Saturday, December 8, 2012

KAYA DZIKIR HILANG PANAS BARAN

- nenek kebayan comel

Salam kekayaan anak-anak Bertuahku.

Mari kita mulakan hari kita dengan latihan muka agar muka kita sentiasa awet remaja.

Seorang pakar kulit telah menasihati bahawa apabila kita bangun pagi kita akan dapati muka kita berminyak. Jangan dilap minyak tersebut.  Dengan tangan bersih sapu rata keseluruhan muka kita dengan minyak tersebut dan tepuklah muka kita dengan lembut.  Ia adalah minyak semulajadi dan sangat berkhasiat untuk kulit.  Biarkan sebentar sebelum kita mencuci bersih muka kita dengan pencuci yang sesuai.

Anda panas baran? let my humble story open a new window of knowledge to u......

Seorang adik juga seorang guru berijazah telah memberitahu bahawa dia bertahun-tahun melatih dirinya agar tidak-tidak keterlaluan (dalam bahasa kasarnya panas baranlah tu) di dalam setiap reaksi terhadap semua masalah yang dihadapi.  tetapi sebagai seorang yang amat mementingkan kesempurnaan agak mustahil ini dapat dicapai.

Dia selalu naik angin apabila anak-anak membawa balik buku rekod yang keputusannya tidak mengikut standard piawaian yang ditetapkannya, dia naik angin jika rumah bersepah dan banyak-banyak lagi.

Dia memberitahu dia  mempelajari sesuatu apabila melihat ibu dan kakak-kakaknya, bagaimana mereka menangani setiap masalah yang mendatang.  Mereka sangat tenang dan secara spontan tahu bagaimana untuk mengatasi apa jua masalah.

Misalnya jika anak dalam peperiksaan mendapat 4A dan semua B + C anak masih lagi dipuji dan dipanggil anak cemerlang dan diberikan hadiah yang berpatutan, sedangkan dia merasa sangat sedih dan malu jika anaknya mendapat kurang A hehe dan berhari-hari perasaan marah itu menguasai diri.

Begitu juga apabila ibu difitnah orang sehingga menjadi kes polis, emak masih sudi berkawan dan menolong orang yang pernah memfitnahnya dulu ketika itu emak berkata, dia buat kita itu antara dia dengan tuhan, dia menganiaya kita itu hak dia,  dia ada masalah dengan kita tetapi kita tak ada masalah langsung dengan dia.  Emak hanya jalankan kewajipan bersilaturahim. Tiada kata mengata, tiada balas membalas.

Begitu juga dalam hubungan suami dan isteri.  Jika suami beri isyarat dengan mengelengkan kepala atau isyarat tangan isteri sudah faham apa yang dimaksudkan dengan isyarat tersebut.  Mereka saling menyokong di antara satu sama lain.

Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, setiap tangisan akan berakhir dengan senyum ketawa dan setiap orang yang meminta pertolongan akan sentiasa diterima dengan tangan terbuka.

Dan semua orang nampak muda walaupun  usia sudah 50an ke atas  ahaks, ahaks.

"Saya nak jadi macam kakak-kakak dan emak.

Saya dapati selama ini kakak-kakak dan emak banyak berdzikir.  Saya sudah mengamalkan banyak berdzikir dan sangat terkejut mendapati tahap qualiti panas baran saya hilang.  Saya menjadi seorang yang sangat memahami dan datanglah apa jua masalah, semua dapat di atasi dengan mudah.  Sehingga saya dapat menolong menyelesaikan masalah-masalah kawan-kawan saya juga.  Masyaallah.

Saya juga mengamalkan mengambil Alkalete atas nasihat sesorang untuk mengatasi panas baran ini, dengan izin Allah ia juga banyak membantu.  Rupa-rupanya jika badan kita berasid, kita juga menjadi tidak stabil dan panas baran ya kak"

"masyaAllah".

Pesan nenek kebayan comel:

Anak-anak bertuahku, bukan kesusahan dan masalah yang kita takutkan tetapi bagaimana reaksi kita terhadap permasalahan tersebut.

Ingatlah anak-anaku kemarahan hanyalah satu expressi, jika kau marah berusaha untuk tersenyum dan ubah posisi tubuhmu, ingat marah itu salah satu cabang pintunya neraka.Jangan kau terjebak ke dalamnya.



No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...