Tuesday, October 9, 2012

Baju Dia Kotor

Salam kekayaan anak-anak bertuah..

BAJU DIA KOTOR

Sepasang suami isteri baru sahaja berpindah ke rumah baru.  Setelah memindahkan kesemua perabut dan barangan, si iseri memilih satu sudut yang menghadap tingkap bagi meletakkan meja bilik.

Di situlah nanti dia akan menghabiskan masanya dengan menulis dan  mengemaskini blognya memandangkan dia suri rumah sepenuh masa.

Sambil menulis, dia dapat memerhatikan segala gelagat jirannya dari tingkat dua pangsapuri yang disewa.  Apatah lagi kawasan yang didiaminya itu kawasan yang terkenal sebagai kawasan yang berpenduduk padat.

Pada suatu hari, dia ternampak jirannya menjemur baju.  Tetapi ada sesuatu yang tidak kena.  Apabila suaminya pulang, diceritakan kepada suaminya perihal jirannya itu.

"Saya rasa jiran kita tu tidak reti mencuci bajulah bang,: luahnya kepada suamu, satu-satunya teman berbual.

"Kenapa sayang cakap macam tu?"

"Sebab  saya nampak baju-baju yang dia jemur macam kurang bersih.  Masih ada lagi kotoran yang melekat."

"Oh," balas suamunya ringkas sambil mencuri pandang ke arah tingkap.

Setelah seminggu berlalu, si isteri bercerita lagi kepada suaminya.

"Jiran kita tu dah reti cuci baju.  Saya tengok baju yang dia jemur tu bersih.  tidak macam macam biasa."

Suaminya terangguk-angguk.

"Masalahnya bukan jiran kita tu tidak tahu mencuci baju atau cuci baju ala kadar, tetapi masalahnya ialah cermin tingkap kita ni yang kotor.  Hari Ahad hari tu abang dah cuci cermin tingkap tu sampai bersih berkilat." jelas suaminya.

Pengajaran:

Satu jari telunjuk yang menunding keaarah orang lain, hakikatnya empat lagi menunjuk ke arah diri kita sendiri.  Sebelum menyalahkan orang lain atas sesuatu yang kita sendiri belum jelas tentangnya, perbetulkan persepsi diri kerana kita juga ada kesalahan sendiri.

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...