Tuesday, February 10, 2015

Alamak Cholesterol Aku........!


Pepatah Yang Terkenal Itu
Menyatakan:
Orang Yang Hidup Lama
Itu Makannya Sedikit.

Kajian menunjukkan ikan yang diberi makan sedikit lebih lama hidup daripada ikan yang diberi makan
dalam kadar biasa.



Cholesterol Fighter
















Apa Itu Cholesterol?

Kita selalu mengaitkan kolesterol dengan makanan berlemak, malangnya kebanyakkan lemak tersebut di keluarkan oleh badan kita sendiri.



Hati mengeluarkan 75% cholesterol yang bergerak bebas di dalam darah kita. 25% lagi kita dapat dari apa yang kita makan.



Dalam kadar biasa, cholesterol sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam membantu sel-sel untuk melancarkan tugasan mereka.



Tetapi, kadar cholestrol sangat tinggi dalam badan kebanyakkan kita, kenapa ya?



Tanda Kolesterol Tinggi


Kadar kolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang tanda atau petunjuk.  Tetapi kerosakkan yang berlaku jauh melaut di dalam sistem badan.  Lama kelamaan, terlalu banyak terampai akan menyebabkan keladak atau plak di dalam saluran darah.



Dikenali sebagai atherosclerosis, keadaan di mana aliran darah menjadi sempit dan boleh menyebabkan penyakit jantung.



Berita baik pula ialah tahap kolesterol yang tinggi  di dalam darah boleh dikesan, dan  ada pelbagai cara bagaimana untuk menurunkannya.





Ujian Kolesterol




Ujian mudah ini dikenali sebagai profil puasa lipoprotein.




Ia mengukur perbezaan kolesterol yang terbentuk, yang berada di dalam aliran darah selepas berpuasa selama lebih kurang sembilan ke dua belas jam.



Keputusan akan menunjukkan tahap kolesterol 'baik', kolesterol 'jahat' dan triglycerides di dalam darah anda.



Mereka yang berusia melebihi 20 tahun ke atas adalah wajib memeriksa tahap kolesterol sekurang-kurangnya setiap dua tahun sekali.


Kolesterol Jahat



Kebanyakkan kolesterol yang beredar di dalam darah, dibawa oleh protein yang di kenali sebagai low density lipoprotein atau LDL.  Ia terkenal sebagai kolesterol jahat sebab bila ia bergabung dengan bahan-bahan lain di dalam darah akan menyumbat saluran darah tersebut.  




Diet yang tinggi lemak tepu dan lemak trans meningkatkan tahap LDL.  Bagi kebanyakkan orang, bacaan LDL dibawah 100 adalah sihat, tetapi sangat diperlukan bagi yang mempunyai jantung yang bermasalah.  




kolesterol baik


Sehingga lebih kurang suku daripada kolesterol di dalam darah dibawa oleh high density lipoprotein atau HDL.  Ia dikenali sebagai kolesterol baik kerana berupaya membantu menyingkirkan kolesterol jahat, menghalang pengumpulan kolesterol jahat di dalam aliran darah.


Semakin tinggi tahap HDL, semakin baik untuk kesihatan keseluruhannya.



Mereka yang mempunyai sedikit tahap HDL berpeluang mendapat penyakit jantung.



Pemakanan yang sihat dengan pengambilan lemak berkhasiat seperti minyak zaitun, boleh meningkatkan kolesterol HDL kita.





Triglycerides



Badan kita menukar kalori yang berlebihan, gula dan alkohol menjadi triglycerides, sejenis lemak yang berada di dalam darah dan di simpam di dalam sel lemak di seluruh badan.


Mereka yang berat badan berlebihan, tidak aktif, menghisap rokok atau mengamalkan minum alkohol secara berlebihan dalam jangka masa yang panjang, akan mendapat tahap triglyceries yang tinggi.  Juga mereka yang mengamalkan pengambilan carb yang tinggi.


Bacaan triglycerides tahap 150 atau lebih menyebabkan anda berisiko mendapat sindrom pencernaan, di mana berhubungkait rapat dengan penyakit jantung dan kencing manis.






Jumlah Kolesterol




Jumlah kolesterol adalah perkiraan LDL, HDL dan VLDL (very low densiti lipoprotein) di dalam aliran darah anda.




VLDL perintis atau  bentuk awal kepada LDL, si kolesterol jahat.  




Anda sihat jika mendapat jumlah tahap kolesterol anda di bawah 200.




Mereka yang mendapat jumlah yang 'tinggi' berada di dalam golongan berisiko untuk mendapat penyakit jantung berbanding mereka denganbacaan di bawah 200.




Anda tidak sakit jantung so anda tidak tahu  bagaimana  rasanya sakit jantung.  Bagi mereka yang pernah mengalaminya, mereka merasakan seperti jantung mereka diramas-ramas dan dihiris-hiris dan pernafasan tercunggap-cunggap kerana kehabisan oksigen, selepas itu seluruh badan akan bermandi peluh - dari pengalaman seseorang yang tiga saluran jantungnya tersumbat oleh plak kolesterol.



Ratio Kolesterol



Untuk mengira ratio kolesterol, bahagi jumlah kolesterol dengan HDL kolesterol.


Contohnya, jumlah kesemua 200 di bahagi dengan jumlah  HDL 50 bersamaan dengan ratio 4:1.



Doktor akan mengesyorkan kita mengekalkan ratio 4:1 atau lebih rendah.



Semakin kecil ratio, semakin baik bagi kita.




Walaupun kiraan ini sangat berguna di dalam pengiraan kebarangkalian risiko untuk seseorang mendapat sakit jantung, ia bagaimanapun tidak sepenting panduan bagaimana menentukan rawatan mengatasinya.




Untuk menentukannya, para doktor pakar  akan melihat jumlah keseluruhan kolesterol, kolesterol HDL dan kolesterol LDL.







Kolesterol Di Dalam Makanan



Makanan yang kaya dengan kolesterol seperti telur, udang dan udang kara bukan lagi makanan larangan.




Para penyelidik membuktikan kolesterol yang kita ambil hanya memberi kesan yang kecil ke atas tahap kolesterol darah bagi kebanyakkan orang.




Hanya sedikit mereka yang mengambil bahagian dalam ujikaji, tahap darah mereka meningkat selepas makan telur.  




Pengambilan saturated fat dan trans fat (lemak tepu)  amat membimbangkan.



Had pengambilan harian  kolesterol adalah 300mg bagi orang yang sihat dan 200mg bagi mereka yang berisiko tinggi.



Sebiji telur sahaja mengandungi 186mg kolesterol.



 




Kolesterol Di Dalam Sejarah Keluarga


Kolesterol mempunyai dua punca - dari dalam badan dan makanan - dan salah satu boleh menyumbang kepada tahap kolesterol tinggi kita.


Sesetengah kita mewarisi genetik yang sedia mempunyai  pencetus penghasilan kolesterol yang tinggi.  



Yang lainnya pula, makanan adalah pencetus terbesar.



Lemak tepu dan kolesterol wujud di dalam makanan yang berasaskan haiwan ternakan, termasuk daging, telur dan makanan yang berasaskan susu.



Dalam kebanyakkan kes, kolesterol yang tinggi berpunca dari kombinasi dari pemakanan dan genetik.   




Apa Penyebab Anda Berisiko?


Beberapa faktor menyebabkan mengapa anda mendapat kolesterol tinggi di dalam darah anda:


# Pemakanan yang tinggi mengandungi lemak tepu dan kolesterol

# Sejarah keluarga yang mempunyai kolesterol tinggi

# Gemuk atau obes

# Berusia




Jantina Dan Kolestrol


Sehingga menopus atau putus haid, wanita semulajadinya menpunyai tahap kolesterol yang lebih rendah dari lelaki seusia.


Mereka mempunyai tahap yang lebih tinggi di dalam kolesterol HDL, kolesterol baik.



Hanya satu alasan  sahaja iaitu estrogen:  hormon wanita yang meninggikan tahap kolesterol HDL.


Pengeluaran estrogen berada di puncaknya ketika masa hayat kesuburan mereka dan menurun ketika menopos.  


Selepas usia 55 tahun, risiko wanita mendapat kolesterol tinggi  telah mula meningkat.



Kanak-Kanak dan Kolesterol



Ada bukti menunjukkan kolesterol juga mula menapai di dalam saluran darah sejak zaman kanak-kanak lagi, kemudiannya menyebabkan atheroscleroses dan penyakit jantung.



Persatuan Jantung USA menyarankan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, mula mengambil langkah pencegahan.  Secara idealnya, jumlah kolesterol berada pada tahap 170mg pada mereka yang berusia 2 tahun ke 19 tahun.


Mengapa Kolesterol Tinggi Membimbangkan?


Kolesterol tinggi adalah risiko utama penyebab penyakit jantung, serangan jantung dan strok.


Dia juga pencetus  risiko mendapat alzheimer (penyakit nyanyuk).  


Pemahaman kita adalah tahap kolesterol tinggi menyebabkan plak yang menyempitkan saluran darah.  Ini sangat merbahaya kerana menyekat atau mengurangkan pengaliran darah. 


Jika agihan darah kesebahagian jantung atau otak terputus, boleh menyebabkan serangan jantung atau strok. 



Pemusnah Kolesterol: Makan Fiber


Menukar corak pemakanan kita adalah satu cara yang amat berkesan dalam mencegah tahap kolesterol tinggi.



Tahukah anda mengapa sesetengah syarikat makanan bijirin mengaku mengambil makanan mereka akan menyihatkan jantung anda? Ini kerana bijirin adalah Fiber.  Fiber yang terlarut boleh didapati dalam makanan yang menolong mengurangkan LDL, si kolesterol jahat.  Punca terbaik termasuk roti gandum penuh dan bijirin, oatmeal, buah-buahan, buah-buahan kering, sayur-sayuran dan kekacang seperti kidney beans.


Pemusnah Kolesterol: Ketahui Fakta Anda



jangan lebih dari 35% pengambilan kalori harian anda datangnya dari lemak. Tetapi tidak semua lemak sama kalorinya.  Lemak tepu - dari produk haiwan ternakan - meningkatkan kolesterol LDL. Trans fat adalah talam dua muka, meningkatkan kolesterol jahat juga menurunkan kolesterol baik.  Dua lemak yang merbahaya ini boleh didapati didalam bahan-bahan masakan kek, makanan bergoreng (donut, kentang goreng, kerepek goreng), biskut berasaskan majerin dan biskut.  Lemak tepu boleh menurunkan LDL apabila bergabung dengan pemakanan sihat.  Mereka senang didapati di dalam avocados, minyak zaitun dan minyak kacang.  



Pemusnah Kolesterol: Protein Bijak


Daging dan susu penuh lemak memberi kita protin, sayangnya mereka juga punca utama kolesterol.  Kita berupaya menurunkan LDL dengan menukar kepada protin soya, seperti tofu. Ikan satu pilihan yang amat sihat.  Pelbagai pilihan seperti salmon, kaya dengan omega-3 asid lemak, yang mana boleh meningkatkan tahap kolesterol baik.  

Persatuan Jantung USA mengesyorkan pengambilan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.


Pemusnah Kolesterol : Diet Rendah Carb

Bukti jelas menunjukkan bahawa pemakanan rendah carb lebih baik dari rendah lemak untuk membaiki tahap kolesterol kita.


Kajian selama dua tahun oleh Institiut Kesihatan Jantung Kebangsaan, mendapati mereka yang mengamalkan plan pemakanan rendah carb, tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) lebih tinggi dari mereka yang mengamalkan plan pemakanan rendah lemak.  



Pemusnah Kolesterol: Turunkan Berat Badan 


Jika  terlebih berat badan anda mempunyai lebih banyak alasan untuk mencuba menurunkannya.  Kehilangan berat badan sangat membantu anda menurunkan tahap triglycerides, LDL dan semua kolesterol.

Menurunkan hanya bebarapa kilo boleh meningkatkan tahap kolesterol baik, ia akan menunjukkan peningkatan satu poin bagi setiap enam kilo yang hilang.


 

Pemusnah Kolesterol: Berhenti merokok


Berhenti merokok bukan perkara mudah, tetapi ada banyak sebab anda harus mencuba. Apabila anda berhenti merokok, kolesterol baik akan meningkat sebanyak 10%.  Anda akan lebih berjaya jika megabungkan beberapa strategy berhenti merokok.  Berbincanglah dengan doktor anda pilihan terbaik bagi anda untuk berhenti merokok.



Pemusnah Kolesterol : Bersenam



Jika anda seorang yang sihat tetapi tidak aktif, mulakan program senaman aerobic boleh meningkatkan tahap kolesterol anda sebanyak 5% dalam masa dua bulan yang pertama. 


Senaman yang berterusan boleh merendahkan tahap kolesterol jahat.  


Pilih aktiviti yang boleh meningkatkan kadar denyutan jantung anda, contohnya berlari, berenang atau berjalan cepat dan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dalam seminggu.  Tidak perlulah berterusan selama 30 minit: setiap satu sesi, dua 15 minit sahaja mencukupi (bermakna jumlahnya 30 minit).

 


Rawatan 


Rawatan : Ubat-Ubatan


Jika anda mempunyai sejarah kolesterol tinggi di dalam keluarga anda, pengawalan makanan dan bersenam tidak cukup mendapatkan tahap kolesterol anda sebagaimana yang anda inginkan.


Walaubagaimanapun, ubat-ubatan boleh mengawal tahap kolesterol.  Pilihan utama ialah statin.  Ia menyekat penghasilan kolesterol di dalam hati.  Pilih lain termasuklah absorption inhibitors, bile acid resins and fibrates.  Pakar anda mungkin akan mengesyorkan kombo.



Rawatan : Makanan Tambahan



Pengambilan makanan kesihatan juga boleh membaiki tahap kolesterol.


Ini termasuk mengambil minyak flaxseeds, minyak ikan dan sterol tumbuh-tumbuhan seperti beta-sitosterol.


Pengambilan Niacin yang disyorkan oleh doktor, vitamin B-komplek, didapati juga boleh meningkatkan tahap kolesterol baik dan dalam masa yang sama menurunkan tahap kolesterol jahat.



Namun harus diingat, Niacin yang di prescripkan Pakar anda sahaja yang diambilkira.  Niacin yang terdapat di dalam makanan tambahan didapati di pasaran, tidak boleh dijadikan ukuran dalam menurunkan tahap kolesterol anda.






Herba-Herba Penyembuh



Sesetengah kajian mendapati bawang putih boleh mengurangkan kolesterol dalam beberapa percentage poin dari keseluruhan jumlah kolesterol anda.  Namun pil bawang putih ada kesan sampingan yang boleh bertindakbalas dengan ubat-ubatan.  Herba-herba lain yang boleh menurunkan tahap kolesterol termasuk:


*  Fenugreeks seeds/Halba
* Artichoke leaf extract
* Yarrow
* Holy Basil/Kemangi





Fenugreek Seeds

benefits of artichokes
Artichoke



Yarrow


Holy Basil/kemangi


Pemusnah Kolesterol


Artichoke dan ekstrak daun artichoke boleh menurunkan tahap kolesterol.  Kajian ini bermula sejak dari tahun 1970an lagi, apabila saintis mula menkaji cynarin dan kaitannya dengan kolesterol.


Dalam 12 minggu, kajian secara rambang, 75 pesakit menerima placebo atau  menerima 1,280 mg standard ekstrak daun artichoke setiap hari.


Setelah 12 minggu berlalu, kumpulan yang dirawat didapati mengurangkan jumlah kolesterol mereka sebanyak 4.2%.


Untuk lebih lanjut membuktikan artichoke boleh menyihatkan jantung, saintis secara rambang, pengambilan placebo kawalan untuk mengkaji kesan ekstrak daun artichoke di kalangan pesakit yang mempunyai tahap kolesterol tinggi. 


Semua peserta menunjukkan keputusan yang baik.


Selepas 6 minggu, peserta dibahagikan, separuh menerima ekstrak artichoke dan separuh lagi placebo.  Mereka yang menerima ekstrak artichoke menunjukkan 18.5% pengurangan tahap koleterol mereka.  





Rendah Serendah Mana?




Ramai yang berjaya menurunkan tahap kolesterol melalui kombinasi rawatan dan perubahan gaya hidup. 


Masalahnya rendah itu serendah mana?


Bagi mereka menghidap kencing manis atau berisiko tinggi mendapat penyakit jantung, tahap LDL  kurang dari 100 adalah sebaik-baiknya.


Jika anda sudah mendapat penyakit jantung atau penyakit arteri koronari, sesetengah doktor mengesyorkan tahap 70 atau kurang adalah sebaik-baiknya.



Bolehkan Kerosakkan Itu Diperbaiki?




 Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk kolesterol menimbun membentuk plak di dalam saluran darah.  Ada bukti menunjukkan atherosclerosis boleh diterbalikkan, sekurang-kurang di satu tahap peringkat kajian mereka.


Dean Ornish, MD, telah menerbitkan beberapa kajian menunjukkan plan pemakanan rendah lemak sayur-sayuran, mengawal stress, dan berolahraga yang cukup boleh menghindarkan penapaian kolesterol di dalam saluran koronari.


Ada kajian lain seumpamanya, menyokong idea yang kejatuhan besar tahap kolesterol boleh membantu membaiki saluran darah yang tersumbat.




Jom Fahami Beberapa Fakta


Vitamin D adalah zat nutrien penting yang larut dalam lemak baik untuk pertumbuhan tulang dan kesihatan umum.  Ia diambil melalui diet dan pendedahan kepada cahaya matahari. Sintesis cahaya yang disebabkan terjadi pada kulit apabila lampu ultraviolet bertindakbalas dengan satu bentuk kolesterol, menukarkannya kepada vitamin D.  Molekul ini kemudian diubah oleh hati dan buah pinggang untuk membentuk vitamin aktif secara fisiologi.


Asid docosahexaenoic (DHA) dan asid lemak omega-6 arakidonik adalah lemak dominan dalam sel-sel saraf otak janin dan bayi.  Beberapa pihak berkuasa kesihatan telah menggalakkan bagi menguatkan formula bayi dengan DHA untuk sokongan yang lebih baik terhadap pembangunan sistem saraf yang betul.  DHA juga merupakan komponen struktur yang penting untuk retina.


Inositol menggalakkan pengeluaran lesitin, yang membantu dalam metabolisme lemak dan membantu mengurangkan kolesterol dalam darah.  Dengan bantuan choline, ia melindungi jantung dengan membantu mencegah pengerasan arteri.  Kajian juga telah menunjukkan bahawa inositol boleh membantu mengurangkan kecacatan rintangan-folat tiub neural.  Oleh itu, gabungan inositol dengan folat sepatutnya akan lebih banyak lagi membantu bagi mencegah kecacatan sebahagian besar tiub neural. 




No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...