Friday, December 20, 2013

BOLEH!








by : Datuk Dr Maznah Hamid


1) Ukuran sukses bukanlah seberapa berat masalah yang sedang anda hadapi, tapi apakah masalah anda sama dengan apa yang anda hadapi tahun lalu. Ayuh audit diri mu!




2) Ketika anda melakukan sesuatu kerana menginginkan wang yang lebih banyak, dan anda memusatkan perhatian pada hasil, maka wang akan ‘menjauh’. Namun, ketika anda melakukan sesuatu demi keikhlasan dan untuk mendapatkan pengetahuan dan agar anda boleh memberikan nilai pada orang lain, maka wang akan ‘mendekati’ anda.




3) Jangan pernah mengukur tinggi sebuah gunung, sehingga anda telah berada di puncaknya. Kemudian, anda akan melihat betapa rendahnya gunung tersebut.




4) Kita janganlah terlalu bersikap penakut dan pemilih dalam bertindak. Hidup adalah sebuah eksperimen. Makin banyak eksperimen yang anda lakukan, makin baik.




5) Jangan terlalu bergantung pada orang lain, faktanya anda lebih kuat dari apa yang anda fikirkan, hanya anda masih tidak mempercayainya.




6) Cubalah lakukan sesuatu yang sebelumnya kita menyangka tidak mampu untuk melakukannya, tentunya kita akan terkejut bahawa sebenarnya kita boleh melakukannya. 




Fikirkan boleh!

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...