Monday, April 23, 2012

SALAM KEKAYAAN







Marilah kita mulakan hari kita dengan energi kekayaan. Seorang jutawan terkenal telah memberikan saranan ini untuk kita lafaz dan rasakan setiap hari;

Saya ada lebih dari mencukupi
Ada berlambak-lambak wang sedang menuju kepada saya
Saya adalah magnet wang
Saya suka wang dan wang suka saya
Saya menerima wang setiap hari
Terima kasih,  terima kasih, terima kasih

Hafal dan jadikan mentera.

Kita layan kisah benar ini, yang berlaku kepada alahyarham datukku.   Datuk seorang yang alim, pendiam, baik hati.


"HAJI, KALAU NAK DUIT, BAWALAH GUNI ..............:

 kampung Mela, sebuah kampung yang terletak di suatu daerah di daerah Jerantut, Pahang, Kisahnya Pak Mat memberitahu bahawa dia dalam perjalanan ke pekan Mela, tetiba sahaja dia di sapa oleh seseorang yang tidak dikenali.  Orangnya handsome, memakai sepasang baju hitam dan berlilit kepala  Setelah bersalaman dan berbual seketika, tiba-tiba  orang tu tanya

"Pakcik nak duit tak?
"Nak bagi aku duit? Naper nak bagi aku duit? tanya Pak Mat .
 kehairanan.
"Ish..dah sampai giliran Pak Cik, sebelun ini dah ramai dah orang yang merasa duit aku." Jawab lelaki itu
"Boleh juga, kalau nak beri aku terima aje...."
"Kalau macam tu, petang esok Pak Cik datang sini bawalah guni, duit tu berguni-guni banyaknya, Pak cik bawalah dua atau tiga guni.." Lelaki itu tersenyum kehandsoman.

Alkisahnya keesokkan hari Pak Mat pun membawa dua biji guni bertemu dengan orang tersebut ditempat yang dijanjikan.

Sejak hari itu Pak mat hillang dari rumah.  Lebih kurang 10 hari kemudian anaknya menerima panggilan dari hospital Raub, memberitahu bahawa ada seorang tua bernama Mat dan adakah betul  ini anak Mat, jika benar datanglah ke hospital Raub untuk mengambil orangtua tersebut pulang.  Terkejut dengan berita tersebut anak Pak Mat pun pergilah melawat ayahnya di hospital Raub.  Alangkah terkejutnya anak nya mendapati ayahnya yang kelihatan kurus dan tapak kakinya pecah-pecah.  Menurut keterangan staf nurse di hospital tersebut Pak Mat di temui oleh orang asli di dalam hutan di Raub ketika mereka mencari rotan.  Terkejut beruk orang asli tu berjumpa dengan Pak Mat di tengah-tengah rimba belentara lalu membawa Pak mat ke balai polis Raub dan pihak polis menghantar Pak Mat ke hospital Raub untuk pemeriksaan kesihatan.

Menurut cerita Pak Mat, dia pun pergilah berjumpa lelaki berpakaian hitam tersebut seperti yang dijanjikan dengan membawa dua biji guni.  Mereka berjalan menuju ke dalam hutan, setelah beberapa lama berjalan, tiba-tiba Pak Mat mendapati lelaki tersebut ghaib di hadapan matannya. Dan dia mendapati dia berada di dalam hutan belantara, namun dia terus berjalan mencari jalan keluar, ketika di dalam hutan tersebut dia bertemu dengan sekumpulan gajah liar, juga harimau, beruang, ular yang sangat besar yang tidur kekenyangan. Pada siang hari dia berjalan, minum dari anak sungai yang ditemui dan memakan pucuk kayu dan buah-buahan hutan yang dijumpainya.  Pada malam hari dia memanjat pokok kayu yang agak tinggi dan tidur di dahan pokok untuk mengelak dari menjadi mangsa binatang buas. Dia juga bertembung dengan sekumpulan pembalak yang berkhemah di dalam hutan, tetapi mereka seolah-olah tidak melihat dan mendengar panggilannya.  Dia tidak berputus asa mencari jalan keluar dari hutan tersebut sehinggalah dia berjumpa dengan sekumpulan orang asli yang juga masuk jauh ke dalam hutan mencari rotan.

Seminggu selepas kejadian yang menimpa Pak Mat tersebar luas dan menjadi bualan hangat penduduk kampung, bagaimana dalam zaman yang maju ini masih ada orang yang dipedayakan  oleh makhluk halus., datuk ku datang ke rumah menziarah anak dan cucu-cucunya. Datuk baru saja pulang dari menunaikan haji.

Datuk bercerita, tiga hari sebelum dia berangkat ke Tanah suci dia juga telah di sapa oleh seorang lelaki yang sangat kacak, berpakaian seluar dan baju serba hitam dan berlilit kepala.  Dia telah menegur datukku dengan ramah dan mengajak datuk ke rumahnya.

"Haji, maukah haji aku hadiahkan seguni duit?.
"Maaflah, aku tak dapat  pergi ke rumah kau, dua hari lagi aku nak berangkat ke tanah suci"
":Sekejap ajer Haji,  datanglah ke sini petang esok dan bawalah guni sekali"
"Iyalah, aku nak berjalan jauh ni, aku akan datang selepas aku balik dari Mekah" kata datuk dan tiba-tiba sahaja lelaki tersebut ghaib dari pandangan datuk dan datuk dapati dia berada di bawah rumpun buluh.  Pada pandangan datukku buluh tersebut berwarna kuning keemasan dan cahayannya memancar menyilaukan mata. Datukku berasa amat marah dan merasa dirinya dipermain-mainkan..

Datuk bertempik dengan marahnya

'.Ciss...jangan kau nak mempermain-mainkan aku syaitan laknat, aku tendang kau dengan Surah Yassin..." lalu datuk pun membaca Surah Yasin, sehinggalah satu saat dia dapati dia berada di tepi jalanraya kembali di mana dia mula berbual-bual dengan lelaki tadi.

Lalu datuk berpesan kepada kami anak cucunya, hafallah Surah Yasin, bacalah Surah Yasin, fahami dia dan hadiahkan bacaannya kepada saudara mara, jadikan ia sebahagian dari diri kita. Inilah pembantu kita ketika kita berada di dalam situasi sebegini samada kita berhadapan dengan syaitan laknatullah atau berhadapan dengan manusia yang zalim.

Pesanan penulis, apabila anda melalui jalan ini berhati-hatilah dengan lelaki kacak atau perempuan cantik yang menawarkan anda sesuatu

Mereka masih lagi berkeliaran mencari mangsa.......


Moral of the story:

Jangan tamak, jangan tamak, jangan tamak







No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...