Friday, December 28, 2012

Goodbye My Love Welcome Sweetie 2013

-Nenek Kebayan Comel

Salam kekayaan anak-Anak Bertuahku.

Sudah bersediakah untuk mengharungi cabaran ditahun 2013?  Mesti sudah  Kita telah melatih diri kita disepanjang tahun 2012 dengan sgala ujian dan pengajaran yang kita dapat telah memyediakan kita untuk mengharungi gelora 2013.   Saya boleh! Apa yang saya percaya saya boleh capai!

Jaga juga kesihatan kita.

Jika anda sukar mengurangkan berat badan berbanding dengan orang lain, badan anda mungkin berada di dalam keadaan asiditik yang tinggi.

Apabila badan anda berasid ia akan secara semulajadi melakukan apa sahaja untuk melindungi dirinya, termasuk untuk menyimpan air dan lemak berdekatan dengan anggota badan untuk melindungi nya  dari asid.

So, banyakkan mengambil makanan  beralkali atau supplemen beralkali yang terdapat di pasaran.

Mahu sihat dan awet muda?  Senang aje, alkalikan tubuh anda. Tipu? nay, nay,  buat dulu baru tanya soalan ok.

Pesan nenek kebayan Comel:

Kesihatan anda terletak ditangan anda.

Sunday, December 16, 2012

DEMI KASIH DEMI SAYANG


































Salam Kejayaan dan kekayaan anak-anak bertuahku.


Semoga kau bijak dalam menjalani kehidupan harianmu, berfikir sebelum bercakap, berfikir yang baik-baik sahaja supaya pemikiranmu itu apabila diterjemahkan ke alam nyata baik-baik semuanya.


Bercakap yang baik-baik sahaja agar segala kebaikan yang Allah turunkan ke atas muka bumi ini akan menlempahi kamu di mana sahaja kamu berada.


Pepatah ada menyata:

Tiger might be strong but the Chameleon last longer.



Seorang pemuda Arab yang bermata biru-sebiru langit di angkasa raya telah bertanya seorang perempuan melayu jika dia sudi berkahwin denganya untuk dijadikan istri keduanya dan dia diberi pilihan samada dia menetap di Arab Saudi atau menetap di Malaysia.


Dengan senyuman manis perempuan itu menolak.  Alasannya kerana dia sudahpun berkahwin dan walaumacamana dan walaubagaimana pun dia jenis yang setia dan tidak akan meninggalkan keluarganya walaupun jika dia tidak gembira dengan suaminya sekalipun..


Mereka berkomuniksi mengunakan bahasa English kerana dia tidak fasih berbahasa Malaysia.


Arab tersebut lalu menadah tangan dan berdoa di dalam bahasa Arab, lalu dia bertanya perempuan tersebut.


"awak fahamkah apa yang saya doakan?"


"maaf, bahasa Arab saya tidak berapa bagus, saya faham hanya sedikit sahaja"


"saya telah mendoakan semoga segala kebaikan yang Allah turunkan di muka bumi ini akan mengikuti dan menyelubungi kehidupan awak dan keluarga di dunia ini"


Perempuan itu sangat tersentuh dengan doa tersebut dan melihat ke dalam matanya yang kebiru-biruan itu dan berfikir:


"Allah menduga aku dengan menghantar pemuda yang tampan ini, terima kasih ya Allah di atas perhatianMu tapi aku mencintai keluargaku".


Dalam apa jua situasi jangan pentingkan diri sendiri, berfikir, berfikir apakah kasih sayang akan buat dalam situasi begini?

Thursday, December 13, 2012

KAYA SABAR KAYA SUKSES


Salam anak-anak tercinta, semoga kau melihat dunia dengan tersenyum, semalam sudah berlalu, hari esok masih lagi menjadi rahsia dan hari ini kewujudannya jangan dipersia-siakan kerana ia tidak mungkin berulang kembali.

"Kehilangan harta adalah kehilangan satu hal, kehilangan kesihatan adalah kehilangan banyak hal, kehilangan keperibadian kau kehilangan segalanya"

Seorang bijak pandai pernah berkata. ada:


7 keperibadian kaya mental untuk sukses:

1. Selalu berfikir positif.
2.  Mempunyai integriti - mempunyai kemampuan untuk bertindak.
3. Bertanggungjawab - menjalankan tugas dengan sepenuh hati.
4. Disiplin.
5.  Menghargai orang lain
6.  Selalu berfikir ke depan.- menentukan target.
7.  Sedar tidak ada jalan yang mudah untuk berjaya - bijak menangani ujian-ujian.


7 langkah kesabaran

Dalam keadaan marah undur 7 langkah ke belakang dan maju 7 langkah ke depan 7 kali.  Selepas itu barulah ambil keputusan untuk bertindak.

Kesabaran dalam kontek tersebut bererti suatu kematangan mental untuk mampu menahan diri dan mengendalikan sikap kita supaya tidak terjerumus kepada tindakan-tindakan tidak rasional yang merugikan.

Kesabaran merupakan ilmu hidup yang kita miliki jika kita ingin meraih kejayaan sejati.

Tanpa kesabaran, kita akan mudah terjebak dalam komunikasi negatif dan sukar menjalin hubungan kemasyarakatan yang konstruktif.

Tanpa kesabaran kita cenderung mudah melakukan tindakan-tindakan tak terkendali yang mengundang penyelesalan di kemudian hari.

Sebaliknya, melatih kesabaran bererti memperkecil kemungkinan penyelesalan.


Credit given to:
Terimaksih saudara Andriewongso yang bijaksana.  Semoga anda sihat selalu untuk menabur bakti kepada komuniti dunia.

Sunday, December 9, 2012

ANDA INGIN KAYA?

-nenek kebayan comel

ANDA INGIN KAYA?

PERHATIKAN 3 HAL INI                                                                                                                                                                
                                                                                                                                                                       
3 hal bijak dan 3 penyelarasan yang bijak:

1. pendidikan
2. Internet
3. Networking Marketing (the power of networking)

Saturday, December 8, 2012

KAYA DZIKIR HILANG PANAS BARAN

- nenek kebayan comel

Salam kekayaan anak-anak Bertuahku.

Mari kita mulakan hari kita dengan latihan muka agar muka kita sentiasa awet remaja.

Seorang pakar kulit telah menasihati bahawa apabila kita bangun pagi kita akan dapati muka kita berminyak. Jangan dilap minyak tersebut.  Dengan tangan bersih sapu rata keseluruhan muka kita dengan minyak tersebut dan tepuklah muka kita dengan lembut.  Ia adalah minyak semulajadi dan sangat berkhasiat untuk kulit.  Biarkan sebentar sebelum kita mencuci bersih muka kita dengan pencuci yang sesuai.

Anda panas baran? let my humble story open a new window of knowledge to u......

Seorang adik juga seorang guru berijazah telah memberitahu bahawa dia bertahun-tahun melatih dirinya agar tidak-tidak keterlaluan (dalam bahasa kasarnya panas baranlah tu) di dalam setiap reaksi terhadap semua masalah yang dihadapi.  tetapi sebagai seorang yang amat mementingkan kesempurnaan agak mustahil ini dapat dicapai.

Dia selalu naik angin apabila anak-anak membawa balik buku rekod yang keputusannya tidak mengikut standard piawaian yang ditetapkannya, dia naik angin jika rumah bersepah dan banyak-banyak lagi.

Dia memberitahu dia  mempelajari sesuatu apabila melihat ibu dan kakak-kakaknya, bagaimana mereka menangani setiap masalah yang mendatang.  Mereka sangat tenang dan secara spontan tahu bagaimana untuk mengatasi apa jua masalah.

Misalnya jika anak dalam peperiksaan mendapat 4A dan semua B + C anak masih lagi dipuji dan dipanggil anak cemerlang dan diberikan hadiah yang berpatutan, sedangkan dia merasa sangat sedih dan malu jika anaknya mendapat kurang A hehe dan berhari-hari perasaan marah itu menguasai diri.

Begitu juga apabila ibu difitnah orang sehingga menjadi kes polis, emak masih sudi berkawan dan menolong orang yang pernah memfitnahnya dulu ketika itu emak berkata, dia buat kita itu antara dia dengan tuhan, dia menganiaya kita itu hak dia,  dia ada masalah dengan kita tetapi kita tak ada masalah langsung dengan dia.  Emak hanya jalankan kewajipan bersilaturahim. Tiada kata mengata, tiada balas membalas.

Begitu juga dalam hubungan suami dan isteri.  Jika suami beri isyarat dengan mengelengkan kepala atau isyarat tangan isteri sudah faham apa yang dimaksudkan dengan isyarat tersebut.  Mereka saling menyokong di antara satu sama lain.

Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, setiap tangisan akan berakhir dengan senyum ketawa dan setiap orang yang meminta pertolongan akan sentiasa diterima dengan tangan terbuka.

Dan semua orang nampak muda walaupun  usia sudah 50an ke atas  ahaks, ahaks.

"Saya nak jadi macam kakak-kakak dan emak.

Saya dapati selama ini kakak-kakak dan emak banyak berdzikir.  Saya sudah mengamalkan banyak berdzikir dan sangat terkejut mendapati tahap qualiti panas baran saya hilang.  Saya menjadi seorang yang sangat memahami dan datanglah apa jua masalah, semua dapat di atasi dengan mudah.  Sehingga saya dapat menolong menyelesaikan masalah-masalah kawan-kawan saya juga.  Masyaallah.

Saya juga mengamalkan mengambil Alkalete atas nasihat sesorang untuk mengatasi panas baran ini, dengan izin Allah ia juga banyak membantu.  Rupa-rupanya jika badan kita berasid, kita juga menjadi tidak stabil dan panas baran ya kak"

"masyaAllah".

Pesan nenek kebayan comel:

Anak-anak bertuahku, bukan kesusahan dan masalah yang kita takutkan tetapi bagaimana reaksi kita terhadap permasalahan tersebut.

Ingatlah anak-anaku kemarahan hanyalah satu expressi, jika kau marah berusaha untuk tersenyum dan ubah posisi tubuhmu, ingat marah itu salah satu cabang pintunya neraka.Jangan kau terjebak ke dalamnya.



Friday, December 7, 2012

KAYA PELARIS TAK KAYA-KAYA



Salam Kekayaan  anak-anak Bertuahku.

Jaga kesihatan dan keremajaanmu dari sekarang.  Apabila kamu meningkat tua dengan jayanya dan agar tidak menyusahkan anak-anak dengan kerenah dan penyakit-penyakitmu.  Bank akaun pun sihat juga, of course!

Seorang sahabat memberitahu bisnis nasi lemak merundum dengan teruknya.  Dari rm400 sehari dia kini mendat rm50-rm80 tetapi kedai sebelah bisnis booming.

Dia kira sekali pelangggan berkumpul 13 orang dan dari jumlah itu seorang keluar 2-3 orang masuk.

Setelah sebulan keadaan ini berterusan dia pun pergi berjumpa dengan pengusaha nasi lemak kedai sebelah.

"kak, janganlah nak makan sorang.  Tak takut tuhan ke?"

"aku perlukan duit banyak, anak aku 2 kat universiti, 2 kat kolej dan 2 lagi sekolah, aku terpaksa buat begini"

Wah terkejut besar dia mendengar jawapan sebegini.  Dia mengharapkan jawapan standard rezeki masing-masing, kubur masing-masing ahaks, ahaks..

"tak pe lah kak, kalau macam inilah perangai kakak, aku doakan apabila anak-anakmu berjaya mereka benci kamu dan tak pedulikan kamu kerana kau bagi mereka berjaya hasil dari menganiayai
aku."

Dengan linangan airmata dia menelefon ibunya dikampung mohon nasihat.

"jangan buat apa-apa. Kalau kamu di aniayai bukan senang tu, itu salah satu tanda-tanda Allah nak beri kamu kaya dan kesenangan.  Kamu redha saja tengoklah nanti.  Sejauhmana dia boleh pergi dengan permainan tarik-tarik ini".

Dia sangat-sangat bersabar kerana dia tahu dia hanya mengharapkan rezeki dari Allah biar pun sedikit dia mengharapkan keberkatan dan kini dia boleh tersenyum selepas 13 tahun berniaga dia ada 4 kedai yang disewakan dan 2 kedai yang dijalankan sendiri. Syukran, syukran.

Hukumnya jelas jika kita yakin dengan sesuatu yang boleh mendatangkan rezeki selain Allah.   Balasannya ditakuti akan menyedut rezeki anak cucu dikemudian hari.  Bermakna rezeki yang melimpahruah yang kita dapat hari ini adalah rezeki anak cucu yang masih lagi berada di alam ghaib kau sudah dapat sekarang dengan jalan  pelaris jualan menggunakan perantaraan dukun.

Ingatlah anaka-anakku, semuanya berada di alam ghaib sebelum dinyatakan di alam nyata.

Begitu juga dengan apa yang kita cipta di dalam fikiran kira, dia berada di alam ghaib sebelum kita walau  bagaimanapun, walau macamanapun, menjadikan impian itu realiti di alam nyata.

Apakah yang ada di dalam fikiran kamu itu, perancangan baikkah atau sebaliknya.  Lambat laun akan diterjemahkan atau dijelmakan ke alam nyata. Fahamkan.

Nak berjaya katakanlah nak kedai runcit 2-3 biji atau kedai gunting rambut 2-3 biji atau kedai membaiki motor 2-3 biji mesti memahami hakikat agar kita tidak terpesong dari landasan Allah taala.

Wah boleh ke?  Boleh, apa yang kamu perlukan ialah ilmu, mentor dan jati diri.

Tersilap langkah kaya dunia  muflis di akhirat.

Nenek kebaya comel says:

Yang penting bagaimana pengakhiranya.  Tidak kisahlah bagaimana kamu bermula.  Mari kita mulakan dengan impian-impian dahulu kerana apa yang kamu tidak nampak di otak mu kamu tidak akan dapat apa-apa.

Thursday, December 6, 2012

KAYA KESUSAHAN MENDIDIK KITA MENJADI KAYA


Kaya Kesusahan Mendidik Kita Menjadi Kaya
-Nenek Kebayan Comel

Salam kekayaan anak-anak ku yang dikasihi, semoga tidak lupa menjaga pemakananmu.  Ada makanan yang boleh membuatkan kamu cerdik dan ada makanan yang jika diambil dalam masa yang panjang akan menyebabkan otak menjadi benak (tidak cerdik dan tidak bijak).

Ada pepatah mengatakan kita sihat dan cerdik bermula dari perut kita.  Jika sihat perut kita cerdiklah otak kita, jika perut kita bermasalah boleh menjadikan kita tak cerdik.

Pepatah juga ada ada mengatakan berat diperut benak diotak.

So jangan lupa banyakkan mengambil makanan beralkali dalam hidangan seharian kita atau ambil supplemen jenama Yoli iaitu  Alkalete, alkali yang pertama di dunia yang di kapsulkan untuk selari dengan gaya hidup ranggi anda, untuk meneutralkan keasidan tubuh kita.

Ingatlah anak-anak bertuahku bahawa kita makan bukan saja untuk fizikal dan emosi kita, kita juga makan untuk otak kita.  Ada makanan otak kita tak suka kerana makaman tersebut membuat dia tidak cerdik dan mengurangkan kebijaksanaannya berfungsi  seoptimanya.

Tadi, selepas mesyuarat ahli kelab usahawan, kami ke wangsa walk untuk makan tengahari.  Semasa kami menuju ke kereta, kami melihat orang ramai mengerumuni seorang penjual.

Kami meneliti barangan yang dipamerkan dan merasa hairan dengan barangan jualannya.


                                     

"yang itu apa"

"ikan tempel"

"ikan tempel tu apa?"

"selain bagi tujuan perniagaan, ikan tempel juga digunakan bagi tujuan untuk menundukkan seseorang dan mengikat kasih sayang suami isteri.

Ikan tempel yang mempunyai nilai mistik dan hikmah yang tinggi di dalam ikhtiar pelaris perniagaan.

Sifat semulajadi ikan ini yang sering menempel pada permukaan ikan yu dan jerung adalah isyarat guna bagi manusia faham akan hikmahnya sesuatu kejadian.

Sukar untuk diperolehi.  Tidak mungkin dapat ditangkap apatah lagi dipancing ikan jenis ini.  Mudah-mudahan ikhtiar yang sedikit ini memudahkan usaha anda.  InsyaAllah.

- Pelaris perniagaan.
- Pembuka rezeki
- Membawa tuah dan keberhasilan
- Mengikat hubungan kasih sayang
- Ilmu penunduk

Seorang sahabat menyatakan ketika dia menghadapi masalah kerana suami suka menghabiskan wang gaji dengan berjudi sedangkan anak-anak masih kecil dan perlukan perbelanjaan besar.

Dia telah terjumpa dengan seorang penjual berniaga barangan seperti diatas dan dia telah memberitahu masalahnya kepada penjual tersebut.  Penjual itu memberikan seekor kepadanya secara percuma.

Ketika itu dia berniaga di PWTC membuka kiosk menjual biskut Raya dan kerepek.  Kiosk lain nampak sangat cantik dan elegant sedangkan kiosknya kelihatan sangat sederhana dan tidak menarik langsung.  Bajet babes.

Dia sungguh tekejut kerana dalam masa separuh hari sahaja jualannya habis dibeli pelanggan sedangkan berpuluh-puluh kiosk lain masih biasa-biasa saja jualannya.  Dia mempelawa budak lelaki yang kiosk di depan kiosknya meletakkan semua barangan jualannya di kiosknya, itu juga habis diborong pelanggan.

Malangnya ikan tersebut tidak ada di dalam simpanannya.  Dia telah meminjamkan ikan tersebut kepada seorang kawannya yang menghadapi masalah perniagaan.

Apabila dia meminta balik haknya itu, kawan tersebut telah memberitahu ikan tersebut hilang tidak dapat dikesan.

Tetapi dia juga mengingatkan bahawa kita wajib menyerahkan segalan-galanya atas izin Allah, setelah berusaha, naturally.

Berkat kesabaran dan kerajinannya dia sekarang mempunyai 4 buah rumah sewa dan sudah melancong ke seluruh dunia, and yet still masih suka menolong orang.  Jika terdesak perlukan duit seribu dua, telefon  saja janji bayar.  Tak bayar akan diblaklist ahak, ahaks.

Nenek Kebayan Comels says:

Tidak akan bergerak walau sebesar zarah (ion)  pun jika tidak dengan izin Allah anak-anakku.





Tuesday, December 4, 2012

KAYA DOA DAPAT SUAMI KAYA UGAMANYA














Salam Kekayaan anak-anak bertuahku, semoga semuanya dipermudahkan. Tiada masalah yang tidak dapat diatasi, tiada beban yang tidak dapat ditanggung dengan keyakinan Allah akan memberi jalan keluar lambat laun.

Satu pintu ditutup ada sepuluh pintu lagi menunggu kita untuk membukanya.

Jika masih bertimpa-timpa masalah yang datang, selesai satu datang lagi satu, re-check balik, apa yang kau patut buat tapi kau tak buat atau apa yang kau tak sepatutnya buat tapi kau telah buat, cepat-cepat  tebus balik kesalahan kita dengan banyakkan beribadah dan bersedekah, ia dapat membantu mengurangkan kemurkaan Allah..

Yakinilah jika Allah mengambil sesuatu darimu dia akan memberi balik dalam gandaan, cuma kau harus bersabar dan redha menghadapinya.

Beritahu Dia :"ya Allah aku redha dengan musibah ini dan terima kasih kerana mengingatkan aku dan berilah ganti yang lebih baik, terima kasih ya Allah"

Jika boleh alirkan airmatamu. Itu bagus buat  emosimu dan juga sistem badan kamu kerana airmata itu sebenarnya membawa bersama-samanya toksid-toksid keluar dari tubuh kamu.

Seorang gadis yang manis 19 tahun bertanya kepada nenek

"bagaimana untuk mendapat suami yang baik ...?"

"senang aje, kamu berdoa minta dari Allah suami yang baik, dan Allah akan berikan.

 Mula dari sekarang, katakan kamu hendak berkahwin masa umur 25 tahun, dalam masa 6 tahun ini kamu berdoa dan  berjuta-jutan doa kamu kemukan kepada Allah, pasti ada salah satunya sangkut.  Kita meminta bertahun-tahun sebelum masanya"

Ingat ye perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, jika ada berlaku sebaliknya pada pendapat kita, pasti Allah yang maha mengetahui sesuatu lebih dari kita menghendakkan situasi itu berlaku, jika ikut hukum tarikan pun sama, orang yang sama auranya akan tertarik kepada mereka yang sama aura, oleh itu kita harus menjadi baik untuk menarik orang yang baik-baik menyukai kita"                              

"Kalu kita tak sembahyang bolehkah kita berdoa sahaja"

"mengapa tak sembahyang sayang..?"

"Dulu masa kat sekolah duduk asrama sembahyang, sekarang duduk dengan kakak tak sembahyang"

"Never mind, yang sudah itu cuba kamu perbaiki, mulai sekarang kamu wajib sembahyang, kasihanilah orang yang akan mengusung jenazah kamu ke kubur nanti, orang tak sembahyang jasadnya berat"

"iakah kakak?"

"ia sayang"

Sejak itu dia memberitahu nenek dia cuba sedaya upayanya untuk menunaikan sembahyang 5 waktu.




Saturday, December 1, 2012

KAYA ASID KAYA PENYAKIT!!!



Salam kekayaan anak-anak remajaku, jagalah kesihatan dan keremajaanmu dari sekarang agar apabila kamu meningkat tua kamu tidak menyusahkan orang-orang yang kau sayangi dengan bebanan penyakit-penyakitmu.





Ubahlah persepsi kita yang apabila kita tua, adalah tanggungjawab anak-anak menjaga segala keperluan kita. Marilah kita ubah kenyataan ini.






Keikhlasan dan tanggungjawab kita membesarkan anak-anak dengan jayanya dan tidak mengharapkan balasan dari mereka telah dibayar oleh Allah dengan pahala, sehingga jika kita meninggal dunia dalam masa mencari nafkah keluarga dianggap syahid kecil. 




Kerana fitrah tercatat sudah jika kita berbuat baik semasa membesarkan anak-anak atau bagaimana layanan kita terhadap mereka confirm begitulah baiknya layanan mereka terhadap kita.






Jikalau ini tidak berlaku, re-check balik ye, di mana silapnya didikan kita ketika kita membesarkan mereka.  



Rezeki yang macamana yang kita dapat membesarkan mereka. Rezeki halal itu sedikit tapi cukup untuk semua keperluan kita dan ada sedikit kelebihan Allah beri supaya kita dapat bersedekah. 




Bersedekah   akan datang balik dalam gandaan dan bersedekah juga mengurangkan kemurkaan Allah terhadap kita.




Marilah kita meningkat tua dengan anggun, bergaya, sihat dan tidak menyusahkan generasi kita.






Bagaimana, senang aje...




TAHUKAH anda??? 90% kajian menunjukkan penduduk Malaysia terdedah dan terancam dalam persekitaran dan pemakanan yang BERASID.  KEASIDAN  adalah punca dan penyebab utama penyakit KRONIK.




Alkalete mampu MENEUTRALKAN pH BADAN  serta mampu MENCEGAH  pelbagai jenis penyakit kronik seperti




Kanser
Kencing manis
Jantung
Gout
Darah Tinggi
Darah Pekat
Asma
Penyakit Kulit
Resdung
Kecerdasan Minda
Migrain
Resdung
Kolestrerol
Batu Karang
Lemah Tenaga Batin
Gastrik
Strok
Sakit Puan
Urat Saraf
Mata Kelabu
Stress
Obesiti
Arthritis
Osteoporosis
Alzhelmer dan lain-lain penyakit.




ALKALETE penyelesaiannya dibuktikan secara saintifik




Menyingkirkan Asid Dalam Badan
Mengurangkan Keradangan Dan Bengkak-Bengkak
Meningkatkan kekuatan Otot San Prestasi
Mengurangkan Pelbagai Isu-Isu Pencernaan
Membantu Pembersihan Usus Dan Penghadaman
Meningkatkan Daya Tahan Dan Tenaga
Menyokong Dan Mengekalkan Tahap pH Badan
Meningkatkan Sistem Imun Badan Kepada Tahap Optimum
Boleh Digunakan Dan Selamat untuk Semua Orang 
(GRAS Oleh FDA)
Meningkatkan  Penyerapan Nutrien Utama Sehingga 25%




ALKALI  Pertama di dunia yang di kapsulkan




ALAMILAH PERBEZAANNYA!!!








Mencegah lebih baik dan Murah dari Mengubati.




PARA PAKAR dan DOKTOR MENGAKUI.....




"KEALKALIAN BADAN ADALAH KUNCI kepada Kesihatan dan kecergasan"




Dr Otto Heinrich Warburg
Nobel Prize Winner
The Root Casuse of Cancer




Dr Otto Warbug seorang ahli biologi sel telah dianugerahkan Hadiah Nobel pada tahun 1931 kerana telah berjaya   membuktikan kepada dunia bahawa Asid Dalam Badan adalah penyebab utama penyakit kronik.




Cancerous tissues are acidec, whereas healthy tissues are alkaline.  Water splits into H+ and OH- ions,     if there is an excess of H+, it is asidic, if there is an excess of OH- ions, then it is alkaline



Dr James Krystosik
Chropractor
Pakar Pemakanan
Pengarang



'Saya telah mencuba untuk mendapatkan pesakit saya alkali selama lebih 2 dekad.




Setelah merawati lebih dari 20,000 orang pesakit, saya boleh memberitahu anda di luar bayangan keraguan bahawa Alkalete adalah produk Alkalizing terbaik di pasaran hari ini"










Testimoni Mereka Tentang Kehebatan Alkalete



Encik Ril Anuwa Mohamad - Farmasist



"SEPANJANG 15 tahun saya dalam bidang Farmasi, tak ada satu sediaan yang dapat menangani masalah asid dalam bentuk kapsul atau sachet, terimakasih kepada YOLI kerana mneghasiklan satu produk unik iaitu Alkalete, ternyata dengan berkesan menurunkan paras asid dalam badan."  



"Ramai pesakit saya yang menghidap gout, Kencing Manis dan pelbagai penyakit kronik dapat saya bantu dengan produk Alkalete ini. Saya sangat menyarankan Alkalete untuk mencegah dan mengatasi pelbagai masalah kesihatan."




Hazikah Aizad - Usahawan




"Ibu saya tidak dapat bergerak kerana menurut kata doktor tulang lutut bergensel jika dia bergerak dan dinasihatkan untuk pembedahan.  Tetapi setelah 2 minggu mengamalkan Alkalete dengan izin Allah dia tidak merasa sakit lagi dan boleh berjalan perlahan-lahan tanpa kesakitan, dan pembedahan ditanguhkan buat sementara waktu. Terimakasih kepada sahabat yang memperkenalkan produk yang bagus ini"




Tahukah Anda?




Alkaline pH 
Mengekalkan kesihatan bacaan pH level penting menjana keseluruhan kesihatan.




Neutral
 pH
7.365 ph Optima untuk badan manusia.




Aciditik pH
Apabila level pH badan rendah badan kita menarik nutrien penting dari organ dan bahagian badan lain untuk meneutralkan kelebihan asid.




Untuk menseimbangkan pH level di dalam badan anda boleh mengambil makanan beralkali berterusan atau mengambil supplemen Alkalete.



Tanda-tandanya anda gemuk kerana badan mengumpul lemak berada dekat denganya untuk digunakan mengawal keasidan badan. Tulang reput, sakit-sakit sendi dan banyak lagi.















* Reduce Swelling and Inflammation
*  Eliminate Acid Indigestion
*  Boost Energy and Endurance
*   Increase Muscle Strength
*  Relieve Pain






Thursday, November 29, 2012

KAYA PEMIKIRAN PETUNJUK KEKAYAAN



Salam kekayaan anak-anak bertuahku. Jagalah pemikiranmu kerana kau apa yang kau fikirkan itu akan menjadi realiti tanpa kamu sedari, dan menarik orang-orang disekeliling kamu kepadanya.

Fikiran kita bukan setakat di dalam otak kita sahaja tetapi ia juga mengeluarkan energi. Energi pemikiran ini mempunyai keupayaan untuk mencipta realiti.

Energi inilah yang menarik orang kepada kita.  Jika energi positif orang yang baik-baik sahaja akan suka kita dan begitulah sebaliknya.

 Jika difikirkan negatif sahaja, apa yang dibuat semuanya berakhir dengan keputusan negatif dan kamu dikelilingi oleh orang-orang negatif yang tertarik dengan energi negatif yang kamu keluarkan.

Bagaimana mengatasinya?.

Senang aje, rephrase, rephrase atau dengan bahasa mudah tukar chanel pemikiran kita, jika kita mula memikirkan sesuatu yang negatif, cepar-cepat beristighfar dan cubalah bayangkan sekuntum bunga yang cantik yang berkembang menjadi berjuta-juta bunga yang kemudian bertukar menjadi wang yang berlambak-lambak dan cubalah tersenyum.. Or keep telling yourself rephrase, rephrase.... senang aje kan.

Apabila kamu dalam keadaan tenang bayangkanlah sel-sel darah merah kamu 'wajahnya' sangat cantik dan berseri-seri.

Begitu juga jika janya terlintas sahaja di dalam pemikiran kamu kamu tidak menyukai sesuatu, secara otomatik sel-sel badan kamu menjadi berasid.

Bayangkanlah betapa tidak cantiknya 'wajah' sel-sel darah merahmu yang berketul-ketul dan melekat di antara satu sama lain.

Keadaan badan yang berasid terlalu tinggi menyebabkan sel-sel badan mati.dan bermulanya fasa penyakit kronik.

Kita mesti/wajib mempunyai keyakinan yang tinggi apa yang kita fikirkan boleh mencipta realiti.  Setiap halangan mendatang berfikirlah  "tiada masalah", "senang aje" dan jika masalah itu kecil anggaplah tidak ada masalah.

Belajarlah untuk "let go", tau untuk melupakan dan memaafkan.

Itulah nilai kekayaan yang sebenarnya.  Hidup kita ditentukan oleh pemikiran kita.

Allah swt pernah berfirman, "jika kau berusaha lebih kau akan dapat lebih jika tidak kau hanya dapat apa yang aku tentukan untukmu"

Anak-anak ku sayang,

Latihlah dirimu untuk selalu bersangka baik sentiasa, terhadap tuhanmu, jika ada perancanganmu tidak menjadi, katakan pada dirimu, "aku redha ya Allah, engkaulah sebaik-baik pelindung dan engkau tau apa yang terbaik bagiku"  Sekali kita redha dengan Allah berpuluh-puluh kali Allah akan redha dengan kita, masyaallah.

Tuesday, November 27, 2012

KAYA SAHABAT KAYA SEBENAR-BENAR KAYA

KAYA SAHABAT KAYA SEBENAR-BENAR KAYA

Salam kekayaan Anak-Anak Bertuahku,
semoga sihat, semuanya mudah di dalam segala urusanmu.  Jika was-was atau ragu di dalam membuat keputusan bacalah Laillahaillallah dan habiskan ayat tersebut.  Yakinlah Allah akan menunjukkan jalannya.

Ahli falsafah Perancis A. Camus pernah berkata, seorang sahabat yang baik akan saling menyokong sahabatnya menghadapi apa jua masalah meskipun tiada lagi kudratnya.

"Jangan berjalan dibelakang saya, saya mungkin tidak mampu memimpin.
Jangan jalan di depan saya, saya mungkin tidak dapat mengikut dari belakang.
Hanya jalan di sebelah saya dan jadilah sahabat saya" ujarnya.

Justeru, jangan abaikan kepentingan teman atau sahabat pada diri kerana mereka turut terbabit secara langsung dalam aktiviti harian kita, selain bertindak sebagai sistem sokongan kala diperlukan.

Berkongsilah sesuatu yang kita dapat faedahnya dengan kawan-kawan dan sahabat handai agar mereka juga  dapat menikmati apa yang kita telah dapat.  Misalnya anda dapat membeli emas tanpa upah, kongsilah dengan semua sumbernya.

 Jika anda membuat busines yang cantik incomenya kongsilah juga.  Jika kita ingin kaya kita wajib menolong mengkayakan orang dan kita juga akan ikut menjadi kaya.  Inilah hakikat yang amat susah untuk diterima walaupun kebenaran ditulis dengan tinta merah.

Seorang sahabat telah melangsaikan hutang seseorang, entah macamana, entah bagaimana beberapa orang sahabat dia juga telah mengetahui perkara ini dan mereka mengikuti melunaskan hutang lapuk seseorang. Mereka berfikir jika dia boleh buat mereka juga ingin jadi sepertinya.  Inilah yang dikatakan sahabat.

Baginda saw bersabda:

"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah swt akan menaunginya di bawah naungan arasy.  Di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya" - hadis riwayat Imam Tirmizi.


Nenek Kebayan Says:

Marilah kita mencari pendapatan lebih/ menjana pendapatan dengan berniaga online,  contohnya Yoli yang bermakna untuk hidup.

Untuk meneruskan kehidupan yang berkualiti kita perlukan wang. Agar kita dapat membina masyarakat kita yang lebih baik sehingga kita dapat memberi tanpa orang meminta, atau kita memberi tanpa mempersoalkan ke manakah wang kita itu dibelanjakan.

Wang mengalir ke dalam akaun bank kita tidak putus-putus dan tidak ada kebocoran wang lagi.  Cukup-cukuplah itu.


Tuesday, November 20, 2012

BERSEDIA 20 TAHUN SEBELUM KRISIS USIA 40 - 65 TAHUN
















Salam kekayaan dan bekerjalah dengan penuh kesyukuran, pahala dapat badan sihat dan awet muda.  Mudahnya hidup ini.





Tulisan ini ditujukan kepada anak-anakku yang berumur 20an tahun ke atas.  




Buatlah  persediaan dari sekarang agar kamu menuju hari persaraan dengan gembiranya, berharta, awet muda dan sihat sejahtera.



Tidak bijak jika kita hanya ingat persaraan hanya 5 tahun sebelum masanya.



KRISIS USIA 40 - 65




PERNAHKAH anda mendengar frasa "life begins at 40?" 



Ia adalah fasa kehidupan yang menggambarkan tentang perubahan tingkah laku dan emosi manusia  apabila berada dalam lingkungan umur 40 ke 65 tahun.



Fenomena berkenaan dikenali sebagai "midlife crisis" atau pertengahan usia dalam istilah psikologi.




Sesetengah lelaki akan menyedari fenomena ini semasa menyambut hari jadi mereka pada umur tertentu atau pada kelahiran cucu pertama.  



Ada yang menyedarinya setelah merasakan prestasi seksual mereka semakin menurun akibat penurunan paras hormon testoren.



Bagi wanita pula, mereka biasanya lebih bersedia kerana mengalami simptom menopause sebagai tanda bermulanya fasa tersebut.



Individu dalam linkungan umur ini amat mencemburui zaman.



Mereka sedar bahawa kecantikan dan kecergasan fizikal yang mereka ada satu ketika dulu semakin pudar.



Tanda-tanda penuaan seperti rambut yang ditumbuhi uban, penambahan saiz pinggang, kedutan pada wajah dan pengurangan daya ingatan mulai ketara.  


Mereka merasakan masa bergerak terlalu pantas.



Ibubapa baru tersedar bahawa mereka tidak sempat menikmati saat-saat indah ketika membesarkan anak-anak.  



Kini anak-anak sudah dewasa, malah ada yang telah berkahwin dan berpindah ke rumah sendiri.  Ibubapa di kampung semakin uzur.  



Adik-beradik, sahabat handai dan saudara mara pula ada yang telah meninggal dunia.



Bebanan kerja yang meningkat, masalah kewangan dan ketidakharmonian keluarga pula menyebabkan mereka kerap berfikir adakah mereka telah membuat pilihan yang tepat dalam hidup.  



Tempoh persaraan yang semakin hampir dan kurangnya persediaan memburukkan lagi keaadaan.



Mereka yang gagal melalui tempuh "midlife" ini akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan emosi.  Perubahan ini boleh berlaku dalam tempoh yang  singkat daripasa seorang penyabar kepada panas baran, penyayang kepada tidak bertanggugjawab atau ceria kepada pendiam.



Ada juga yang mengalami kemurungan dan hidup dalam penafian. 



Meraka mula mencuba tabiat baru seperti merokok, berjudi, mengambil alkohol  atau menyalahgunakan dadah.



Perbalahan  suami isteri dan keganasan rumah tangga kadangkala berakhir dengan perceraian.  Ada yang menukar isteri kepada yang lebih muda dan jelita untuk memenuhi tuntutan jiwa muda.



Midlife crisis perlu ditangani.  Setiap orang perlu melalui proses ini dengan bijak.  Anda tidak perlu musnahkan kehidupan sekarang untuk kembali ke dunia remaja.  



Apa yang perlu dilakukan adalah belajar cara-cara merangsang minda bagi mengembalikan semula perasaan indah zaman tersebut.



Di sampng itu, pengambilan makanan seimbang, alkalizekan system darah dengan pengambilan makanan beralkali atau kapsul Alkalete, alkali yang pertama didunia dikapsulkan adalah tindakan bijak,  dan senaman berkala  juga boleh dilakukan untuk membantu melambatkan proses penuaan



APA YANG PERLU ANDA BUAT



Stress adalah masalah utama golongan ini.  KurangKan stress dan elakkan kerisauan melampau.



Tidurlah secukupnya.  Pastikan anda telah pun tidur dengan nyenyak pada pukul 11.00 malam ke 2.00 pagi kerana waktu inilah badan anda melakukan proses membaik pulih.



Kurangkan mengomel tentang sebarang kekurangan pasangan dan banyakkan melihat kelebihan yang ada.  



Kukuhkan ikatan kekeluargaan dengan meluangkan lebih banyak masa bersama.



Kebanyakkan lelaki usia ini tidak ramai kawan rapat.  Hubungi rakan lama di sekolah dan jangan malu untuk beritahu yang  anda telah berubah sesuai dengan usia.



Kurangkan penglibatan dengan kumpulan berteraskan sosial atau politik.  Sertailah aktiviti kumpulan keagamaan setempat seperti masjid dan surau.



Senaraikan keutamaan hidup dan keluarkan mana yang tidak penting.  Ini akan mengurangkan komitmen masa dan wang anda. 


Betulkan hala tuju kerjaya dengan meningkatkan kemahiran dan cuba teroka bidang baru seperti kembali ke kolej atau universiti atau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan jika berpeluang.



Mulakan semula hobi zaman remaja seperti menunggang motorsikal, menulis atau menonton wayang.  Ini akan mengembalikan  semula perasaan gembira pada waktu tersebut.


Luangkan masa dengan mereka yang boleh menggembirakan hati. 


Cari peluang untuk ketawa seperti mengambil gambar aksi sendiri atau menonton komedi.



Sentiasa ingat perkara-perkara yang pernah membuat anda gembira seperti saat manis bercinta, kelahiran cahaya mata atau ketika anda menikmati pandangan indah.



Jangan lupa ambilah Alkalete sekurang-kurangnya 2 kapsul sehari untuk menstabilkan asid di dalam tubuh anda. Ia dapat membantu menguatkan sistem imun tubuh kita.




Selamat meningkat tua dengan jayanya.


Petikan di atas di ambil dari suratkhabar berbahasa melayu yang koyak-separuh hancur ditinggalkan di meja di kedai Ain dan tidak dapat dikenalpasti penulis asal  Semoga penulis asal mengizinkan Ain  menyiarkan kembali untuk dikongsi bersama.






























MENGHANCURKAN BLOCKING MENTAL




























Menghancurkan Bloking Mental



Blocking mental adalah suatu doktrin pemahaman kepercayaan yang mendalam terhadap sesuatu peristiwa.  


Ciri yang paling menonjol dalam blocking mental adalah membatasi diri sendiri terhadap apa yang mereka fikir mampu mereka lakukan sehingga belum sampai mereka mencapai apa yang boleh mereka capai, mreka terburu-buru mengebom diri sendiri dengan mengatakan :


"saya tidak akan mampu mencapai hal itu....".



Kalau beginilah halnya hilang sudah peluang mereka untuk meraih apa yang mereka impikan.



Satu catatan yang harus kita fahami juga, otak kita itu sama dengan apa  yang dikatakan oleh mulut kita.  



Misalnya kita mendapatkan penawaran atau peluang tetapi mulut kita berkata



  ...."..ah, saya tidak akan boleh melakukan hal yang begitu.  Saya tidak berpengalaman, tetapi kalau saya nekad saya yakin tidak akan berhasil" 



Jika kalimat tersebut yang keluar dari mulut kita, secara otomatik boleh kita bayangkan kalau otak sudah tidak memberi tindakbalas (tidak mahu bertindak) mustahil akan ada tindakan untuk menangkap peluang yang ada.



Bagaimana  menghancurkan blocking mental ?




Untuk menjawab pertanyaan tersebut saya akan kongsikan pengalaman saya 5 tahun lalu, saya telah berjuang bermati-matian untuk keluar dari blocking mental yang akhirnya menghantarkan diri saya menjadi peribadi yang lebih yakin. Bahawa saya boleh mencapai apa yang saya inginkan.   



Cara yang saya lakukan sangat sederhana iaitu dengan melakukan affirmasi positif (saranan-saranan positif).



Ada beberapa kata yang saya selalu ucapkan kepada diri saya.



Pertama: saya mengatakan "Saya boleh".  


Kata-kata ini sangat    sederhana tetapi memiliki kekuatan yang luarbiasa.



Kedua: saya mengatakan "Semua serba mungkin".  


Saya sangat percaya semua kemungkinan boleh terjadi.  Yang paling penting satu hal kita yakin pada kebesaran Allah.



Ketiga: saya mengatakan "Bagaimana caranya"



Dengan affirmasi seperti ini, saya mencuba mencari solusi atas masalah yang sedang saya hadapi.  Alhamdulillah tidak lama kemudian saya menemukan jalan keluar.



Setelah usaha itu saya tempuhi, langkah saya untuk mengwujudkan impian mulai terbuka lebar.



Satu poin penting yang harus kita ingat, jika kita mampu keluar dari blocking mental, maka apa yang kita impikan akan terwujud, apa yang kita inginkan akan menjadi kenyataan.


Sukses itu akan lebih dekat dengan dengan diri sehingga jalan kita untuk meraihnya akan menjadi lebih mudah.




Credit given to Saudara AndrieWongso yang sangat bijaksana.  Brilliantly intelligence.

Monday, November 19, 2012

TEGANGKAN KULIT MUKA AWET MUDA



Salam Kekayaan dan Keremajaan anak-anakku.



Harus mulai sekarang menjaga keremajaanmu dan bank akaun juga, agar kamu nampak sihat, awet muda, berharta dan meningkat tua dengan berjaya dan bergaya apabila umur kamu 50tahun.

Credit given to  shashamohamed.  Shasha yang bertuah dan bijaksana.  Semoga shasha berjaya dan kaya raya dunia akhirat dan tidak lupa kita juga.  Semoga mulut masinku dapat membantu.


TIP UNTUK MENEGANGKAN KULIT MUKA
oleh shasha mohamed



ADA berbagai  cara dan berbagai produk digunakan untuk menegangkan kulit muka supaya nampak lebih cantik dan awet muda.


Selain dari selalu gembira, selalu senyum dan berfikiran positif perlu buat senaman juga.


Ada satu tip ini tidak perlu gunakan apa-apa produk dan senang pula.  


Cuma perlukan effort  sahaja.


Untuk kelihatan awet muda hanya lakukan senaman muka yang diberikan setiap pagi.



Caranya:


Setiap kali bangun pagi, ngangakan mulut seluas yang boleh,

jelirkan lidah sepanjang yang boleh dan;

buka mata seluas yang boleh dan kekal dalam keadaan ini selama 1 @ 2 minit.




Lakukan setiap hari dan nikmatilah kulit muka cantik dan tegang.


Senaman ini akan menarik otot-otot di muka dan seterusnya menegangkannya.


Untuk meningkatkan kesihatan yang lebih baik, angkat tangan dan siku pada paras dada sambil membuat senaman muka di atas.


Cubalah semoga anda mendapat muka yang tegang dan menawan serta kesihatan yang baik.


Jangan lupa: 


Alkalizekan tubuh badan anda dengan Alkalete, alkalin pertama yang dipatenkan dan 


dikapsulkan untuk menyingkinkan toksin-toksin dari dalam sistem darah anda.  


Mulakan sekarang so you will feel good and be very very good when you are 50s.  



Cubalah.

TANGANI STRESS

Salam kekayaan anak-anak bertuahku, semuanya sihat termasuk bank akaun juga.......










































Jika kita bertakwa dan bertawakal kepada Allah kita akan dapat rezeki dari sumber yang tidak dijangkakan.  Senangnya jadi muslim, jaminan Allah.  Subhanallah.  Jika belum sampai tahap ini, check balik ketakwaan dan ketawakallan kita terhadap Allah. Skala mana ye 1/10?, 9/10?



TANGANI STRESS SIHAT SEPANJANG HAYAT



Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stress.


Stress ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan.  Kita semua mengalami stress di rumah, sekolah atau tempat kerja.


Kita perlu sedikit stress untuk berfungsi secara berkesan.  Adakalanya stress boleh juga menjadi faktor motivasi terhadap perkembangan hidup seseorang.  Stress yang keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan.



KENAPA ANDA STRESS?


*  Diri sendiri (contoh: Anda kecewa, anda tidak dapat apa yang anda mahu)
*  Keluarga anda (contoh: Masalah dengan suami/isteri dan anak, pindah rumah, masalah kewangan)
*  Pekerjaan anda (contoh:  Anda tidak dapat menyiapkan kerja, anda tidak cemerlang dalam kerja, ketua anda tidak berpuashati dengan kerja anda, anda tidak dinaikkan pangkat, tukar kerja, dibuang kerja)
*  Komuniti anda (contoh:  Jiran dan komuniti tidak ramah).



BILA ANDA RASA STRESS



*  Jantung berdengup kencang dan sukar bernafas.
*  Anda cepat marah.
*  Anda rasa tidak gembira.
*  Anda kehilangan selera makan.
*  Anda hilang minat bekerja
*  Anda tidak lagi menikmati hobi.
*  Anda tidak cukup tidur.
*  Anda menengking-nengking.
*  Anda ingin membaling sesuatu.
*  Anda cuba menjauhkan diri.



APA YANG HARUS DILAKUKAN APABILA ANDA MARAH



* Menyedari yang anda sedang marah..katakan: "Saya sedang marah".
* Bertenang ..kira hingga 10, tarik nafas panjang dan
* Kenal pasti kenapa anda marah.
* Cuba dengar penjelasan orang lain.
* Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain.
*Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan.
* Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan.
* Membiasakan diri memaafkan - menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan.



KUASAI KEMAHIRAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH:





CARA IDEAL



I - Kenal pasti masalah (identify the problem).
D - Jelaskan pilihan yang boleh diambil (Describe possible option).
E - Buat penilaian bagi setiap cadangan - baik dan buruknya (Evaluate consequences of each option - the pro's and the con's).
A - Bertindak - pilih satu cara untuk betindak (Act).
L - Belajar dari pengalaman sama ada hasilnya berjaya atau tidak (Learn).



CARA MENGURANGKAN KEMUNGKINAN UNTUK MARAH:



* Berfikir secara positif.
* Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan.
* Belajar menyukai diri sendiri.
* Usahakan yang terbaik daripada apa yang anda ada.
* Belajar menerima apa yang tidak dapat diubah.
* Jangan risau tentang kekurangan yang ada.
* Bertenang.
*Lakukan senaman selalu.
*Adakan hobi.
* Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah.
* Dapatkan tidur yang cukup.
* Dapatkan teman untuk meluahkan masalah.
* Bersifar asertif.  Berani berkata "TIDAK" untuk kegiatan luar, jemputan atau temu janji yang anda tiada masa untuk hadiri.
* Tetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda.  Tidak semua anda dapat kecapi.  Sedarilah bahawa tidak semua perkara penting seperti yang anda sangkakan.



Saya menangani stress dengan positif
Apabila saya positif
Fikiran saya positif
Tindakan saya positif
Hidup saya menjadi positif





Kementerian Kesihatan Malaysia.



SETIAP TUTUR KATA KATA CERMIN PERIBADI

                                                                                       
Salam Kekayaan, kaya jiwa, kaya kesihatan dan kaya segala-galanya.











Mari kita kongsi bersama artikel ini...........



SETIAP TUTUR KATA CERMIN PERIBADI
Oleh Mohd Shahrizal Nasir


Perkataan diucapkan tidak terlepas daripada catatan malaikat.



PENCIPTAAN  manusia sebagai makhluk paling istimewa di sisi Allah dan khalifah di muka  bumi mempunyai tujuan yang ditetapkan.



Antaranya, menilai sejauh mana ketaatan manusia kepada Allah yang mengakui sejak awal penciptaannya bahawa Dia sahajalah Tuhan yang layak disembah.



Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana yang tidak pernah membiarkan hambaNya hidup tanpa panduan dan petunjuk.



Al-Quran yang tiada sebarang keraguan di dalamnya, memaparkan panduan bagi membantu umat manusia mencapai kehidupan bahagia di dunia dan akhirat.




Oleh sebab itu, wajarlah setiap perbuatan manusia, kelak akan dihintung dan dinilai serta diperlihatkan dengan seadil-adilnya.



Firman Allah bermaksud:




"Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya).  Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula"



(Surah al-Zalzalah: ayat 7-8).



Secara sedar atau tidak, tutur kata adalah antara perlakuan sukar dikawal manusia.




Manusia boleh menuturkan apa saja bentuk kata-kata tanpa had berdasarkan dorongan hati, nafsu dan akal mereka.



Tanpa iman yang mantap kata-kata yang dikuasai nafsu yang mendorong kepada kejahatan dan hati yang lemah akan sentiasa membasahi lidah mereka



Hakikatnya, dengan kata-kata, pelbagai perkara boleh terjadi serta mampu mengubah sesuatu keadaan sama ada yang baik atau sebaliknya.




Keadaan umat islam saling menghina dan memperlekeh sesama mereka, anak mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang tua dan keruntuhan moral di kalangan remaja.




Semuanya berpunca daripada lidah yang gagal dikawal.  Sebagai manusia kita harus ingat setiap apa yang kita katakan, ia tidak terlepas daripada catatan malaikat.  



Hal ini bukanlah bertujuan mancari kesalahan serta kesilapan manusia tetapi memberi peringatan kepada kita bahawa setiap perlakuan ada nilainya di sisi Allah.



Firman Allah yang bermaksud



"Tiada sesuatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di sampingnya malaikat pengawas yang selalu hadir"




(Surah Qaaf, ayat 18)




Tutur kata yang baik dapat memberi kesan yang amat mendalam dalam diri pendengarnya.  Dalam bidang dakwah misalnya, dengan hanya menggunakan kata-kata yang baik dan benar, masyarakat mudah terpikat dengan Islam.




Ini kerana Islam adalah agama fitrah yang ajarannya tidak bertentangan dengan naluri dan sifat semulajadi manusia.




Hal ini jelas apabila Allah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun menemui Fir'un sebagai satu cara menyerunya ke jalan Allah, lalu diperintah keduanya menuturkan kata-kata yang lembut dan tidak angkuh.




Firma Allah bermaksud:




"Pergilah kamu berdua kepada Fir'un, sesungguhnya dia melampaui batas.  Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut"




(Surah Toha, ayat 43-44).




Dakwah sedemikian tidak berjaya menambat hati Fir'un, tetapi dengan perintah Allah, ia menunjukkan cara dan kaedah yang harus diikuti dalam proses dakwah hari ini.



Selain itu, dalam Al-Qur'an dengan jelas Allah menyatakan di antara ciri-ciri hamba-Nya yang cemerlang iaitu yang mendapat gelaran ('ibad ar-Rahman) ialah mereka yang baik tutur katanya.




Mereka yang apabila dihina atau dicerca orang yang jahil (tidak berilmu) atau berilmu, mereka tidak membalasnya kecuali dengan kata-kata yang baik dan indah.




Firman Allah yang bermaksud




"Dan      hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik"




(Surah al-Furqan, ayat 63).



Justeru adalah amat menyedihkan jika dilihat orang-orang yang berilmu dan berpendidikan tinggi bersikap terlalu emosional, tidah berhikmah dalam menangani sesuatu isu dan yang lebih teruk lagi merasakan dirinya sahaja betul.



Sebagai orang yang dikurniakan Allah sekelumit daripada ilmu-Nya, kita harus berasa rendah diri dan memilih kata-kata yang terbaik apabila berhadapan dengan golongan yang tidah mengerahui atau kurang ilmunya.



Dengan kata lain, bahasa yang digunakan haruslah bersesuaian dengan keadaan dan adat kelaziman khalayak pendengar.  Hal ini perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi di negara kita yang memiliki pelbagai bahasa dan budaya.




Sesungguhnya tindak-tanduk dan perbuatan setiap anggota kita adalah menjadi tanggungjawah kita sendiri ketika berhadapan dengan Allah di Mahkamah Keadilan-Nya kelak.  Lidah yang berperanan penting dalam menuturkan kata-kata  tidak akan terlepas daripada nilaian dan timbangan keadilan Allah.




Jauhilah diri kita daripada terus menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah dan menyakiti hati dan perasaan orang lan.




Sebaliknya, basahi lidah kita dengan ingatan yang tidak putus kepada-Nya pada waktu senang dan susah.




Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud:




"Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah, ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram"




(Surah al-Ra'd, ayat 28.)




Thursday, November 15, 2012

Jangan Benarkan Kemarahan Kecewakan Anda












Bicara Sihat


JANGAN BENARKAN KEMARAHAN KECEWAKAN ANDA
bersama Datuk k Pathmanathan


Menganalisis Kemarahan Anda

* Anda boleh meluangkan masa bercakap dengan rakan bagi berkongsi kemarahan.

*  Sebagai pilihan, anda juga boleh menulis surat kepada rakan anda untuk mendapatkan pandangan.


Mengetahui Perbezaan Di Antara Perasaan Dan Tindakan

*  Kemarahan adalah satu emosi dan tingkah laku permusuhan adalah satu tabiat atau perangai

*  Dalam hal ini anda dinasihatkan tidak memendamkan kemarahan yang dialami.

*  Sebaliknya adalah lebih baik jika anda menahan tingkah laku permusuhan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

*  Cara paling praktikal untuk meredakan kemarahan ialah dengan bersenam atau memukul sesuatu dengan pemukul yang diperbuat daripada plastik.

*  Seorang ahli psikoterapi menyarankan,       perasaan permusuhan boleh dihilangkan dengan melempar ketulan ais ke tembok batu bagi memuaskan diri sendiri.


Jangan Membenarkan Kemarahan Mengecewakan Anda.

*  Terdapat segelintir infividual yang gemar menahan kemarahan dalam satu tempoh yang lama.

*  Sekiranya anda menyimpan kemarahan yang meluap-luap itu terlalu lama, ia boleh menyebabkan anda berasa pening dan tetekan.


Menghalang Sebarang Reaksi Fizikal

*  Apaila anda marah, denyutan nadi dan kadar pernafasan akan meningkat secara mendadak.

*  Dalam hal ini, anda harus cuba memberhentikan reaksi fuzikal tersebut denagan menenangkan fikiran anda.

*  Bersenam. menulis dalam buku harian atau menonton rancangan komedi dan pelbagai lagi dapat mengurangkan kemarahan tersebut.

*  Elakkan melakukan aktiviti yang agresif kerana ia hanya menambahkan kemarahan yang dialami.

*  Mengikut kajian, seseorang individu yang sering minum arak bagi melepakan kemarahan akan menjadi lebih agresif secara fizikal.


Menjauhkan Diri Daripada Situasi Yang Boleh Menimbulkan Kemarahan

*  Anda perlu cuba mempertahankan respons fisiologi badan anda dengan menarik nafas walaupun untuk beberapa saat sahaja.

*  Meluangkan sedikit 'masa marah' pada lewat hari yang sama anda berasa marah.  Pada ketika itu, anda akan memberi lebih tumpuan untuk meyelesaikan masalah anda.


Berfikir Sebelum Bercakap

*  Anda dinasihatkan berfikir dulu sebelum bercakap semasa berada dalam keadaan marah.

*  Sekiranya terlepas cakap, ia pasti akan melukakan hati individu lain yang tidak bersalah.


Jangan Meninggikan Suara

*  Sekiranya ingin berkongsi masalah dengan rakan atau sesiapa sahaja, anda dinasihatkan tidak meninggikan suara.

*  Elakkan menjerit kepada individu tersebut bagi menjaga hatinya walaupun pada ketika itu anda ingin melepaskan perasaan marah dan geram.


Mengesahkan Andaian Sebelum Naik Marah

*  Jangan membuat sebarang andaian mengenai sesuatu perkara sebelum anda mendapatkan pengesahan.

*  Kadangkala, andaian yang dibuat mungkin tersilap dan ia pasti akan menimbulkan kemarahan sekiranya andaian tersebut lebih bersifat negatif.


Mendapatkan Pertolongan Apabila Anda Memerlukannya

*  Sekiranya tidak dapat mengawal perasaan marah, anda boleh menghadiri sesi terapi yang dikendalikan oleh pihak yang lebih prefesional.

*  Dalam sesi tersebut, anda dapat mempelajari cara-cara menganalisis dan memutuskan masalah yang dihadapi dengan lebih sistematik sebelum bertindak balas..


Nenek Kebayan Chomel says:

Suatu masa dahulu ketika nenek kecik ayah menasihatkan nenek jangan simpan perasaan marah di dalam hati.

Kerana menurut katanyanya selagi kita menyimpan perasaan marah di dalam hati kita selagi itulah Allah marah terhadap orang tersebut dan orang itu akan terus berdosa selama tempoh kemarahan kita terhadap mereka.

Kita mesti memaafkan orang yang marah kepada kita agar mereka tidak berdosa.

Ada seseorang bertanya nenek, kenapa biarkan orang itu marah tanpa membalas balik kata-katanya sedangkan kita tidak bersalah.

Nenek menyatakan tidak perlu kerana nenek tau nenek lebih baik darinya dari semua segi. Jika rupaparasnya cantik, cantik lagi akhlakku.  Jika banyak harta..ahaks...ahaks....no komen le ye

Rasullullah berpesan sebanyak 3 kali, Jangan Marah, Jangan Marah, Jangan Marah.

The Fountain of Youth

Photo: ‎لو كانت الدنيا سهلة ميسرة... لما كان الصبر احد ابواب الجنة . . !‎








FOUNTAIN OF YOUTH
by DABNEY TISDALE

CAN  YOU  LIVE TO 100?


Attitude is a key element of longevity.  Centenarians tend to be optimistic and handle stress well, experts say.


PEOPLE who've long lives presumably hold keys to good health, and the rest of us might do well to learn from them. That's why Thomas Perls, a geriatrician at the Boston University Medical School, studies centenarians - people who've been kicking for a century of more.

As head of the New England Centenarian Study the world's largest study of such people, Perls has researched the habits, genes and medical histories of about 900 centenarians.

Perls thinks centenarians offer an unparalleled look into how we can all age gracefully, healthfully and happily.

Q: What's the most striking about long-lived people?

A: Almost 90% of centenarians live independently into their early 90s.  A good chunk of centenarians have had some pretty significant age-related diseases, including heart attack and stroke.

But, they deal with them much better than other people, who might die of those diseases.  When centenarians do develop disabilities, they tend to do so only during a compressed period near the very end of their long lives.

Q:  It is good to have a long-lived relatives?

A:  Exceptional longevity runs strongly in families (these families) may have longevity-enabling genes that slow down aging, or they may lack what we call "disease genes" that make other people develop, for example heart disease, stroke or Alzheimer's disease.

We also study the siblings and children of centenarians.  The kids very much follow in the footsteps of their parents. They have rates of heart disease, stroke, high blood pressure, and diabetes that are 60% lower than others born around the same time.  They have a mortality rate that's 20% lower.

Q: Can all of us live to 100?

A: I thinks that most of us are built for about 88 years, a litte bit less for men, a little bit more for women.

Much of getting to the age depends on your health behaviour.  To add an additional 10 to 12 years beyond that, you may need to either lack disease genes or have some of those longevity-enabling genes

Q:  So 88 years is a typical maximum lifespan?

A:  Seventh-Day Adventists have the highest average life expectancy in the US - 88 years, according to one study.  This group is quite diverse in terms of race and geographic location, but they have homogeneous health habits, which are dictated by their religion.  They're vegetarians, they don't smoke or drink alcohol, they regularly exercise, they eat in moderation, and they really set aside some time for family and religion.  All that may help them manage stress well.

And, lo and behold, they have life expectancies about 10 years greater than those of average Americans.  And  I would venture to say that's largely because of these health habits.

Q:  What factors are most important to achieving maximum lifespan and better health in old age?

A:  I have an acronym:  AGEING, spelled the British way:

"A" is for attitude.  Centenarians are optimistic, and they tend to be funny.  I think that those personality characteristics translate into being able to manage stress well.  They don't internalise stress; they seem to able to let go.

"G" is for genetics.  If people in your family have passed away in their 60sand 70s, alarm bells should be going off: You, more than other people, need to pay attention to prevention and screening.

"E" is for exercise.  I say people should exercise five times a week. 30 minutes a day.

"I" stands for interest, and that has to do with exercising your brain.

"N" for nutrition:  The goal should be a heathy weight.

"G"  is for, Get rid of smoking and get rid of anti-aging quackery.  I am a very outspoken critic of the anti-aging industry, especially growth hormone, which I think is really quite dangerous.

Q: Do you have a favourite story about a centenarian?

Anna Morgan was one of the centenarians who really woke (my team) up to how amazing some of them can be.  She was living on the third floor - the top floor - of a three - generation house, so she was walking those stairs every day.

In her mid-90s she had started writing an autobiography, initially around 950 pages.  Her editor pared it down to 650 pages, and I'm told she fought over every page.  She was completely        cognitively intact when we met her, scoring basically       perfectly on every test we gave her.

We have to ask her if she would be interested in donating her barain for study, and she said, "well I'm still using it!.

When she did eventaully pass away, of a heart attack, her brain showed absolutely no (sign of) disease.  Her story became, for us, a gold standard of disease-free aging.

Q:  You've created a life-expectancy calculator, available at both www.livingto100.com and www.eons.com.  How does this "Living to 100" calculator work?

A:  The calculator takes into account the things people are doing right and wrong in terms of maximising their healthy years.

Your smoking habits, your body mass index, whether you're a man or a woman (and whether you have) high blood pressure, heart disease, or diabetes-there's really good evidence to estimate the impact each has on your life expectancy.

For other things, like flossing your teeth, I had to estimate the effect.  But it's a fact that a person with gingivitis (gum disease) has an increased risk of heart disease.

Q: Do you thinks people fudge details to get the calculator to overestimate their life expectancy?

A: I do think that people go back and change their answers to see what the impact will be.

But they don't really have to because we provide tailor-made feedback based upon the person's answers.

Really, the estimate of the person's life expectancy is an educational tool to help people to realise what they could do differently to not only live longer but to live a larger chunk of time in good health.

We've come up with a saying:  "The older you get, the healthier you've been".

It's an optimistic and positive view of ageing, one that I hope is very enabling.

 - US News and World Report/Premium health news services/TMSI



Apa yang kita pelajari dari artikel di atas

1. Orang yang berumur panjang itu mempunyai sifat redha, kelakar dan pemaaf.
2. Tidak merokok dan menjaga makanan iaitu mereka makan secara sederhana.
3. Bersenam.
4. Meluangkan masa untuk keluarga dan melakukan amalan keagamaan.
5. Hobi - meningkatkan keupayaan kesihatan otak.
7. Pemaaf.
8. Sentiasa tersenyum.
9. sentiasa berfikiran positif setiap masa.
































































 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...