Monday, November 19, 2012

TANGANI STRESS

Salam kekayaan anak-anak bertuahku, semuanya sihat termasuk bank akaun juga.......










































Jika kita bertakwa dan bertawakal kepada Allah kita akan dapat rezeki dari sumber yang tidak dijangkakan.  Senangnya jadi muslim, jaminan Allah.  Subhanallah.  Jika belum sampai tahap ini, check balik ketakwaan dan ketawakallan kita terhadap Allah. Skala mana ye 1/10?, 9/10?



TANGANI STRESS SIHAT SEPANJANG HAYAT



Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stress.


Stress ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan.  Kita semua mengalami stress di rumah, sekolah atau tempat kerja.


Kita perlu sedikit stress untuk berfungsi secara berkesan.  Adakalanya stress boleh juga menjadi faktor motivasi terhadap perkembangan hidup seseorang.  Stress yang keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan.



KENAPA ANDA STRESS?


*  Diri sendiri (contoh: Anda kecewa, anda tidak dapat apa yang anda mahu)
*  Keluarga anda (contoh: Masalah dengan suami/isteri dan anak, pindah rumah, masalah kewangan)
*  Pekerjaan anda (contoh:  Anda tidak dapat menyiapkan kerja, anda tidak cemerlang dalam kerja, ketua anda tidak berpuashati dengan kerja anda, anda tidak dinaikkan pangkat, tukar kerja, dibuang kerja)
*  Komuniti anda (contoh:  Jiran dan komuniti tidak ramah).



BILA ANDA RASA STRESS



*  Jantung berdengup kencang dan sukar bernafas.
*  Anda cepat marah.
*  Anda rasa tidak gembira.
*  Anda kehilangan selera makan.
*  Anda hilang minat bekerja
*  Anda tidak lagi menikmati hobi.
*  Anda tidak cukup tidur.
*  Anda menengking-nengking.
*  Anda ingin membaling sesuatu.
*  Anda cuba menjauhkan diri.



APA YANG HARUS DILAKUKAN APABILA ANDA MARAH



* Menyedari yang anda sedang marah..katakan: "Saya sedang marah".
* Bertenang ..kira hingga 10, tarik nafas panjang dan
* Kenal pasti kenapa anda marah.
* Cuba dengar penjelasan orang lain.
* Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain.
*Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan.
* Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan.
* Membiasakan diri memaafkan - menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan.



KUASAI KEMAHIRAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH:





CARA IDEAL



I - Kenal pasti masalah (identify the problem).
D - Jelaskan pilihan yang boleh diambil (Describe possible option).
E - Buat penilaian bagi setiap cadangan - baik dan buruknya (Evaluate consequences of each option - the pro's and the con's).
A - Bertindak - pilih satu cara untuk betindak (Act).
L - Belajar dari pengalaman sama ada hasilnya berjaya atau tidak (Learn).



CARA MENGURANGKAN KEMUNGKINAN UNTUK MARAH:



* Berfikir secara positif.
* Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan.
* Belajar menyukai diri sendiri.
* Usahakan yang terbaik daripada apa yang anda ada.
* Belajar menerima apa yang tidak dapat diubah.
* Jangan risau tentang kekurangan yang ada.
* Bertenang.
*Lakukan senaman selalu.
*Adakan hobi.
* Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah.
* Dapatkan tidur yang cukup.
* Dapatkan teman untuk meluahkan masalah.
* Bersifar asertif.  Berani berkata "TIDAK" untuk kegiatan luar, jemputan atau temu janji yang anda tiada masa untuk hadiri.
* Tetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda.  Tidak semua anda dapat kecapi.  Sedarilah bahawa tidak semua perkara penting seperti yang anda sangkakan.



Saya menangani stress dengan positif
Apabila saya positif
Fikiran saya positif
Tindakan saya positif
Hidup saya menjadi positif





Kementerian Kesihatan Malaysia.



No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...