Sunday, December 16, 2012

DEMI KASIH DEMI SAYANG


































Salam Kejayaan dan kekayaan anak-anak bertuahku.


Semoga kau bijak dalam menjalani kehidupan harianmu, berfikir sebelum bercakap, berfikir yang baik-baik sahaja supaya pemikiranmu itu apabila diterjemahkan ke alam nyata baik-baik semuanya.


Bercakap yang baik-baik sahaja agar segala kebaikan yang Allah turunkan ke atas muka bumi ini akan menlempahi kamu di mana sahaja kamu berada.


Pepatah ada menyata:

Tiger might be strong but the Chameleon last longer.



Seorang pemuda Arab yang bermata biru-sebiru langit di angkasa raya telah bertanya seorang perempuan melayu jika dia sudi berkahwin denganya untuk dijadikan istri keduanya dan dia diberi pilihan samada dia menetap di Arab Saudi atau menetap di Malaysia.


Dengan senyuman manis perempuan itu menolak.  Alasannya kerana dia sudahpun berkahwin dan walaumacamana dan walaubagaimana pun dia jenis yang setia dan tidak akan meninggalkan keluarganya walaupun jika dia tidak gembira dengan suaminya sekalipun..


Mereka berkomuniksi mengunakan bahasa English kerana dia tidak fasih berbahasa Malaysia.


Arab tersebut lalu menadah tangan dan berdoa di dalam bahasa Arab, lalu dia bertanya perempuan tersebut.


"awak fahamkah apa yang saya doakan?"


"maaf, bahasa Arab saya tidak berapa bagus, saya faham hanya sedikit sahaja"


"saya telah mendoakan semoga segala kebaikan yang Allah turunkan di muka bumi ini akan mengikuti dan menyelubungi kehidupan awak dan keluarga di dunia ini"


Perempuan itu sangat tersentuh dengan doa tersebut dan melihat ke dalam matanya yang kebiru-biruan itu dan berfikir:


"Allah menduga aku dengan menghantar pemuda yang tampan ini, terima kasih ya Allah di atas perhatianMu tapi aku mencintai keluargaku".


Dalam apa jua situasi jangan pentingkan diri sendiri, berfikir, berfikir apakah kasih sayang akan buat dalam situasi begini?

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...