Tuesday, November 27, 2012

KAYA SAHABAT KAYA SEBENAR-BENAR KAYA

KAYA SAHABAT KAYA SEBENAR-BENAR KAYA

Salam kekayaan Anak-Anak Bertuahku,
semoga sihat, semuanya mudah di dalam segala urusanmu.  Jika was-was atau ragu di dalam membuat keputusan bacalah Laillahaillallah dan habiskan ayat tersebut.  Yakinlah Allah akan menunjukkan jalannya.

Ahli falsafah Perancis A. Camus pernah berkata, seorang sahabat yang baik akan saling menyokong sahabatnya menghadapi apa jua masalah meskipun tiada lagi kudratnya.

"Jangan berjalan dibelakang saya, saya mungkin tidak mampu memimpin.
Jangan jalan di depan saya, saya mungkin tidak dapat mengikut dari belakang.
Hanya jalan di sebelah saya dan jadilah sahabat saya" ujarnya.

Justeru, jangan abaikan kepentingan teman atau sahabat pada diri kerana mereka turut terbabit secara langsung dalam aktiviti harian kita, selain bertindak sebagai sistem sokongan kala diperlukan.

Berkongsilah sesuatu yang kita dapat faedahnya dengan kawan-kawan dan sahabat handai agar mereka juga  dapat menikmati apa yang kita telah dapat.  Misalnya anda dapat membeli emas tanpa upah, kongsilah dengan semua sumbernya.

 Jika anda membuat busines yang cantik incomenya kongsilah juga.  Jika kita ingin kaya kita wajib menolong mengkayakan orang dan kita juga akan ikut menjadi kaya.  Inilah hakikat yang amat susah untuk diterima walaupun kebenaran ditulis dengan tinta merah.

Seorang sahabat telah melangsaikan hutang seseorang, entah macamana, entah bagaimana beberapa orang sahabat dia juga telah mengetahui perkara ini dan mereka mengikuti melunaskan hutang lapuk seseorang. Mereka berfikir jika dia boleh buat mereka juga ingin jadi sepertinya.  Inilah yang dikatakan sahabat.

Baginda saw bersabda:

"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah swt akan menaunginya di bawah naungan arasy.  Di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya" - hadis riwayat Imam Tirmizi.


Nenek Kebayan Says:

Marilah kita mencari pendapatan lebih/ menjana pendapatan dengan berniaga online,  contohnya Yoli yang bermakna untuk hidup.

Untuk meneruskan kehidupan yang berkualiti kita perlukan wang. Agar kita dapat membina masyarakat kita yang lebih baik sehingga kita dapat memberi tanpa orang meminta, atau kita memberi tanpa mempersoalkan ke manakah wang kita itu dibelanjakan.

Wang mengalir ke dalam akaun bank kita tidak putus-putus dan tidak ada kebocoran wang lagi.  Cukup-cukuplah itu.


No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...