Showing posts with label sakit tekak. Show all posts
Showing posts with label sakit tekak. Show all posts

Thursday, May 29, 2014

SORE THROAT / SAKIT TEKAK










Ramuan khas untuk sakit tekak.

Dua biji lemon (dibersihkan dan dihiris)
Dua biji halia, sebesar ibu jari (bersihkan dan dihiris menjadi kepingan bulat)
1 cawan madu 




1. Dalam bekas (350ml – 400ml), campurkan hirisan lemon (tinggal 3-4 hirisan) dan halia.



2. Tuangkan madu ke dalam bekas itu dengan perlahan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk membiarkan madu tenggelam ke bawah dan di sekitar limau dan halia hirisan. Pastikan setiap ruangan udara diisi dengan madu. Tinggalkan sedikit ruangan di atas untuk ditutup dengan beberapa hirisan lemon.




3. Tutup bekas itu dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ia akan keras dan menjadi seperti agar-agar.




4. Campurkan 1 – 2 sudu teh ‘agar-agar’ madu itu cawan dan tuangkan air mendidih ke atasnya. 



5. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk 1 hingga 2 bulan.





Selamat mencuba!






-----------------------------------------------

Two lemons (thoroughly cleaned and sliced)
Two piece of ginger about the size of your thumb (sliced into coin size pieces)
Honey (about 1 cup-maybe more)



In a 12-16 oz. jar combine lemon slices and sliced ginger.



Pour honey (organic is best) over it slowly. 



This may take a little time to let the honey sink down and around the lemon and ginger slices. 



Make sure when the honey has filled in all the voids, there is enough to cover the top of the lemon slices.



Close jar and put it in the fridge, it will form into a "jelly". 



To serve: Spoon jelly into mug and pour boiling water over it.

Monday, March 24, 2014

PANAS!! PANAS!!



Tekak anda akan berasa kering dan perit terutama waktu panas. Cubalah petua-petua tradisional di bawah.










AIR ASAM JAWA.



Minum air bancuhan air asam jawa yang agak pekat sehingga terasa masamnya. Ataupun sebelum anda tidur sejukkan badan anda dengan menyapu air ke seluruh badan untuk mengurangkan panas badan.




MENTIMUN PENAWAR.



Anda kisarkan sebiji mentimun sehingga halus. Jadikan ia sebagai minuman dan campurkan dengan sedikit air, gula dan garam. Kacau sehingga sebati dan simpan di dalam peti sejuk. Anda bolehlah meminumnya setiap pagi, petang dan malam.




DAUN ARUDA DAN BAWANG PUTIH.



Ambil beberapa helai daun Aruda dan 3 ulas bawang putih. Ramaskan daun tersebut manakala bawang putih ditumbuk dan rendamkan kedua-duanya di dalam air panas mati. Gaulkan kdeua-dua bahan ini dan sapukan ke seluruh badan. Dimulakan dengan dari rambut ke badan dan diakhiri dengan kedua-dua belah kaki anda. Lakukan 2 kali sehari pagi dan malam.




DAUN PISANG NANGKA.



Ambil 2 pelepah daun pisang nangka layurkan di atas api dan letakkan 1 pelepah di atas lantai dan berbaringlah di atasnya. Manakala pelepah yang kedua letakkan di atas badan anda ke seluruh anggota badan termasuk kaki dan tangan. Ulanginya sebanyak 3 kali sehari sekiranya panas badan masih tidak berkurangan.






AIR KELAPA MUDA




Penelitian mengatakan bahwa air kelapa muda dapat melembabkan kulit, membuat kulit tampak lebih muda serta segar. Antioksidan dan kandungan cytikinin dalam air kelapa muda mengandung manfaat mencegah penuaan. Nutrisinya juga mengembalikan ion-ion pada tubuh, sehingga dapat membuat tubuh yang lelah segar kembali.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...