Thursday, November 29, 2012

KAYA PEMIKIRAN PETUNJUK KEKAYAAN



Salam kekayaan anak-anak bertuahku. Jagalah pemikiranmu kerana kau apa yang kau fikirkan itu akan menjadi realiti tanpa kamu sedari, dan menarik orang-orang disekeliling kamu kepadanya.

Fikiran kita bukan setakat di dalam otak kita sahaja tetapi ia juga mengeluarkan energi. Energi pemikiran ini mempunyai keupayaan untuk mencipta realiti.

Energi inilah yang menarik orang kepada kita.  Jika energi positif orang yang baik-baik sahaja akan suka kita dan begitulah sebaliknya.

 Jika difikirkan negatif sahaja, apa yang dibuat semuanya berakhir dengan keputusan negatif dan kamu dikelilingi oleh orang-orang negatif yang tertarik dengan energi negatif yang kamu keluarkan.

Bagaimana mengatasinya?.

Senang aje, rephrase, rephrase atau dengan bahasa mudah tukar chanel pemikiran kita, jika kita mula memikirkan sesuatu yang negatif, cepar-cepat beristighfar dan cubalah bayangkan sekuntum bunga yang cantik yang berkembang menjadi berjuta-juta bunga yang kemudian bertukar menjadi wang yang berlambak-lambak dan cubalah tersenyum.. Or keep telling yourself rephrase, rephrase.... senang aje kan.

Apabila kamu dalam keadaan tenang bayangkanlah sel-sel darah merah kamu 'wajahnya' sangat cantik dan berseri-seri.

Begitu juga jika janya terlintas sahaja di dalam pemikiran kamu kamu tidak menyukai sesuatu, secara otomatik sel-sel badan kamu menjadi berasid.

Bayangkanlah betapa tidak cantiknya 'wajah' sel-sel darah merahmu yang berketul-ketul dan melekat di antara satu sama lain.

Keadaan badan yang berasid terlalu tinggi menyebabkan sel-sel badan mati.dan bermulanya fasa penyakit kronik.

Kita mesti/wajib mempunyai keyakinan yang tinggi apa yang kita fikirkan boleh mencipta realiti.  Setiap halangan mendatang berfikirlah  "tiada masalah", "senang aje" dan jika masalah itu kecil anggaplah tidak ada masalah.

Belajarlah untuk "let go", tau untuk melupakan dan memaafkan.

Itulah nilai kekayaan yang sebenarnya.  Hidup kita ditentukan oleh pemikiran kita.

Allah swt pernah berfirman, "jika kau berusaha lebih kau akan dapat lebih jika tidak kau hanya dapat apa yang aku tentukan untukmu"

Anak-anak ku sayang,

Latihlah dirimu untuk selalu bersangka baik sentiasa, terhadap tuhanmu, jika ada perancanganmu tidak menjadi, katakan pada dirimu, "aku redha ya Allah, engkaulah sebaik-baik pelindung dan engkau tau apa yang terbaik bagiku"  Sekali kita redha dengan Allah berpuluh-puluh kali Allah akan redha dengan kita, masyaallah.

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...