Thursday, December 6, 2012

KAYA KESUSAHAN MENDIDIK KITA MENJADI KAYA


Kaya Kesusahan Mendidik Kita Menjadi Kaya
-Nenek Kebayan Comel

Salam kekayaan anak-anak ku yang dikasihi, semoga tidak lupa menjaga pemakananmu.  Ada makanan yang boleh membuatkan kamu cerdik dan ada makanan yang jika diambil dalam masa yang panjang akan menyebabkan otak menjadi benak (tidak cerdik dan tidak bijak).

Ada pepatah mengatakan kita sihat dan cerdik bermula dari perut kita.  Jika sihat perut kita cerdiklah otak kita, jika perut kita bermasalah boleh menjadikan kita tak cerdik.

Pepatah juga ada ada mengatakan berat diperut benak diotak.

So jangan lupa banyakkan mengambil makanan beralkali dalam hidangan seharian kita atau ambil supplemen jenama Yoli iaitu  Alkalete, alkali yang pertama di dunia yang di kapsulkan untuk selari dengan gaya hidup ranggi anda, untuk meneutralkan keasidan tubuh kita.

Ingatlah anak-anak bertuahku bahawa kita makan bukan saja untuk fizikal dan emosi kita, kita juga makan untuk otak kita.  Ada makanan otak kita tak suka kerana makaman tersebut membuat dia tidak cerdik dan mengurangkan kebijaksanaannya berfungsi  seoptimanya.

Tadi, selepas mesyuarat ahli kelab usahawan, kami ke wangsa walk untuk makan tengahari.  Semasa kami menuju ke kereta, kami melihat orang ramai mengerumuni seorang penjual.

Kami meneliti barangan yang dipamerkan dan merasa hairan dengan barangan jualannya.


                                     

"yang itu apa"

"ikan tempel"

"ikan tempel tu apa?"

"selain bagi tujuan perniagaan, ikan tempel juga digunakan bagi tujuan untuk menundukkan seseorang dan mengikat kasih sayang suami isteri.

Ikan tempel yang mempunyai nilai mistik dan hikmah yang tinggi di dalam ikhtiar pelaris perniagaan.

Sifat semulajadi ikan ini yang sering menempel pada permukaan ikan yu dan jerung adalah isyarat guna bagi manusia faham akan hikmahnya sesuatu kejadian.

Sukar untuk diperolehi.  Tidak mungkin dapat ditangkap apatah lagi dipancing ikan jenis ini.  Mudah-mudahan ikhtiar yang sedikit ini memudahkan usaha anda.  InsyaAllah.

- Pelaris perniagaan.
- Pembuka rezeki
- Membawa tuah dan keberhasilan
- Mengikat hubungan kasih sayang
- Ilmu penunduk

Seorang sahabat menyatakan ketika dia menghadapi masalah kerana suami suka menghabiskan wang gaji dengan berjudi sedangkan anak-anak masih kecil dan perlukan perbelanjaan besar.

Dia telah terjumpa dengan seorang penjual berniaga barangan seperti diatas dan dia telah memberitahu masalahnya kepada penjual tersebut.  Penjual itu memberikan seekor kepadanya secara percuma.

Ketika itu dia berniaga di PWTC membuka kiosk menjual biskut Raya dan kerepek.  Kiosk lain nampak sangat cantik dan elegant sedangkan kiosknya kelihatan sangat sederhana dan tidak menarik langsung.  Bajet babes.

Dia sungguh tekejut kerana dalam masa separuh hari sahaja jualannya habis dibeli pelanggan sedangkan berpuluh-puluh kiosk lain masih biasa-biasa saja jualannya.  Dia mempelawa budak lelaki yang kiosk di depan kiosknya meletakkan semua barangan jualannya di kiosknya, itu juga habis diborong pelanggan.

Malangnya ikan tersebut tidak ada di dalam simpanannya.  Dia telah meminjamkan ikan tersebut kepada seorang kawannya yang menghadapi masalah perniagaan.

Apabila dia meminta balik haknya itu, kawan tersebut telah memberitahu ikan tersebut hilang tidak dapat dikesan.

Tetapi dia juga mengingatkan bahawa kita wajib menyerahkan segalan-galanya atas izin Allah, setelah berusaha, naturally.

Berkat kesabaran dan kerajinannya dia sekarang mempunyai 4 buah rumah sewa dan sudah melancong ke seluruh dunia, and yet still masih suka menolong orang.  Jika terdesak perlukan duit seribu dua, telefon  saja janji bayar.  Tak bayar akan diblaklist ahak, ahaks.

Nenek Kebayan Comels says:

Tidak akan bergerak walau sebesar zarah (ion)  pun jika tidak dengan izin Allah anak-anakku.





No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...