Tuesday, December 24, 2013

DAYA PEMIKAT WANITA BERUSIA









Mempunyai pasangan lebih berusia bukan perkara baru dalam kalangan masyarakat kini.  Andai dahulu semacam ada persepsi yang memandang serong lelaki prpasangan dengan wanita lebih tua usianya.  Kini ia tidak lagi.




Benar, nombor itu adalah angka.  Selain mencontohi Rasullullah memperisterikan Siti Khadijah yang lebih tua daripada Baginda, lelaki yang terpikat dengar wanita lebih berusia pasti mempunyai sebabnya tersendi.  




Ayuh kita lihat antara faktor yang membuatkan  lelaki memilih wanita ini.




Lebih Matang




Tidak dinafikan bahawa wanita yang lebih berusia sudah matang.  Sesetengah lelaki rimas mahu melayan sifa kebudak-budakan wanita.  Justeru, pada mereka wanita lebih tua daripada mereka adalah lebih matang dari segi perangainya dan bijak dalam menentukan hala tuju hidup.  




Mereka juga mempunyai daya intelek yang lebih tajam, berkeyakinan dan boleh diajak berbual tentang pelbagai isu kerana mereka lebih berpengalaman.  Pengalaman itulah yang membuatkan mereka lebih realistik dan berpijak di bumi nyata.





Pandai Membawa Diri





Kebanyakkan wanita berusia mempunyai emosi yang lebih stabil.  Mereka lebih bersikap positif, mampu melihat potensi pasangan dalam menyuarakan pendapat.  Mereka juga lebih pandai membawa diri dan cara mereka bergaul dengan orang sekeliling  menunjukkan yang mereka telah mengenali diri sendiri dengan baik.




Kestabilan dalaman inilah yang membuatkan mereka lebih menarik.  Tidak mustahil mereka lebih tahu selok-belok kehidupan lantas memberitahu pasangan apa yang mereka mahukan dan lebih yakin atas semua itu.  Mereka juga tahu tentang perasaaan sendiri  dan mengapa mereka merasakan demikian.




Lebih Mencabar




Menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lebih tua mencabar tapi pada masa yang sama ia merupakan satu perjalanan cinta yang menyeronokkan.  Wanita ini akan lebih menggalakkan pasangannya untuk menjadi diri sendiri dan menjadi dewasa berbanding pasangan yang sebaya atau lebih muda.




Kurang Persaingan





Tanpa perlu memikirkan si dia diambil orang, bercinta dengan wanita berusia kurang saingannya.  



Biasannya gadis muda yang lebih suka dikejar oleh para lelaki.  Jadi apabila kurang saingan, pasangan wanita berusia biasanya dilimpahkan kasih sayang dan perhatian yang lebih.




Sifat keibuan.




Selalunya wanita berusia mempunyai  lebih sifat keibuan.  Ada yang mengatakan dalam diri lelaki sentiasa ada jiwa anak kecil.  Sifat keibuan inilah yang dapat memenuhi kemanjaan tersembunyi ini.  Jadinya, lelaki pastinya memilih wanita yang mempunyai sifat ini kerana ia mengingatkan mereka kepada kasih sayang dan perhatian daripada ibu mereka.  Meski kasih ibu tidak boleh ditukar ganti, namun sesekali dimanjakan oleh wanita yang mempunyai sifat keibuan pasti menyenangkan.




















No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...