lain.

7. Berniat  kerana Allah, tanpa mengharapkan balasan.  Doa "aku lakukan ini kerana Allah,......aku beri makan kerana Allah.....)



Tetapi jika semua di atas telah dibuat sebaik-baiknya tetapi masih bermasalah dalam mencari rezeki, check balik sembahyang anda.    Anda pasti sembahyang anda cantik?

Pengalaman nenek bersembahyang di surau-surau di pusat membeli-belah dan di masjid, kebanyakkan orang perempuan sembahyang dan nenek yakin mereka tidak mendapat pahala sembahyang.  Kenapa?  Kerana mereka memakai telekung tetapi kain terlalu nipis sehingga menampakkan aurat kaki mereka.


Yang sembahyang memakai baju lengan pendek, nampaklah tangan mereka so confirmed pahala mengerjakan sembahyang kosong, pergerakkan mereka terlalu banyak dan sembahyang mereka pula tergesa-gesa, cuma mereka tak berdosa sahajalah kerana telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim., so TAK BERTAMBAHLAH SAHAM AKHIRAT KITA.


"SIAPAKAH DIA YANG DATANG DAN MENGHILANG...."


So hari ni kita layan kisah yang berlaku kepada nenek semasa nenek bekerja di Jalan Ampang.  Bangunan ini terletak di tengah-tengah kesibukan jalan ampang dan merupakan tercantik dan tercanggih pada masa itu, kepunyaan seorang jutawan melayu terkenal di Malaysia.  Syarikat je dia punya, bangunan tu orang lain punya aha...aha.

Selepas 11 tahun bekerja di sebuah syarikat terkenal di KL, mereka tawarkan siapa nak berhenti akan diberikan ganjaran, so nenek tak lepaskan peluang mohon kerana senang aje, kita ada kemahiran dan senang nak dapatkan kerja baru.

So, i went for  interview and 2 days after that i can start working as a Personal Assistant to the Sales and Marketing Manager.  Kerja senang .  Buat baik dengan semua orang, senyum selalu and never ever show your true feeling, ko marah ke, ko nak bunuh orang ke, never ever show your true feeling, Mak nenek pesan jangan beri orang "baca" kita, maknanya sukar orang untuk menganalisis apa yang ada dalam fikiran kita tapi kita boleh baca apa yang ada dalam hati orang lain, kita boleh baca orang macam kita baca buku.  Ini tidak ada di ajar di mana institusi pengajian tinggi, tapi asasnya dari sanalah, aha...aha...practice makes perfect. How hah?  Senang aje, nanti citer.

Company ni busines dia sangat canggih, cctv, program computer semua yang canggih dan mahal-mahal dia juallah.  Contoh, abang kepada seorang perdana menteri pada masa itu (identiti dirahsiakan) pelanggan tetap.   System kat umah dia canggih babes nearly 1.5 million.  Budak2 gi servis kat umah dia dilayan baik oleh tuan umah mesti ada makanan dan minuman.

So kita nak masuk dan keluar ofis pun pakai kad.    Kita ada monitoring centre yang canggih untuk memonitoring  rumah kediaman atau premis perniagaan pelanggan kita yang beroperasi 24 jam.  So, nak jadi ceritalah, pada satu hari, hari isnin yang indah, seorang encik dari monitoring centre datang ke meja nenek dan berbual-bual.


"Last friday Puan Ain balik pukul berapa? Tak ader dalam sistem yang Puan keluar?.
"Eh, biar betul bang, I tak kerja pun last friday, i am on mediacal leave......"
"Jangan cakap macam tu Puan................"
"Betul bang, kenapa?"
"Tu lah kita tengah check ni, tak kan puan tak keluar masuk, pergi makan ke atau apa-apa ajer le, sekurang-kurangnya ada petunjuk dalam sistem, tapi puan masuk, tak keluar-keluar, tapi tetiba aje puan masuk ari ini.  Jangan takutkan saya puan, pagi jumaat tu puan masuk ofis bukan saya seorang yang nampak puan tekan loceng untuk masuk (pagi-pagi tekan loceng mereka akan buka kunci otomatik, layangkan kad depan panel then you're in)  Ada dua pasang mata yang nampak puan masuk"
"Biar betul bang, bulu kaki I dah meremang ni....Abang  tersilap mata kot?"
"Empat mata nampak.  Masa Puan Ain tekan loceng tu, kita dua orang tengok dan intercom Puan bagi salam, tapi puan tak jawab, You pakai baju inilah, exactly, tapi kita tak nampak muka puan dengan jelas kerana you jalan tunduk aje. Jalan sebijik macam puan, jalan lembut lembut...gerakkan badan sama, haiii takkan kita silap kot....dan hari ini you datang dengan baju yang sama"

Alaihai, encik nih buat lawak seram la we....

Wahhh...ini sudah keseraman tahap saat terbuka mata ke 3 tuh.

Dan apabila nenek mengantikan tempat Executive secretary to the General manager, she ader ofis dia sendiri dan barulah nenek sedar bahawa ofis ini ader yang 'sangat nakal tahap ultra' suka sangat usik orang.

Dari Keramat AU3 ke jalan ampang tersangatlah dekatnya tetapi teramat-amatlah jammed sampai tahap jingga. So pagi-pagi datuk yang keje kat pulapol tu hantar nenek dulu ke jalan ampang sebelum dia ke ofisnya di jalan semarak. Sampai kat ofis baru pukul 6.30 pagi so solat subuh kat ofislah,  Begitulah setiap hari.  Kalau missed routine ni, alamat sampai ofis pukul 10:00la. Ofis start pukul 9.00 pagi.  So nenek duduk sorang - sorang dalam ofis chatting IRC aha..aha...nenek tak takut pun kerana kat depan hujung sana tu encik-encik monitoring centre ade.  Ape-apean interkom aje.

Pagi kedua nenek di ofis baru ni, baru nenek sedar banyak sangat aktiviti kat luar ofis nenek, maknanya di mana semua staf  bekerja, mereka share ruang sama.  Nenek dengar orang buat air kat pantry, ingatkan abang-abang monitoring centre, rupanya mereka ada tempat buat air sendiri, ada orang tarik surung kerusi, ade orang tak habis-habis photostate, ader orang sibuk menaip, ader orang sibuk berbual, tetapi tak jelas sebutannya, bunyi-bunyi sajelah.  Pintu bilik nenek menghadap ke ruangan pekerja lain di perbuat daripada kaca tebal jernih boleh nampak keluar bilik, nenek jeling keluar, bunyi banyak tapi tiada pergerakkan langsung.  Sah, ade orang nakal nih nak main-mainkan gue.  So nenek  buka pintu bilik dan cakap elok-elok kat dia orang. Sebelum tu nenek pagar (blocked) minda nenek supaya tiada apa-apa pun message yang minda bawah sedar nenek terima dari luar mempengaruhi penglihatan dan emosi nenek.

"I did not wish to see any of you, i did not wish to hear anything from you all.  Jangan buat aku marah.  Kalau aku marah sakit kau nanti. Nak aku tendang kau dengan Surah yasin ke?"

Alaihai, namapun hantu, manelah dia takut dengan suara lemak merdu nenek  Tapi tetiba nenek perasaan 3 hari selepas tu ape-ape bunyi pun dah tak ader.....alaihai...lama-lama rindu pulak nak dengar riuh rendah yang tak jelas bunyi tuh  aha...aha.

Bila citer dengan anak gadis ku yang cantik, bijak, cerdik dan pandai, dia pun hairan.

"Kenape hantu tu nak menyerupai ibu.."
"Entahlah sayang.....itulah dinamakan kena kacau..."

MORAL OF THE STORY;

Jangan takut, jangan takut, jangan takut

SALAM KEKAYAAN







Marilah kita mulakan hari kita dengan energi kekayaan. Seorang jutawan terkenal telah memberikan saranan ini untuk kita lafaz dan rasakan setiap hari;

Saya ada lebih dari mencukupi
Ada berlambak-lambak wang sedang menuju kepada saya
Saya adalah magnet wang
Saya suka wang dan wang suka saya
Saya menerima wang setiap hari
Terima kasih,  terima kasih, terima kasih

Hafal dan jadikan mentera.

Kita layan kisah benar ini, yang berlaku kepada alahyarham datukku.   Datuk seorang yang alim, pendiam, baik hati.


"HAJI, KALAU NAK DUIT, BAWALAH GUNI ..............:

 kampung Mela, sebuah kampung yang terletak di suatu daerah di daerah Jerantut, Pahang, Kisahnya Pak Mat memberitahu bahawa dia dalam perjalanan ke pekan Mela, tetiba sahaja dia di sapa oleh seseorang yang tidak dikenali.  Orangnya handsome, memakai sepasang baju hitam dan berlilit kepala  Setelah bersalaman dan berbual seketika, tiba-tiba  orang tu tanya

"Pakcik nak duit tak?
"Nak bagi aku duit? Naper nak bagi aku duit? tanya Pak Mat .
 kehairanan.
"Ish..dah sampai giliran Pak Cik, sebelun ini dah ramai dah orang yang merasa duit aku." Jawab lelaki itu
"Boleh juga, kalau nak beri aku terima aje...."
"Kalau macam tu, petang esok Pak Cik datang sini bawalah guni, duit tu berguni-guni banyaknya, Pak cik bawalah dua atau tiga guni.." Lelaki itu tersenyum kehandsoman.

Alkisahnya keesokkan hari Pak Mat pun membawa dua biji guni bertemu dengan orang tersebut ditempat yang dijanjikan.

Sejak hari itu Pak mat hillang dari rumah.  Lebih kurang 10 hari kemudian anaknya menerima panggilan dari hospital Raub, memberitahu bahawa ada seorang tua bernama Mat dan adakah betul  ini anak Mat, jika benar datanglah ke hospital Raub untuk mengambil orangtua tersebut pulang.  Terkejut dengan berita tersebut anak Pak Mat pun pergilah melawat ayahnya di hospital Raub.  Alangkah terkejutnya anak nya mendapati ayahnya yang kelihatan kurus dan tapak kakinya pecah-pecah.  Menurut keterangan staf nurse di hospital tersebut Pak Mat di temui oleh orang asli di dalam hutan di Raub ketika mereka mencari rotan.  Terkejut beruk orang asli tu berjumpa dengan Pak Mat di tengah-tengah rimba belentara lalu membawa Pak mat ke balai polis Raub dan pihak polis menghantar Pak Mat ke hospital Raub untuk pemeriksaan kesihatan.

Menurut cerita Pak Mat, dia pun pergilah berjumpa lelaki berpakaian hitam tersebut seperti yang dijanjikan dengan membawa dua biji guni.  Mereka berjalan menuju ke dalam hutan, setelah beberapa lama berjalan, tiba-tiba Pak Mat mendapati lelaki tersebut ghaib di hadapan matannya. Dan dia mendapati dia berada di dalam hutan belantara, namun dia terus berjalan mencari jalan keluar, ketika di dalam hutan tersebut dia bertemu dengan sekumpulan gajah liar, juga harimau, beruang, ular yang sangat besar yang tidur kekenyangan. Pada siang hari dia berjalan, minum dari anak sungai yang ditemui dan memakan pucuk kayu dan buah-buahan hutan yang dijumpainya.  Pada malam hari dia memanjat pokok kayu yang agak tinggi dan tidur di dahan pokok untuk mengelak dari menjadi mangsa binatang buas. Dia juga bertembung dengan sekumpulan pembalak yang berkhemah di dalam hutan, tetapi mereka seolah-olah tidak melihat dan mendengar panggilannya.  Dia tidak berputus asa mencari jalan keluar dari hutan tersebut sehinggalah dia berjumpa dengan sekumpulan orang asli yang juga masuk jauh ke dalam hutan mencari rotan.

Seminggu selepas kejadian yang menimpa Pak Mat tersebar luas dan menjadi bualan hangat penduduk kampung, bagaimana dalam zaman yang maju ini masih ada orang yang dipedayakan  oleh makhluk halus., datuk ku datang ke rumah menziarah anak dan cucu-cucunya. Datuk baru saja pulang dari menunaikan haji.

Datuk bercerita, tiga hari sebelum dia berangkat ke Tanah suci dia juga telah di sapa oleh seorang lelaki yang sangat kacak, berpakaian seluar dan baju serba hitam dan berlilit kepala.  Dia telah menegur datukku dengan ramah dan mengajak datuk ke rumahnya.

"Haji, maukah haji aku hadiahkan seguni duit?.
"Maaflah, aku tak dapat  pergi ke rumah kau, dua hari lagi aku nak berangkat ke tanah suci"
":Sekejap ajer Haji,  datanglah ke sini petang esok dan bawalah guni sekali"
"Iyalah, aku nak berjalan jauh ni, aku akan datang selepas aku balik dari Mekah" kata datuk dan tiba-tiba sahaja lelaki tersebut ghaib dari pandangan datuk dan datuk dapati dia berada di bawah rumpun buluh.  Pada pandangan datukku buluh tersebut berwarna kuning keemasan dan cahayannya memancar menyilaukan mata. Datukku berasa amat marah dan merasa dirinya dipermain-mainkan..

Datuk bertempik dengan marahnya

'.Ciss...jangan kau nak mempermain-mainkan aku syaitan laknat, aku tendang kau dengan Surah Yassin..." lalu datuk pun membaca Surah Yasin, sehinggalah satu saat dia dapati dia berada di tepi jalanraya kembali di mana dia mula berbual-bual dengan lelaki tadi.

Lalu datuk berpesan kepada kami anak cucunya, hafallah Surah Yasin, bacalah Surah Yasin, fahami dia dan hadiahkan bacaannya kepada saudara mara, jadikan ia sebahagian dari diri kita. Inilah pembantu kita ketika kita berada di dalam situasi sebegini samada kita berhadapan dengan syaitan laknatullah atau berhadapan dengan manusia yang zalim.

Pesanan penulis, apabila anda melalui jalan ini berhati-hatilah dengan lelaki kacak atau perempuan cantik yang menawarkan anda sesuatu

Mereka masih lagi berkeliaran mencari mangsa.......


Moral of the story:

Jangan tamak, jangan tamak, jangan tamak







 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...