Tuesday, August 14, 2012

KEEP BELIEVING IN YOURSELF





Salam Kekayaan


O. K. U - i support you!


Allah telah berjanji setiap anak haiwan yang lahir di atas muka bumi ini ada rezekinya.  Maasyaallah, itu haiwan, apa lagi anaknya manusia.

Terimakasih ya Allah di atas pemberianMu.

Hari ni saya berpuasa dan  saya bercadang untuk berbicara sesedikit yang mungkin, bukan aper, puasa dari bercakap  he...he...he....

Tadi pergi kedai emas.  Terasa malas nak bercakap, so nenek pun berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dengan tokey kedai emas itu.  Nenek beritahu dengan bahasa isyarat nak gelang tangan, berat berapa dan pilih fesyen yang macam mana, untuk anak perempuan umur 18 tahun..... Tunjuk sana dan tunjuk sini sampai sendiri pening.

Punyalah dia mengelabah melayan nenek dengan bahasa isyarat juga.  Semua fakta yang dia nak nenek tau dia tulis dan tunjuk kat nenek, harga berapa dan dia boleh beri berapa.

Nenek mula-mula hairan jugak kenapa dia layan nenek menggunakan bahasaa isyarat huh?  Sedangkan yang bisunya aku, naper dia lak yang beria-ia menggunakan bahasa isyarat sedangkan dia boleh berkomunikasi menggunakan mulut, haiyaa.......

Setelah puas membelek itu dan ini dan itu dan ini, akhirnya sampailah masa untuk tawar menawar. Seorang cakap itik seorang faham ayam.  Alaihai.  Penat berbahasa isyarat nenek pulak buka mulut tawar menawar.

Terkejut dia...

"Maafkan saya puan, maafkan saya puan, saya ingat puan tak tau cakap so saya gunakan bahasa isyarat juga".  

Patutpun.

'"Anak perempuan belajar mana sekarang"

"UiTM ambil Accounting"

"Saya keluarga ada 7 orang akauntan lah buat masa sekarang"

"Wah pandainya, alhamdilillah, thanks to god, anak-anak pandai-pandai semua"

Blaa, blaa, blaa

So nenek beritahu dia kebanyakkan orang  bisu boleh membaca gerakan bibir, bila berkomunikasi dengan mereka kita hanya beri isyarat dan gerakkan bibir  perlahan-lahan.

Teringat satu cerita ketika di kedai di datangi seseorang membeli menggunakan bahasa isyarat.  Mengelabah nenek, dia beri isyarat begini nenek jawab isyarat begitu, tetiba..

"Penatlahlah saya bercakap dengan akak, satu aper pun saya cakap kakak tak faham dan semua bahasa isyarat yang kakak berikan itu salah, satu isyarat dia macam ini, kalau ikut isyarat kakak itu dah jadi sebelas.''

Wahhhhhh, boleh bercakap rupanya.......

"Kakak, anak saudara saya bisu dan dia fasih berbahasa isyarat. kami dulu amat sukar untuk memahami dia dan begitu juga orang sekeliling, termasuklah orang macam kakak.  Kita semua belajar yer....."

"Ya encik........."

Selepas itu nenek amat berhati-hati dengan mereka yang menggunakan bahasa isyarat itu tidak semuanya tidak boleh bercakap.  Dan jika ditakdirkan bertemu dengan yang sebenar-benarnya bisu, amat sabar melayani dan memahami mereka agar mereka juga dapat memahami nenek.

Semasa di dalam LRT nenek dapat duduk dan orang buta ini masuk.  Nenek sentuh baju dia dan cakap

"Adik, you have a seat.........." { nenek suka cakap omgputih, oldskool le katakan }

"Thank you puan"

Budak lelaki cina disebelah bangun dan offer kerusi dia kat nenek

"Kak, you duduk....."

Wahhhhh, naper terasa ader aura kasih sayang ye di saat itu.

Kemudian anak gadis yang cantik dan bijaksana yang tidak dapat tempat duduk itu komplen

"Ibu,  dengan orang buta pun ibu speaking, kalau dia tak faham ibu gimana?"

"Tak mungkinlah, kerana you look at your subject.  Walaupun dia buta dia seseorang yang educated, kalau tidak masakan dia memakai talileher di sebalik jaketnya".

Tetiba baru i teringat semasa di Wisma Denmark, at about 20 yrs ago, tak salah i kita ade 4 atau 6 org operator telefon.  Orang sales and marketing department selalu komplen, telefonis lambat buat kerja dan selalu jerit kat dia orang atau hempas telefon selepas bercakap dengan telefonis.  Bangunan canggih, orang-orangnya lulusan luarnegara, tapi mentaliti tahap zero.

Sejak terima komplen kita kena siasatlahkan.  so i perhatikan segala-galanya tentang telefonis kita.  I dapati mereka memang tersangat sibuk dengan semua panggilan dalam dan luar negara.  dan lagi satu i dapati walaupun lambat mereka akan tetap buatkan panggilan yang kita minta mereka buat atau jika terlalu lama mereka akan check balik dengan kita adakah semua selesai atau perlu buat panggilan susulan.

Tak tau entah macamana, suatu hari i dapat tau birthday salah seorang dari mereka, so i dan 2 orang secretary dari ofis kita belikan kek dan pergi ke tingkat mereka untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan mereka.  Selama ini bertahun-tahun berhubung dengan mereka melalui telefon kita tak pernah bersua muka.

Apabila sampai di sana. alangkah terkejutnya kami.  rupa-rupanya mereka semua orang kurang upaya.  Hanya ada satu orang bukan orang kelaian upaya untuk menyelia mereka di tingkat itu.

Amazing!

Walaupun memakai tongkat, berkaca mata tebal atau memakai kanta pembesar untuk membolehkan melihat dengan lebih jelas,  mereka melakukan kerja mereka dengan dedikasi.  Walaupun selalu kena jerit dan di hempas telefon di hadapan muka mereka, mereka sungguh tabah.

Yang sambut birthday tu dia tak pakai tongkat tetapi akan memegang sesorang apabila berjalan kerana dia boleh melihat tetapi penglihatannya terhad dan dia memakai kaca mata kanta yang tebal tetapi masih low visiblity dan dia walaupun kekurangan itu seorang pemuda yang kacak dan mempunyai suara yang merdu.

Sejak hari itu, i beritahu semua orang agar lebih bertimbang rasa dengan sikap mereka terhadap telefonis kita.  Mereka juga terkejut besar kerana mereka tidak menjangkakan telefonis kita orang yang istimewa.

Kekayaan yang sebenar-benarnya adalah memberi.......!  Tak faham?  Lambatle nak kaya tuh.......

May god bless us and Malaysia.



No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...