Thursday, June 5, 2014

INGAT SAKIT! INGAT MATI!



Ingati Mati Mampu Tingkat Kesihatan








Ingati mati mampu tingkat kesihatan:




Cara terbaik bina keinsafan diri, tanam sikap positif




WASHINGTON:Mengingati mati adalah cara terbaik 

dan paling mudah untuk membina keinsafan selain 
menanamkan sikap positif di dalam diri seseorang.



Analisis kajian saintifik menunjukkan kesedaran 
mengenai kematian boleh memperbaiki kesihatan 
fizikal dan membantu orang ramai meletakkan semula 
keutamaan matlamat dan nilai hidup.


Malah pemikiran secara tidak langsung mengenai 
kematian seperti berjalan berhampiran kawasan 
perkuburan boleh mencetuskan perubahan positif 
dan menggalakkan seseorang membantu orang lain, 
kata pakar psikologi.




Mengingati kematian juga mempromosikan 
kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini 
menunjukkan apabila mengingati mati orang 
ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti 
kurang merokok atau lebih bersenam.




Laporan menyatakan kajian terdahulu mengaitkan 

memikirkan mengenai kematian dengan bahaya dan 
keinginan melakukan keganasan tetapi jarang 
menyelongkar faedah mengingati kematian.




“Kecenderungan mengaitkan tindak tanduk negatif 

dan perangai membahayakan sudah terlalu taksub 
dalam penyelidikan kesedaran mengenai kematian 
dan disifatkan sebagai punca kemusnahan sosial.




“Tidak banyak kajian dilakukan untuk melihat 

bagaimana mengingati kematian boleh memberi 
motivasi dan tindak tanduk positif yang boleh 
meminimumkan bahaya kepada diri sendiri dan
orang lain serta menggalakkan orang ramai 
berkelakuan baik,” kata ketua penulis kajian, 
Kenneth Vail, dari Universiti Missouri. 



Kajian disiarkan dalam edisi online Personality 

and Social Psychology Review bulan ini.




Penulisan merujuk kajian yang dibuat oleh Matthew 

Gailliot dan pasukannya dalam Buletin Personaliti 
dan Psikologi Sosial pada tahun 2008 yang menguji 
bagaimana kesan fizikal berada dekat dengan kawasan 
perkuburan mendorong individu membantu orang asing.




“Penyelidik mendapati jika budaya membantu dijadikan 

penting kepada orang ramai, peningkatan kesedaran 
mengenai kematian akan memberi motivasi dalam 
meningkatkan keinginan tanduk untuk membantu,” 
kata Vail.




Penyelidik memantau orang ramai yang sama ada 

melintasi kawasan perkuburan atau tidak melalui 
kawasan itu.




Sukarelawan pada setiap lokasi bercakap dengan 

orang ramai mengenai nilai membantu orang lain 
atau topik lain, dan beberapa saat kemudian, 
seorang sukarelawan lain menjatuhkan buku notanya.




Penyelidikan kemudian menguji dalam setiap keadaan 

bagaimana orang ramai membantu orang asing.




“Apabila nilai membantu orang lain dijadikan ciri 

utama, bilangan orang ramai yang membantu orang 
tidak dikenali 40 peratus lebih baik di kawasan 
perkuburan berbanding kawasan jauh daripada situ,” 
katanya.




Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan 

yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan 
apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya 
hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih 
bersenam. – Agensi  



No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...