Friday, December 7, 2012

KAYA PELARIS TAK KAYA-KAYA



Salam Kekayaan  anak-anak Bertuahku.

Jaga kesihatan dan keremajaanmu dari sekarang.  Apabila kamu meningkat tua dengan jayanya dan agar tidak menyusahkan anak-anak dengan kerenah dan penyakit-penyakitmu.  Bank akaun pun sihat juga, of course!

Seorang sahabat memberitahu bisnis nasi lemak merundum dengan teruknya.  Dari rm400 sehari dia kini mendat rm50-rm80 tetapi kedai sebelah bisnis booming.

Dia kira sekali pelangggan berkumpul 13 orang dan dari jumlah itu seorang keluar 2-3 orang masuk.

Setelah sebulan keadaan ini berterusan dia pun pergi berjumpa dengan pengusaha nasi lemak kedai sebelah.

"kak, janganlah nak makan sorang.  Tak takut tuhan ke?"

"aku perlukan duit banyak, anak aku 2 kat universiti, 2 kat kolej dan 2 lagi sekolah, aku terpaksa buat begini"

Wah terkejut besar dia mendengar jawapan sebegini.  Dia mengharapkan jawapan standard rezeki masing-masing, kubur masing-masing ahaks, ahaks..

"tak pe lah kak, kalau macam inilah perangai kakak, aku doakan apabila anak-anakmu berjaya mereka benci kamu dan tak pedulikan kamu kerana kau bagi mereka berjaya hasil dari menganiayai
aku."

Dengan linangan airmata dia menelefon ibunya dikampung mohon nasihat.

"jangan buat apa-apa. Kalau kamu di aniayai bukan senang tu, itu salah satu tanda-tanda Allah nak beri kamu kaya dan kesenangan.  Kamu redha saja tengoklah nanti.  Sejauhmana dia boleh pergi dengan permainan tarik-tarik ini".

Dia sangat-sangat bersabar kerana dia tahu dia hanya mengharapkan rezeki dari Allah biar pun sedikit dia mengharapkan keberkatan dan kini dia boleh tersenyum selepas 13 tahun berniaga dia ada 4 kedai yang disewakan dan 2 kedai yang dijalankan sendiri. Syukran, syukran.

Hukumnya jelas jika kita yakin dengan sesuatu yang boleh mendatangkan rezeki selain Allah.   Balasannya ditakuti akan menyedut rezeki anak cucu dikemudian hari.  Bermakna rezeki yang melimpahruah yang kita dapat hari ini adalah rezeki anak cucu yang masih lagi berada di alam ghaib kau sudah dapat sekarang dengan jalan  pelaris jualan menggunakan perantaraan dukun.

Ingatlah anaka-anakku, semuanya berada di alam ghaib sebelum dinyatakan di alam nyata.

Begitu juga dengan apa yang kita cipta di dalam fikiran kira, dia berada di alam ghaib sebelum kita walau  bagaimanapun, walau macamanapun, menjadikan impian itu realiti di alam nyata.

Apakah yang ada di dalam fikiran kamu itu, perancangan baikkah atau sebaliknya.  Lambat laun akan diterjemahkan atau dijelmakan ke alam nyata. Fahamkan.

Nak berjaya katakanlah nak kedai runcit 2-3 biji atau kedai gunting rambut 2-3 biji atau kedai membaiki motor 2-3 biji mesti memahami hakikat agar kita tidak terpesong dari landasan Allah taala.

Wah boleh ke?  Boleh, apa yang kamu perlukan ialah ilmu, mentor dan jati diri.

Tersilap langkah kaya dunia  muflis di akhirat.

Nenek kebaya comel says:

Yang penting bagaimana pengakhiranya.  Tidak kisahlah bagaimana kamu bermula.  Mari kita mulakan dengan impian-impian dahulu kerana apa yang kamu tidak nampak di otak mu kamu tidak akan dapat apa-apa.

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...