Thursday, February 19, 2015

Makanan Penyelamat Jantung






Penyakit jantung adalah satu penyakit yang sangat popular.   I adalah punca utama kematian lelaki dan wanita.  Darah tinggi, kencing manis dan kegemukan adalah faktor biasa yang menjurus kepada penyakit jantung.




Herba Segar






Herba segar membantu makanan lain menjadikan jantung sihat kerana mereka mengantikan garam, gula dan lemak tepu.



Rasa yang sedap seperti kekacang, berri, juga kopi, boleh menjadi sebahagian makanan penyelamat jantung anda.



Fakta: Rosemary, sage, oregano dan thyme mengandungi antioksidan.








Kacang Hitam

Black beans may help keep you healthy.



Kacang hitam mengandungi nutrien termasuk folat, antioksida, protein, magnesium dan fiber, yang banyak membantu mengawal tahap kolesterol dan tahap  gula di dalam darah.


Tip:

Kacang hitam yang ditinkan senang ditambah ke dalam sup dan salad. Basuh dahulu untuk membuang lebihan sodium.


Wain Merah dan Resveratrol


Jika anda minum alkohol, sedikit wain merah satu pilihan yang bagus.  Resveratrol dan catechins, dua antioksida di dalam wain merah.  Wain merah boleh meninggikan tahap HDL, kolesterol 'baik'.

Resveratrol adalah antioksidan yang amat berkesan yang dihasilkan oleh kumpulan tumbuhan yang mengandungi  polifenol. Biasanya polifenol ditemui didalam wain merah. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada tahun 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel – sel kanser di peringkat selular.


Kajian saintifik mendapati dengan pengambilan RESVERATROL secara konsisten mampu membantu mengawal pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, diabetes, dan lain – lain. Ini kerana “tugas” RESVERATROL adalah untuk meningkatkan tenaga, mengurangkan gula dalam darah, anti keradangan, bahan anti kanser, memelihara badan, melawan sebarang kerosakan, mengekalkan awet muda pada wajah dan pelbagai lagi kegunaan yang hebat.



Manfaat Resveratrol



Tip:

Minum secara sederhana: tidak lebih satu bagi wanita dan dua gelas bagi lelaki.  Alkohol boleh mendatangkan masalah jika anda mengambil aspirin dan ubatan lain.  Terlalu banyak alkohol sangat tidak baik untuk jantung anda.



Salmon : Makanan Superb


The health benefits of... salmon




Makanan terbaik untuk kesihatan jantung.  Ia kaya dengan omega-3, EPA dan DHA.  Omega-3 boleh mengurangkan risiko detik jantung yang tidak sekata dan menurunkan darah tinggi.  Salmon juga mengurangkan triglycerides di dalam darah dan membantu membendung inflamasi.  Persatuan jantung Amerika mengsyorkan pengambilan salmon sebanyak dua kali seminggu atau ikan lain yang berminyak semulajadi seumpamanya.

Tip:

Bakar di dalam aluminium foil dengan herba segar dan lebihkan sayur-sayuran.




Tuna Untuk Omega-3


Tuna satu lagi sumber terbaik untuk omega-3, dan harganya lebih murah dari salmon.  Albacore (tuna putih) mengandungi lebih omega-3 dari keluarga tuna yang lain.  Mereka juga sumber omega-3 juga iaitu ikan kembung, herring, lake trout, sardin dan ikan bilis.



Tip:  


Panggang steak tuna dengan dill dan lemon.  Pilih tuna di pack di dalam air, bukan minyak.




Extra Virgin Oil


Minyak perahan pertama ini, sangat kaya dengan antioksida yang dipanggil polyphenols, yang boleh melindungi saluran halus darah.  Satu pilihan punca lemak tidak tepu yang boleh mengantikan lemak tepu seperti butter untuk kolesterol anda.







Tip:  

Gunakan sedikit sahaja untuk salad, memasak sayuran atau dimakan bersama roti.  Pilih label perahan sejuk dan gunakan dalam masa enam bulan.



Walnut.






Segenggam  walnut sehari boleh menurunkan tahap kolesterol anda, meningkatkan tahap darah ALA jantung yang sihat dan membantu menenangkan inflamasi saluran jantung anda.


Kajian yang lain menunjukkan,  meningkatkan pengambilan kekacang  dapat mengurangkan kadar kematian bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat serangan jantung. 


Walnut mengandungi omega-3, lemak tidak tepu dan fiber.  Berita baiknya walnut boleh menggantikan lemak tidak baik seperti yang digunakan di dalam chip dan biskut.  


Tip : 

Minyak walnut mengandungi omega-3, masukkan ke dalam salad anda.




Almond/Badam



Almonds macro 3



Badam mengurangkan paras kolesterol dengan merendahkan risiko darah tinggi, serangan jantung dan menghalang obesiti.



Beberapa kajian mengenai badam mampu mengurangkan paras kolesterol dijalankan oleh banyak universiti termasuklah universiti  Toronto dan pusat Penyelidikan dan Kesihatan Amerika.



Salah satu dari kajian itu mendedahkan 27 pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi berjaya merendahkan paras kolesterol itu sebanyak 9.4 peratus selepas mengambil dua genggam badam setiap hari selama sebulan.



Selain itu, asid folik yang terdapat dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homosistein iaitu sejenis asid amino yang boleh menyempitkan saluran darah.   Keadaan ini dapat merendahkan risiko penyakit jantung dan penyakit darah tinggi.  Badam



Badam adalah pasangan ideal bagi sayuran, ikan, ayam dan pencuci mulut.



Badam penuh dengan sterol tumbuhan, fiber/serat dan lemak baik untuk jantung.  Badam membantu menurunkan LDL, si kolesterol jahat, jika anda memilihnya dibandingkan dengan lemak lain.




Badam bersama kekacang lain secara amnya, dikaitkan dengan peningkatan tahap lipid darah yang bagus bagi jantung.




Satu kajian di dalam Jurnal Persatuan Dietetic America mendapati pengamalan makan badam meningkatkan tahap vitamin E dalam plasma darah dan sel darah meran juga menurunkan tahap kolesterol.




Ella Haddad, Dr PH, RD menyatakan kajian ini menunjukkan betapa pentingnya vitamin E dalam pemakanan dan aliran darah.  Vitamin E, satu antioksida yang sangat kuat boleh melindungi kerosakkan sel dan menghalang arteri tersumbat akibat kolesterol yang teroksidasi.  Mengamalkan segenggam badam setiap hari boleh memastikan tubuh anda mendapat vitamin E untuk kekal sihat.  


Satu kajian telah membuktikan bahawa memasukkan badan ke dalam makanan harian anda dapat mengelakkan penyakit jantung, mungkin disebabkan oleh komponen yang terdapat di dalamnya iaitu tidak berlemak (protein dan fiber) dan asid lemak tidak tepu.



Tip :  


Panggang atau sangai badam untuk meningkatkan rasanya yang lemak berkrim.




Edamame

Edamame

Edamame adalah kacang soya yang telah dituai sebelum ia mengeras, bahasa mudahnya ialah kacang soya muda.



Nilai kacang soya ini telah berkembang dan diminati kegunaannya melangkaui asalnya di dalam dapur restoren Jepun sahaja, di mana ia merupakan pembuka selera yang lazat.


Mengandungi penuh khasiat protein soya, yang boleh menurunkan tahap triglyceride di dalam darah.cth: vitamin E, thiamin, riboflavin, niacin, B-6, asid pantothenic, choline, magnesium, phosphorus, potassium, zinc, copper dan manganese.


Setengah cawan edamame mengandungi sembilan gm fiber yang boleh menurunkan kolesterol darah bersamaan pemgambilan empat    keping roti gandum penuh.


Tip :  


Cuba edamame sejuk beku, direbus dan hidangkan panas-panas dalan podnya.



Tofu

Tofu stir fry



Pengambilan tofu, anda akan mendapat protein soya yang terkenal, mengandungi mineral yang sangat menyihatkan jantung, fiber dan lemak polyunsaturated.  Ia sesuai dimasak berbagai cara yang sesuai dengan selera anda.


Tip : 



Potong tofu, marinate kemudian tofu dipanggang atau digoreng cepat di atas api besar.  Tambah tofu ke dalam sup untuk protein tanpa lemak.  




Keledek






Tukar Keledek putih  kepada keledek manis jepun berwarna ungu atau kuning.  Dengan indek glycemik rendah, keledek tidak mengganggu gula dalam darah anda.


Keledek kaya dengan fiber, vitamin A, antioksida, menurunkan kolesterol dan lycopene.



Tip : 


Kemanisan keledek boleh dipertingkatkan dengan menambah kulit kayu manis dan jus limau nipis ke atasnya berbanding denga sirup maple yang biasa digunakan.



Oren/Limau






















Limau memang manis dan bersari mengandungi fiber dikenali pectin sebagai pemusnah kolesterol jahat dan
juga mengandungi potassium yang boleh mengawal tahap tekanan darah.


Kajian dan penyelidikan mendapati jus oren melancarkan kerja saluran darah dan menurunkan sedikit tekanan darah tinggi.


Oren bersaiz sederhanan mengandungi 62 kalori dengan 3 gm fiber.





Swiss Chard 
Leaf of Red Chard


Sayur yang berdaun  hijau tua ini kaya dengan potassium dan magnesuim, mineral yang membantu mengawal tekanan darah.  Ia juga mengandungi fiber, vitamin A dan antioksida lutein dan zeaxanthin.  

Dihidangkan dengan daging panggang atau sebagai hiasan atau alas ikan,  Boleh saute dengan minyak zaitun sebentar dan diperasakan dengan herba dan lada hitam.  




Karot/Lobak Merah


images













Sayur yang manis dan ranggup ini, boleh membantu mengawal tahap gula darah dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis.  Ia juga  dapat membantu mengawal tahap kolesterol kerana ia adalah punca fiber terlarut. 


Tip:


Tambah karot yang disagat ke dalam sos spaghetti,  bater muffin dan ke dalam salad anda.





Barli











Ia sejenis kekacang bijirin penuh yang boleh menggantikan nasi sebagai makan malam anda, atau dibuat sup atau makanan berkuah yang lain.



Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika melaporkan bahawa serat daripada barli  ekektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah dan juga mungkin boleh menurunkan tahap gula dalam darah.  Serat (fiber) yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.




Tip:

Barli penuh atau hull barley yang paling berzat.  Barli yang telah digilap dan dipanggang sesuai untul dibuat cereal atau dihidangkan sebagai makanan sampingan.  Barli mutiara pula cepat disediakan,  masalahnya kebanyakkan serat di dalamnya telah hilang semasa diproses.




Oatmeal


10 Benefits Of Oatmeal





Oat walaubagaimana bentuk sekalipun boleh membantu jantung anda dengan menurunlan LDL, si kolesterol jahat.  Satu mangkuk oat panas boleh mengenyangkan anda berjam-jam lamanya, menghalang keinginan mengudap dan membantu mengekalkan tahap gula di dalam darah dalam jangkamasa yang panjang, yang mana sangat sesuai bagi penghidap kencing manis.


Banyak kajian mendapati serat unik yang didapati di dalam oat dipanggil beta-glucan, membuang kolesterol jahat tanpa menggangu kolesterol baik.


Kajian dari University Tuff menunjukkan antioksida unik yang terdapat di dalam oat di panggil avenanthramides, membantu radikal bebas dari merosakkan kolesterol LDL,  boleh mengurangkan risiko mendapat sakit jantung.  


Kajian dari University Havard meliputi seramai 21,000 peserta, selama 19 tahun,  menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil semangkuk bijirin penuh (asli/original) mengurangkan risiko sebanyak 29% mendapat kegagalan jantung.



Cuba teka bijirin apa yang selalu diambil secara asli - oat.



Satu fakta menarik oat adalah salah satu makanan kegemaran Prophet Muhammad.



Tip :

Gantikan suku gandum dengan oat dalam tepung pancake/lempeng, muffin dan masakan bakar anda. Gantikan serbuk roti dengan oat dalam semua masakan gorengan anda.



Flaxseed


Flaxseed Assortment


Bijirin yang berkilat, berwarna keperangan seperti madu ini mengandungi tiga faktor yang sangat bagus untuk jantung, iaitu serat, phytochemical dikenali sebagai lignan dan ALA iaitu sejenis lemak omega-3 yang boleh didapati di dalam tumbuh-tumbuhan.


Tip:


Tumbuk atau blend hancur adalah cara terbaik untuk mendapatkan khasiatnya.  Tambah kepada bijirin, makanan bakar, yogurt, sup dan mustard untuk sapuan sandwich.





Yogurt Randah Lemak





Pengambilan tenusu rendah lemak selalu disabitkan dengan penjagaam tulang, mereka juga membantu dalam mengawal tahap tekanan darah tinggi.




Yogurt memiliki dua kali ganda kalsium dan potassium berbanding susu.  Untuk mengurangkan lemak, pilihlah yang rendah lemak atau yang tidak mengandungi lemak langsung.  Sila teliti label untuk mengetahui kandungan gulanya, ia munglin mengandungi lebih dari yang anda jangkakan.



Tip: 


Sila gunakan susu dalam bijirin oat segera, minuman coklat panas dan sup kurang pekat.



Makanan Yang Diperkaya Dengan Sterol




Sesetengah majerin, susu soya, susu badam dan jus oren ditambah pemusnah kolesterol seperti sterol dan stanol di dalamnya.




Ekstrak tumbuhan ini menghalang kolesterol dari diserap oleh usus dan membantu menrunkan tahap LDL sebanyak 10% tanpa mengganggu kolesterol baik.



Tip:


Makan atau minum sekurang-kurangnya 2 gram sterol setiap hari,  



Kopi


Kopi dan tea boleh membantu melindungi jantung anda, terutama kopi yang dinyah kafein.


Kajian ke atas mereka yang mengamalkan minum tiga atau empat cawan kopi sehari, jarang mendapat kencing manis.  Jika anda ada penyakit tekanan darah tinggi, berhati-hatilah dengan kafein, kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.


Tip  :


Pilih kopi pekat tanpa gula atau latte yang tidak berlemak untuk menghadkan pengambilan lemak dan kalori.




Garam Kosher


Sangat sesuai bagi mereka yang berpenyakit tekanan darah tinggi.


Garam kosher diambil dari istilah menghilangkan darah, biasanya untuk daging, proses curing.  Garam kosher ini macam garam kasar di tempat kita, cuma biasanya ia tidak mengandungi iodin dan kurang masin.



Garam kosher yang besar kristalnya mempunyai rasa yang lebih baik dari garam halus biasa, and patut kurangkan bermakna anda juga telah mengurangkan pemgambilan sodium anda.  Satu sudu tea garam kosher bersamaan 1,120 - 2,000 mg sodium, dan limit pengambilan harian bagi mereka yang ada tekanan darah tinggi  adalah 1,500 mg.



Cherry



11 Health Benefits of Cherries






Chery mengandungi anthocyanin, dipercayai dapat membantu menlindungi saluran darah.  Pelbagai jenis cherry, masam, manis, yang dikeringkan atau dibuat jus,  masih kekal mengandungi antioksida yang tinggi.

Kandungan potassium sangat tinggi di dalam cherry, yang mana membantu  menormalkan tekanan jantung dan mengurangkan risiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi.


Tip :


Taburkan cherry kering ke dalam bijirin, bater muffin, salad dan nasi.



Blueberry




Health Benefits of Blueberries: 5 Reasons To Eat More Blueberries




Blueberry kaya dengan nutrisi.  Kandungan anthocyanins memberi mereka warna biru tua dan menyokong kesihatan jantung.  Ia juga mengandungi betakoraten, lutein, vitamin C, folat, magnesium, potassium dan serat.



Tip :


Tambah bluberri kering atau segar ke dalam bijirin, penkek atau yogurt.  Puree boleh ditambah kepada pencuci mulut sebagai sos. 



Kajian terbaru menunjukkan buah berri, termasuk strawberri dan berri biru, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung bagi wanita, kerana mengandungi  anthocyanins yang tinggi.  Anthocyanins adalah sebahagian dari flavoid, yang mana membantu mengurangkan penimbunan plak dan membaikpulih kesihatan jantung.   


Menurut kajian itu lagi, wanita yang makan tiga kali atau lebih banyak dalam seminggu strawberri atau blueberri  boleh mengurangkan risiko mendapat sakit jantung. 


"Sayang Jantung Anda"

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...