Wednesday, May 16, 2012

Kita berkongsi Dunia yang sama namun Alam kita berbeza





SALAM KEKAYAAN V


Hari sudah menjelang senja tetapi Aman dan Ruhi masih tidak balik dari memancing di Sungai Jelai .  Setelah maghrib mereka berdua masih tidak sampai ke rumah llalu aporan polis pun dibuat.

Satu pasukan penyelamat ditubuhkan untuk mengesan mereka kerana keadaan tebing sungai yang gelap dan licin.  Apabila pasukan penyelamat sampai di tempat kejadian dan meninjau keadaan sekeliling mereka dapati di kawasan itu terdapat pasir jerlus yang besar.  Mereka yang selalu memancing di kawasan itu pun terkejut kerana pasir jerlus tidak ada di situ sebelum ini. Menurut perkiraan mereka, sejak akhir-akhir ini banyak pasir jerlus dijumpai disepanjang Sungai Jelai selepas tsunami melanda Acheh.  mungkin disebabkan pergerakkan kerak bumi secara semulajadi.

Kerja-kerja menyelamat diteruskan sehingga ke pagi dan progman mula menbuat penyelaman.   Setelah berkali-kali menyelam tiba-tiba seorang dari penyelamat memanggil orang-orangnya untuk bermesyuarat termasuk ahli keluarga mangsa.

Menurut cerita penyelamat tersebut, dia  telah membuat terjunan menyelam ke dalan sungai, dan tiba-tiba dia muncul ke satu benteng pasir.  Dia terkejut teramat sangat kerana bagaimana dia boleh muncul ke sebuah dunia lain di dalam sungai!  Badan masih di dalam air dan kepala di atas permukaan air, dia melihat sebuah benteng pasir di atas permukaan air, dan dia melihat ramai anak-anak remaja sedang bermain bola sepak di atas benteng pasir tersebut.  Mereka kelihatan macam anak-anak kita bersukan dengan seluar pendek atau panjang   dan ada yang tidak berbaju.  Suasana ketika itu sungguh meriah dengan gelak ketawa anak-anak remaja tersebut.

Tiba-tiba dia merasa seram sejuk, bulu roma berdiri tegak dan dia cepat-cepat menyelam kembali dan timbul di tempat di mana dia mula-mula menyelam.

Pak Imam mencadangkan mereka membaca yasin dan memanggil seorang Pak Imam yang pandai di dalam hal-hal sebegini.  Tidak lama selepas itu mayat pertama dijumpai berhampiran tempat arwah lemas dan sejam kemudian seorang lagi dijumpai juga tidak jauh dari tempat dia lemas.

Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.  Kuasa Allah,  siapa tahu.










s

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...