Thursday, December 13, 2012

KAYA SABAR KAYA SUKSES


Salam anak-anak tercinta, semoga kau melihat dunia dengan tersenyum, semalam sudah berlalu, hari esok masih lagi menjadi rahsia dan hari ini kewujudannya jangan dipersia-siakan kerana ia tidak mungkin berulang kembali.

"Kehilangan harta adalah kehilangan satu hal, kehilangan kesihatan adalah kehilangan banyak hal, kehilangan keperibadian kau kehilangan segalanya"

Seorang bijak pandai pernah berkata. ada:


7 keperibadian kaya mental untuk sukses:

1. Selalu berfikir positif.
2.  Mempunyai integriti - mempunyai kemampuan untuk bertindak.
3. Bertanggungjawab - menjalankan tugas dengan sepenuh hati.
4. Disiplin.
5.  Menghargai orang lain
6.  Selalu berfikir ke depan.- menentukan target.
7.  Sedar tidak ada jalan yang mudah untuk berjaya - bijak menangani ujian-ujian.


7 langkah kesabaran

Dalam keadaan marah undur 7 langkah ke belakang dan maju 7 langkah ke depan 7 kali.  Selepas itu barulah ambil keputusan untuk bertindak.

Kesabaran dalam kontek tersebut bererti suatu kematangan mental untuk mampu menahan diri dan mengendalikan sikap kita supaya tidak terjerumus kepada tindakan-tindakan tidak rasional yang merugikan.

Kesabaran merupakan ilmu hidup yang kita miliki jika kita ingin meraih kejayaan sejati.

Tanpa kesabaran, kita akan mudah terjebak dalam komunikasi negatif dan sukar menjalin hubungan kemasyarakatan yang konstruktif.

Tanpa kesabaran kita cenderung mudah melakukan tindakan-tindakan tak terkendali yang mengundang penyelesalan di kemudian hari.

Sebaliknya, melatih kesabaran bererti memperkecil kemungkinan penyelesalan.


Credit given to:
Terimaksih saudara Andriewongso yang bijaksana.  Semoga anda sihat selalu untuk menabur bakti kepada komuniti dunia.

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...