Friday, July 6, 2012

Satu Pagi di Mahkamah Dewan Bandaraya


Salam kekayaan




Terima kasih Ya Allah kerana urusan saya brjalan lancar hari ini.  Saya sihat dan gembira. Apa yang saya ada lebih dari mencukupi.

Hari ini kena naik mahkamah kerana dapat saman dari DBKL.

Nape ye saya kena saman?

"Ini kerana barang siapa yang menerima saman ini tidak memberikannya kepada puan.  Maksima penalty untuk kesalahan di bawah seksyen ini adalah Rm1,000.00".

"Esok puan datang ke mahkamah dan bawa duit secukupnya, buat rayuan dan kalau tak cukup duit untuk bayar penalty nanti akan dipenjarakan in lieu of notice"

"Beres"

Eikk, jiran saya pun kena naik mahkamah juga. What's a small world.

"Why are you here?"

"Saya ader 3 saman tak bayar".

"La.........."

Mulai 1hb Jun, JPJ, DBKL dan Polis  semua saman ketiga-tiga perbadanan ini bermadu tiga.

Seorang perempuan didakwa kerana memandu masuk ke No Entry Zone

"Awak tak nampak ke papantanda larangan masuk ke situ atau tak ada papantanda langsung?"

"Maaf Yang Arif, saya nak cepat dan saya tak nampak papan tanda larangan"

Jalan Bukit Bintang tu pendek ajer, tak kan ko tak biasa dengan jalan kat situ babes.

"RM200.00.

"Kenapa kamu buat u turn di No U Turn zone?  Bahaya tu!

"Saya nak cepat Yang Ariff, anak saya sakit.  Saya mengaku salah dan minta dikurangkan denda"

"Isteri kerja ape"

"Pensyarah Yang Ariff"

"Kamu kerja ape?"

"Berniaga"

Seorang pemilik taska menukar status bunglow persendirian kepada perniagaan dengan membuka taska di rumahnya.  Bawa lawyer sekali.

"Saya tak mengaku bersalah dan mohon dibicarkan"

"Okey, denda RM500.00 dan tarikh perbicaraan di persetujui kemudian"

Wahhh kalau dah kaya, buat kerja tu biar cerdik.  Nak buka taksa ada undang-undang dia. Sahih-sahih salah tak nak mengaku pulak.


Peliknya orang kaya nih.



















No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...