Thursday, November 15, 2012

Jangan Benarkan Kemarahan Kecewakan Anda












Bicara Sihat


JANGAN BENARKAN KEMARAHAN KECEWAKAN ANDA
bersama Datuk k Pathmanathan


Menganalisis Kemarahan Anda

* Anda boleh meluangkan masa bercakap dengan rakan bagi berkongsi kemarahan.

*  Sebagai pilihan, anda juga boleh menulis surat kepada rakan anda untuk mendapatkan pandangan.


Mengetahui Perbezaan Di Antara Perasaan Dan Tindakan

*  Kemarahan adalah satu emosi dan tingkah laku permusuhan adalah satu tabiat atau perangai

*  Dalam hal ini anda dinasihatkan tidak memendamkan kemarahan yang dialami.

*  Sebaliknya adalah lebih baik jika anda menahan tingkah laku permusuhan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

*  Cara paling praktikal untuk meredakan kemarahan ialah dengan bersenam atau memukul sesuatu dengan pemukul yang diperbuat daripada plastik.

*  Seorang ahli psikoterapi menyarankan,       perasaan permusuhan boleh dihilangkan dengan melempar ketulan ais ke tembok batu bagi memuaskan diri sendiri.


Jangan Membenarkan Kemarahan Mengecewakan Anda.

*  Terdapat segelintir infividual yang gemar menahan kemarahan dalam satu tempoh yang lama.

*  Sekiranya anda menyimpan kemarahan yang meluap-luap itu terlalu lama, ia boleh menyebabkan anda berasa pening dan tetekan.


Menghalang Sebarang Reaksi Fizikal

*  Apaila anda marah, denyutan nadi dan kadar pernafasan akan meningkat secara mendadak.

*  Dalam hal ini, anda harus cuba memberhentikan reaksi fuzikal tersebut denagan menenangkan fikiran anda.

*  Bersenam. menulis dalam buku harian atau menonton rancangan komedi dan pelbagai lagi dapat mengurangkan kemarahan tersebut.

*  Elakkan melakukan aktiviti yang agresif kerana ia hanya menambahkan kemarahan yang dialami.

*  Mengikut kajian, seseorang individu yang sering minum arak bagi melepakan kemarahan akan menjadi lebih agresif secara fizikal.


Menjauhkan Diri Daripada Situasi Yang Boleh Menimbulkan Kemarahan

*  Anda perlu cuba mempertahankan respons fisiologi badan anda dengan menarik nafas walaupun untuk beberapa saat sahaja.

*  Meluangkan sedikit 'masa marah' pada lewat hari yang sama anda berasa marah.  Pada ketika itu, anda akan memberi lebih tumpuan untuk meyelesaikan masalah anda.


Berfikir Sebelum Bercakap

*  Anda dinasihatkan berfikir dulu sebelum bercakap semasa berada dalam keadaan marah.

*  Sekiranya terlepas cakap, ia pasti akan melukakan hati individu lain yang tidak bersalah.


Jangan Meninggikan Suara

*  Sekiranya ingin berkongsi masalah dengan rakan atau sesiapa sahaja, anda dinasihatkan tidak meninggikan suara.

*  Elakkan menjerit kepada individu tersebut bagi menjaga hatinya walaupun pada ketika itu anda ingin melepaskan perasaan marah dan geram.


Mengesahkan Andaian Sebelum Naik Marah

*  Jangan membuat sebarang andaian mengenai sesuatu perkara sebelum anda mendapatkan pengesahan.

*  Kadangkala, andaian yang dibuat mungkin tersilap dan ia pasti akan menimbulkan kemarahan sekiranya andaian tersebut lebih bersifat negatif.


Mendapatkan Pertolongan Apabila Anda Memerlukannya

*  Sekiranya tidak dapat mengawal perasaan marah, anda boleh menghadiri sesi terapi yang dikendalikan oleh pihak yang lebih prefesional.

*  Dalam sesi tersebut, anda dapat mempelajari cara-cara menganalisis dan memutuskan masalah yang dihadapi dengan lebih sistematik sebelum bertindak balas..


Nenek Kebayan Chomel says:

Suatu masa dahulu ketika nenek kecik ayah menasihatkan nenek jangan simpan perasaan marah di dalam hati.

Kerana menurut katanyanya selagi kita menyimpan perasaan marah di dalam hati kita selagi itulah Allah marah terhadap orang tersebut dan orang itu akan terus berdosa selama tempoh kemarahan kita terhadap mereka.

Kita mesti memaafkan orang yang marah kepada kita agar mereka tidak berdosa.

Ada seseorang bertanya nenek, kenapa biarkan orang itu marah tanpa membalas balik kata-katanya sedangkan kita tidak bersalah.

Nenek menyatakan tidak perlu kerana nenek tau nenek lebih baik darinya dari semua segi. Jika rupaparasnya cantik, cantik lagi akhlakku.  Jika banyak harta..ahaks...ahaks....no komen le ye

Rasullullah berpesan sebanyak 3 kali, Jangan Marah, Jangan Marah, Jangan Marah.

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...