Tuesday, May 1, 2012

YOU ARE POWERFUL, DO YOU REALIZE IT?






SALAM KEKAYAAN 

Hidup kosong dan membosankan

Putri

Saya merasakan hidup ini benar-benar kosong. Setiap apa yang saya buat sungguh membosankan.  Apa yang saya impikan semuanya tidak menjadi sehingga saya merasakan hidup ini tidak lebih satu bebanan sahaja.

Saya pernah belajar di institut pengajian tinggi swasta tetapi gagal.  Sejak itu saya merasakan masa depan saya menjadi kelam kabut.  Apabila sudah tidak tahan lagi saya bertikar menjadi pemarah tidak kira pada siapa, dimana dan bila.

Kalau dulu saya tampil dengan imej gadis ayu yang bertudung tetapi sampai satu tahap sekarang, perlakuan dan tutur kata saya lebih mirip seorang lelaki. Malah ada yang menegur saya, ini lelaki ke perempuan?

Entahlah putri, saya sendiri pun tidak tahu apa dah jadi dengan diri saya ini.  Saya ambil kata-kata seorang pakar motivasi "Kita adalah apa yang kita fikirkan.  Jadi, jangan berfikir buruk tentang diri kita kerana ia akan menjadi buruk".

Apa yang saya fikirkan tentang diri saya buruk belaka.  Langsung tiada yang elok.  Mungkin sebab itulah nasib saya begini agaknya - Rafi, Bentong

Rafi

A seorang lelaki yang amat positif sepanjang masa. Didorong rasa hairannya B bertanya bagaimana A melakukannya.

A:  "Setiap pagi saya bangun tidur dan berkata kepada diri sendiri, anda ada dua pilihan hari ini, pilih mood baik atau mood buruk.  Saya pilih mood baik".

      "Setiap kali ada perkara buruk, saya boleh menjadi mangsa atau mengambil pengajaran daripadanya.  saya pilih pengajaran".

B:  "Ya, tetapi bukan senang untuk dipraktikkan".

A:  "Hidup adalah tentang pilihan".

Beberapa tahun kemudian, B mendapat tahu A cedera ditembak dalam cubaan merompak di restorannya.  A berjaya diselamatkan setelah menjalani pembedahan.  B melawatnya.

B:  "Apakah yang engkau fikirkan semasa kejadian itu?".

A:  "Pertama, saya sepatutnya mengunci pintu.  Kedua, semasa terbaring di atas lantai, saya ada dua pilihan samaada untuk hidup atau mati.  Saya memilih untuk terus hidup".

B:  "Engkau tidak takut?".

A:  "Paramedik sungguh hebat.  Mereka asyik memberitahu saya akan baik.  Tetapi, bila mereka menolak ke bilik kecemasan,saya bimbang dengan ekspresi wajah para doktor dan jururawat.  Seolah-olah tertulis di mata mereka, 'orang ini akan mati'.  Saya mesti melakukan sesuatu".

B:  "Apa dia?".

A:  "Seorang jururawat menjerit bertanyakan sama ada saya alah kepada sesuatu.  Saya menjawab ya.  Mereka semua berhenti bekerja dan menunggu jawapan saya.  Saya menarik nafas panjang dan menjerit ke arahnya. Peluru!.  Semua yang ada di bilik bedah ketawa.

Saya memberitahu mereka, saya memilih untuk hidup.  Jadi bedahlah saya seperti saya masih hidup, bukanya mati.

Dengan izin tuhan, A akhirnya terselamat.  Dia berterima kasih kepada kepakaran doktor.  Lebih dari itu, sikap positifnyalah yang telah banyak membantu.

A credit given to Mingguan Malaysia for the beautiful and meaningful answer.
Petikan dari Mingguan Malaysia - untuk pengajaran semata-mata.


No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...