Tuesday, November 20, 2012

BERSEDIA 20 TAHUN SEBELUM KRISIS USIA 40 - 65 TAHUN
















Salam kekayaan dan bekerjalah dengan penuh kesyukuran, pahala dapat badan sihat dan awet muda.  Mudahnya hidup ini.





Tulisan ini ditujukan kepada anak-anakku yang berumur 20an tahun ke atas.  




Buatlah  persediaan dari sekarang agar kamu menuju hari persaraan dengan gembiranya, berharta, awet muda dan sihat sejahtera.



Tidak bijak jika kita hanya ingat persaraan hanya 5 tahun sebelum masanya.



KRISIS USIA 40 - 65




PERNAHKAH anda mendengar frasa "life begins at 40?" 



Ia adalah fasa kehidupan yang menggambarkan tentang perubahan tingkah laku dan emosi manusia  apabila berada dalam lingkungan umur 40 ke 65 tahun.



Fenomena berkenaan dikenali sebagai "midlife crisis" atau pertengahan usia dalam istilah psikologi.




Sesetengah lelaki akan menyedari fenomena ini semasa menyambut hari jadi mereka pada umur tertentu atau pada kelahiran cucu pertama.  



Ada yang menyedarinya setelah merasakan prestasi seksual mereka semakin menurun akibat penurunan paras hormon testoren.



Bagi wanita pula, mereka biasanya lebih bersedia kerana mengalami simptom menopause sebagai tanda bermulanya fasa tersebut.



Individu dalam linkungan umur ini amat mencemburui zaman.



Mereka sedar bahawa kecantikan dan kecergasan fizikal yang mereka ada satu ketika dulu semakin pudar.



Tanda-tanda penuaan seperti rambut yang ditumbuhi uban, penambahan saiz pinggang, kedutan pada wajah dan pengurangan daya ingatan mulai ketara.  


Mereka merasakan masa bergerak terlalu pantas.



Ibubapa baru tersedar bahawa mereka tidak sempat menikmati saat-saat indah ketika membesarkan anak-anak.  



Kini anak-anak sudah dewasa, malah ada yang telah berkahwin dan berpindah ke rumah sendiri.  Ibubapa di kampung semakin uzur.  



Adik-beradik, sahabat handai dan saudara mara pula ada yang telah meninggal dunia.



Bebanan kerja yang meningkat, masalah kewangan dan ketidakharmonian keluarga pula menyebabkan mereka kerap berfikir adakah mereka telah membuat pilihan yang tepat dalam hidup.  



Tempoh persaraan yang semakin hampir dan kurangnya persediaan memburukkan lagi keaadaan.



Mereka yang gagal melalui tempuh "midlife" ini akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan emosi.  Perubahan ini boleh berlaku dalam tempoh yang  singkat daripasa seorang penyabar kepada panas baran, penyayang kepada tidak bertanggugjawab atau ceria kepada pendiam.



Ada juga yang mengalami kemurungan dan hidup dalam penafian. 



Meraka mula mencuba tabiat baru seperti merokok, berjudi, mengambil alkohol  atau menyalahgunakan dadah.



Perbalahan  suami isteri dan keganasan rumah tangga kadangkala berakhir dengan perceraian.  Ada yang menukar isteri kepada yang lebih muda dan jelita untuk memenuhi tuntutan jiwa muda.



Midlife crisis perlu ditangani.  Setiap orang perlu melalui proses ini dengan bijak.  Anda tidak perlu musnahkan kehidupan sekarang untuk kembali ke dunia remaja.  



Apa yang perlu dilakukan adalah belajar cara-cara merangsang minda bagi mengembalikan semula perasaan indah zaman tersebut.



Di sampng itu, pengambilan makanan seimbang, alkalizekan system darah dengan pengambilan makanan beralkali atau kapsul Alkalete, alkali yang pertama didunia dikapsulkan adalah tindakan bijak,  dan senaman berkala  juga boleh dilakukan untuk membantu melambatkan proses penuaan



APA YANG PERLU ANDA BUAT



Stress adalah masalah utama golongan ini.  KurangKan stress dan elakkan kerisauan melampau.



Tidurlah secukupnya.  Pastikan anda telah pun tidur dengan nyenyak pada pukul 11.00 malam ke 2.00 pagi kerana waktu inilah badan anda melakukan proses membaik pulih.



Kurangkan mengomel tentang sebarang kekurangan pasangan dan banyakkan melihat kelebihan yang ada.  



Kukuhkan ikatan kekeluargaan dengan meluangkan lebih banyak masa bersama.



Kebanyakkan lelaki usia ini tidak ramai kawan rapat.  Hubungi rakan lama di sekolah dan jangan malu untuk beritahu yang  anda telah berubah sesuai dengan usia.



Kurangkan penglibatan dengan kumpulan berteraskan sosial atau politik.  Sertailah aktiviti kumpulan keagamaan setempat seperti masjid dan surau.



Senaraikan keutamaan hidup dan keluarkan mana yang tidak penting.  Ini akan mengurangkan komitmen masa dan wang anda. 


Betulkan hala tuju kerjaya dengan meningkatkan kemahiran dan cuba teroka bidang baru seperti kembali ke kolej atau universiti atau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan jika berpeluang.



Mulakan semula hobi zaman remaja seperti menunggang motorsikal, menulis atau menonton wayang.  Ini akan mengembalikan  semula perasaan gembira pada waktu tersebut.


Luangkan masa dengan mereka yang boleh menggembirakan hati. 


Cari peluang untuk ketawa seperti mengambil gambar aksi sendiri atau menonton komedi.



Sentiasa ingat perkara-perkara yang pernah membuat anda gembira seperti saat manis bercinta, kelahiran cahaya mata atau ketika anda menikmati pandangan indah.



Jangan lupa ambilah Alkalete sekurang-kurangnya 2 kapsul sehari untuk menstabilkan asid di dalam tubuh anda. Ia dapat membantu menguatkan sistem imun tubuh kita.




Selamat meningkat tua dengan jayanya.


Petikan di atas di ambil dari suratkhabar berbahasa melayu yang koyak-separuh hancur ditinggalkan di meja di kedai Ain dan tidak dapat dikenalpasti penulis asal  Semoga penulis asal mengizinkan Ain  menyiarkan kembali untuk dikongsi bersama.






























No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...