Sunday, May 20, 2012

Dia yang tertinggal

SALAM KEKAYAAN


Hari ini pergi UiTM Arau, Perlis.  nak rekki dulu tempat tu sebelum hari pendaftaran pada 2 hari bulan Jun nanti.

Wow, jauhnya Arau.

Semua hotel penuh darling, so ambil  homestay for  RM250.00 per nite  with 2 double beds for 4 persons, aircon, kipas dan bilik air dalam bilik.  Okeyle.

Masa nak balik tu pergilah kat Bukit Kayu Hitam sat,  beli-beli sikit.  Berkenalan dengan satu keluarga orang Perlis yang datang membeli-belah juga.  Anak lelaki handsome dia belajar di UiTM Permatang Pauh ambil elektrical Power engineering.  Dia ajak kita tinggal kat rumah dia hari pendaftaran nanti dan cancel homestay tu.

Wow, baik nya orang Perlis.

Kita malu ah dan lagi kita kan sekeluarga 4 orang, tapi dia bersungguh-sungguh hendak kita tinggal di rumahnya.  Baik-baiknya orang Perlis no, layan kita macam saudara dia lak.

Tima kasih ler Puan Nor, may god bless you and your family.  Ameen.

Layan kisah benar ini darlings......


Dia yang tertinggal.
-  Nenek Kebayan Comel

Mini baru saja berpindah ke rumah baru di Semenyih..Rumah tersebut di lereng bukit dan pemandangan sangat cantik.  Ketika keluarga Mini berpindah masuk ke rumah baru hanya ada lebih kurang 5 keluarga yang sudah mendiami rumah yang mempungai  lebih kurang 50 buah rumah keseluruhannya.

Tidak ada apa-apa yang berlaku sehinggalah hari ke 3.

 Di senja itu Mini ternampak seorang budak remaja perempuan berdiri di luar pagar rumah jiran yang bertentangan dengan rumahnya.  Dia mengintai di sebalik langsir.  Budak perempuan itu berambut lurus panjang sampai ke punggung, berbaju putih labuh sehingga ke buku lali dan nampak kakinya yang tidak berkasut.

Dia merenung ke arah rumah Mini dengan wajah yang agak kepucat-pucatan dan jelas  kesedihan terpancar di wajahnya.  Dari rupa parasnya nampak macam berasal dari negara seberang.   Terlintas di hati Mini, adakah pembantu rumah jirannya itu didera oleh majikan kerana hari sudah senja dan dia masih berada di luar pagar rumah.

Malam itu ketika duduk menonton televisyen, Mini terasa ada orang berjalan di hadapannya kerana dia terasa angin orang yang berjalan itu  mengenai kakinya tetapi tidak ada sesiapa pun. Bulu roma Mini meremang tetapi dia diamkan saja kerana tidak pasti apa yang sebenarnya sedang  berlaku

Kesokan harinya anak lelaki Mini yang berumur 8 tahun mengadu dia terasa ada orang tidur disebelahnya dan orang itu menakutkannya.

Petang itu ketika menutup tingkap Mini terpandangkan budak perempuan tersebut memandang ke arah rumahnya sekali lagi dan Mini sepat-cepat menutup tingkap dan tidak sempat untuk melihat samaada kakinya jejak dibumi atau tidak.

Setelah gangguan tersebut berterusan selama 3 hari  Mini pun membuat lawatan ke rumah jirannya.


"Memang Puan Min, saya tak berani nak beritau Puan Min, nanti dikatakan saya mengarut pula.  Dia tak tunjukkan dirinya pada saya sekeluarga, tetapi dia selalu tunjukkan dirinya kepada pembantu saya."


"Setiap kali pembantu saya nak tutup tingkat dia pasti nampakkan dirinya dan jika pembantu saya melihat ke luar tingkap waktu senja, dia akan menunjukkan dirinya dan melambai-lambaikan tangannya.   Kami tak buka tingkap dah."

"Pembantu saya dapat rasakan angin orang berjalan di hadapannya, di belakang atau di sisinya.  Saya dah pagar rumah saya Puan Min.  Katanya dia ni bukan berasal dari Malaysia tetapi dibawa dari Indonesia dan tak tau apa yang berlaku kepada tuannya dan dia ditinggalkan menyebabkan dia merayau-rayau mencari tuannya."

 "Cina  di rumah hujung tu hampir pengsan ketika bertemu dengan budak tu ketika dia bangun tengah malam untuk minum air.  Dia nak jual rumahnya kerana ketakutan."


Puan Mini balik ke kampungnya dan minta tolong ibunya mencari orang pandai berkenaan masalah sebegini untuk menghalang entiti tersebut dari masuk ke rumah dan menggangu dia sekeluarga.


"Masalahnya kat tempat kita ini tidak ada orang pandai macam itu"  gelak ibu Puan Mini.


Ibu Puan Mini rasa tak  perlu mencari orang perantara, kita boleh memagar rumah kita sendiri dengan ayat-ayat Quran dan air yasin.  Bukankah Ayat Quran itukan bergantung kepada siapa yang memegangnya, jika kita yakin kita boleh buat sendiri.  Bacaan yasin dan air yasin hendaklah dibuat 7 hari berturut-turut sehingga tiada lagi gangguan, jika masih ada lagi gangguan kita perlu teruskan membaca yasin dan membuat air yasin selama 7 hari lagi.

Kerana menurut firasat ibu Puan Mini entiti tersebut hanya hendak mencari tuannya sahaja, jika tidak berjumpa dia akan pergi dengan sendirinya.  Sebab dia menunjukkan luarannya sesempurna yang mungkin iaitu menyerupai kita sedangkan kita tahu kewujudannya bagaimana. Mereka  boleh bertukar-tukar  bentuk bergantung kepada mood mereka.

Dia menunjukkan kehadirannya kerana dia hendak meminta pertolongan, jika kita boleh nampak dia, kita boleh pulangkan dia ke tempat asalnya.  Dia tidak mengganggu dan kewujudannya pun hanyalah belaan seseorang yang dia sahaja tau untuk tujuan apa belaan tersebut dibela atau mungkin juga dia dipusakai.

Menurut ibu Puan Mini kita juga boleh mengambil entiti tersebut jika kita mau dan tahu kegunaannya.  Tetapi kita hendak ambil dia untuk apa?    Benda begini kita wajib tau cara untuk menguasai mereka, jika tidak lambat laun satu saat nanti ditakuti mereka pula yang menguasai kita.

Diakhirat nanti kita akan ditanya tentangnya dan hukum berkenaan perkara ini amat jelas.

Sanggupkah anda mengadai akhirat anda hanya kerana dunia yang sementara ini!.








No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...