Sunday, October 14, 2012

HIDUP DAN MATIKU HANYA UNTUK MU!.





























































Salam Kekayaan Anak-Anakku

Kenapa Orang Tak Solat Boleh Berjaya

Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya dan ianya tidak akan memasuki hati yang gelap, tetapi kita lihat kawan kita yang berjudi, yang minum arak boeh berjaya pula.  Sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.  Kita tahu bahawa siapa yabg berbuat baik, taat kepada Allah akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat kawan kita ini tidak solat, tetapi perniagaannya menjadi, kita pula hidup dengan penuh kesukaran dan dugaan.

Kita juga tahu bahawa, Islam ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan Islam lebh berjaya dan umat Islam tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya kenapa begitu?  Sekarang ini yang manakah benar.  Adakah apa yang kita faham selama ini tidak benar?.

Maka saya hendak bertanya kepada and.

ADAKAH ANDA TAHU APA ITU ISTIDRAJ.

Istidraj ini adalah satu kalimah yang sering merujuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah di dalam kehidupannya walaupun dia bukan hamba Allah yang taat, malah pembuat maksiat yang tegar.

Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat Istidraj?.

Apakah Maksud Istidraj?

Istidraj adalah, apabila Allah memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpahruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya manusia yang mendapat Istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan Islan dalam kehidupan dan juga tidak berusaha mengenali Allah swt.

Contoh manusia mendapat Istidraj banyak.

 Saya bagi contoh yang paling mudah.  Salah seorang darinya adalah Qarun.  Apakah anda kenal dengan Qarun?  Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya.

Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat.  Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat didalam Al-Quran.  Hartanya melimpahruah.  Segala perniagaannya menjadi.  Segala pelaburannya mengembang.  Hartanya makin hari makin bertambah.  Sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa as cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang dari Allah, maka Qarun dengan angkuh menjawab

"Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku"

Lihat, lihat apa kata Qarun.  Tidak, semua ini adalah hasil dari....ILMUKU.  Dia nyata semakin jauh dari Allah, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpahruah    dan sebagainya.  Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut Nabi Musa as yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun?  Dia akhirnya ditenggelamkan Allah ke dalam bumi dengan seluruh hartanya.  Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah...........apakah itu yang kita mahu?.

Sebab itulah saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini yang menzalimi dosa-dosa melakikan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan.  Apakah agaknya akan timbul di dalam jiwa kalian?.

Saya yakin 99% akan merasa begini

"Tengok, aku tak solat pun berjaya.  Siapa kata solat itu bawa kejayaan?"

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu?.  Anda berjaya tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah Swt, dan ini buktinya anda semakin jauh dari Allah.  Itulah Istidraj.

Maka jangan gusar jika tidah berjaya.  Cuba lagi.  Hubungan keimanan anda dengan Allah itulah yang pertama sekali, yang perlu anda perhatikan.  Jika anda berjaya membina hubungan keimanana yang baik, InsyaAllah, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya Allah suka menguji hamba-hambaNya yang beiman..Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan.  Seorang penyembah berhala dan seorang lagi muslim yang taat kepada Allah.  Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya manakala yang muslim membaca bismillah.  Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan manakala yang muslim, hampir saja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah..

'Ya Allah, apakah yang telah berlaku?.  HambaMu yang menyegutukanMu kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, kau tidak memberikan dia apa-apa."

Allah menjawab..

"Yang menyegutukanku, tempatnya memang sudah pasti NERAKA.  Maka apalah sangat reseki yang pasti akan hancur itu jika ku berikan kepadanya itu?  Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak menganjarkannya SHURGA, maka Aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya"

Nah, jangan anda kecewa bila diuji.  Tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study? Gagal dalam perniagaan walau hebat nenyusun strategi.. Itu semua adalah sebahagian dari ujian Allah Swt.  Allah Swt menguji hanya untuk mereka yang dikasihi.  Bukankah Allah Swt ada berfirman..

"Adakah kamu akan mengira kami akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?".

Jika gagal terhadap satu-satu perkara itu, amda masih belum gagal di dalam kehidupan.  Teruskan usaha selagi nyawa masih ada.  InsyaAllah, Allah akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda.  Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur.  Tandanya Allah masih lagi dekat dengan kita.  Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana.  Anda mahukah Istidraj?.

Saya yakin tidak.

Anda tenang sekarang?.

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa  dan anda berjaya.

Sebab itulah, muhasabah diri itu penting.  Untuk kita sentiasa periksa bagaimana hubungan kita dengan Allah Swt.


Credit given to: 

Admin Blog Giler kentang - didoakan semua kebaikan yang Allah turunkan di atas muka bumi ini melimpahi anda dan anak-anakmu.dan pembaca bertuah  Sampaikan walau sepotong ayat.  Amin.
.

1 comment:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...