Friday, August 31, 2012

The Power Of Attitude






Salam kekayaan Anak-anakku 

FAILURE / KEGAGALAN

Definasi kejayaan (success)?

Pertama: Kejayaan sangat berkait rapat dengan sikap (attitude)

THE POWER OF ATTITUDE

Attitude        - 85%
Knowledge  - 15%

"The greatest discover of my generation is that human beings can alter their lives by altering their attitude"
- William James of Harvard University.

Firstly. a study by Harvard University found that when a person gets a job, 85% of the time it is because of their attitude, and only 15%  of the time because of how smart they can and how many facts and figures they know.

Secondly, Kejayaan itu sangat berkait rapat dengan system keyakinan yang sangat teguh dan mendalam (belief).

Bagaimana pula dengan enthuasism ( perasaan ghairah yang berkobar-kobar dalam melakukan sesuatu),
ketekunan (preseverance), tekad (determination), percaya kepada diri sendiri (self confident) dan juga matlamat atau penentu tujuan (goal setting).

Sesungguhnya:

"Success is not something accidental, but MUST CERTAINLY BE WILLED"

Oleh yang demikian, marilah kita membantu diri kita sendiri yang memiliki tangki penuh bahan bakar semangat untuk menjadi seorang yang berjaya (Success) dengan sedikit percikan api (spark) dan ignition agar tangki petrol semangat akan terus menyala dan membara untuk menempuh perjalanan jauh untuk menuju kejayaan.

Our attitude towards life determine life's alttitude towards us.

ATTITUDE - begins by always EXPECTING good things to happen.

The great secret of success is self-discipline - getting yourself to do what you really need to do - choosing to do what you feel is right and will bring the results you want into your life in the long term.  It is bringing order and efficiency into your life and creating structure in you life and doing this enthusiastically!

Success comes from taking change of yourself and feeling proud of yourself.  when you do.

The following success quotes will help expend your idea of success.

Salam juang Islam, Iman and Ehsan untuk saudara-saudaraku.


"It is your attitude more than your aptitude that determine your altitude - Brian Tracy.

Attitude determines altitude - sikap itu penentu kejayaan.

Sikap adalah satu faktor yang paling penting di dalam menentukan tahap kejayaan seseorang di dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi.  malahan di dalam kebanyakkan cerita kejayaan ikon-ikon terkenal di dunia perniagaan, sikap merupakan rahsia kejayaan mereka.  Disiplin, tabah, berani, berfikiran positif, fokus, bercita-cita besar dan berbagai-bagai lagi sikap-sikap lain yang perlu dimiliki oleh bakal-bakal usahawan maupun mereka yang sudah berada di dalam landasan perniagaan.

Bukan sekadar sikap mindset juga perlu betul.

Sikap belum cukup penting kerana sikap hanyalah hal yang terjelma dari dalam diri kita.  Sebenarnya mentality, kepercayaan, gaya berfikir dan mindset yang dimiliki oleh seseorang individu itulah yang menentukan sikap diri atau personaliti invidu tersebut.

Mindset  yang betul menghasilkan sikap yang betul.  Pemikiran yang negatif menghasilkan sikap yang negatif.  Mentaliti yang mengharapkan bantuan sahaja yang dimiliki oleh usahawan kaum melayu menjadikan usahawan yang lemah daya saing berbanding kaum cina yang bermentalitikan "survival mindset"  iaitu semangat juang di dalam perniagaan mereka.

5 Rahsia (the power of ) untuk kekal positif dan berjaya.

1. The Power of Gratitude - Kuasa Kesyukuran
2. The Power of Focus - Kuasa Fokus
3. The Power of Dreams - Kuasa Impian.
4. The Power of Action - Kuasa Tindakan
5.  The Power of Giving - Kuasa memberi

1.  The Power of Gratitude - Kuasa Kesyukuran

Lebih banyak kita bersyukur dengan kehidupan yang dikurniakan  Allah, sebaik sahaja kita menlafazkan kata-kata kesyukuran, ia membuka minda kita untuk mempercayai tentang kebesaranNya.  Langkah pertama untuk mempraktikkan Kuasa Kesyukuran adalah menerusi pengalaman kita merasai dengupan jantung kita.  Tekapkan tangan ke dada dan rasailah setiap dengupan jantung.  Dari situ akan timbul rasa kesyukuran kepada tuhan kerana masih mengurniakan kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan mencapai impian dalam kehidupan.

2.  The Power of Focus - Kuasa Fokus

Fokus adalah salah satu rahsia tersembunyi dalam setiap diri usahawan yang kaya dan bijaksana.  Salah satunya ialah keupayaan untuk melakukan sesuatu perkara sehingga habis.

Dalam masa yang sama, manusia yang fokus dalam kehidupan mereka adalah manusia yang mempunyai visi yang jelas dalam kehidupannya.

3.  The Power of dreams - Kuasa Impian.

Sebaik sahaja kita memiliki impian ia menandakan kita sudah mempunyai motif untuk hidup di dunia ini.  Justeru itu ambil masa untuk memikirkan bagi yang berugama islam, impian itu lebih mulia apabila disinergikan dengan matlamat untuk membantu menyelesaikan masalah dan menambah nilai dalam kehidupan manusia di muka bumi ini.

4.  The Power of Action - Kuasa Tindakan

Kuasa bertindak adalah kuasa yang paling kuat apabila dikaitkan dengan topik kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan .  Orang yang berjaya dalam hidupnya adalah mereka yang percaya dengan kuasa bertindak.  Menurut Dr. Azizan semakin banyak kita bertindak semakin dekat kita menghampiri kejayaan.

5.  The Power of Giving - Kuasa memberi

Setiap kali kita memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain, setiap kali itu akan terbukanya keajaiban pintu rezeki  yang diturunkan tuhan.  Belajar untuk memberi walaupun sedikit kerana memberi itu adalah jalan untuk membuka lebih banyak pintu rezeki.  Kuasa memberi jelas di dalam dunia perniagaan.  Kita sebagai peniaga sebenarnya diletakkan sebagai pemberi.


Nota kaki

Berpagi-pagilah kita memberi sedekah kerana bala bencana tidak akan dapat melintasan benteng sedekah.


Credit given to the original writer.  May God Bless U. Saya tolong sebarkan sahaja.  Terima kasih for the beautiful and brilliant ideas.



No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...