Tuesday, May 1, 2012

Aku masih tersa malu.....

SALAM KEKAYAAN 3

Hari Rabu lalu 28 April 2012 menghadiri Anugerah Cemerlang di Sek Desa Tun Hussein Onn, Jalan Jelatek.  My beautiful and intelligent  daughter menerima anugerah cemerlang untuk SPM 2012.  Berjumpa dengan ibubapa yang anak mereka juga pelajar cemerlang. (Majoritynya anak-anak polis dan tentera...ahaks..ahaks). Guru-guru cemerlang juga menerima anugerah cemerlang. Inilah barisan pendidik bangsa yang ultra dedikasi kepada tugas mereka.  Sehinggakan terasa keikhlasan mereka  dengan hanya melihat wajah-wajah yang berseri-seri itu. I salute all of you outstanding teachers and parents. They are the real heroes!  Mendidik anak bangsa sepenuh hati.  Ibu-ibu pula,  (sahabatku iaitu suri-surirumah sepenuh masa) tidak mengenal penat lelah, mendidik dan memahami anak-anak agar mereka menjadi ibu pertiwi, di mana legasi ini akan diteruskan oleh anak-anak harapan untuk kesinambungan bangsa yang ultra berjaya di dunia dan akhirat.

 Walhamdulillah.  Syabas Sek Keb Desa Tun Hussain On.

Syabas Malaysia.  Putera-Puterimu berjiwa.

Nampak jelas satu persamaan di antara kami semua, guess what is it?  We are the book lovers.  Kami suka mengunjungi pameran buku.  Malangnya harga buku masih lagi tinggi.  Kami amat berbesar hati jika harga buku di pameran buku diturunkan sehingga 60%, so that we  (ibu-ibu) can buy more.

Hari ini hati ibu sungguh besar.  Sebesar-besarnya.  Inilah kekayaan yang sebenar.

 Let's us layan kisah benar ini.......Enjoyyyyy


AKU MERINDUI KUNJUNGANMU, TAPI AKU MASIH TERASA  MALU......
- by nenek kebayan comel


Sudah menjadi kebiasaan nenek mengerjakan sembahyang  sunat malam.  Biasalah menjadi orang tua begitulah kebahagiaan hidup mengabdikan diri kepada Yang Maha Agung.

Pada suatu malam setelah berehat sebentar dari mengerjakan solat sunat tahajjud, kira-kira pada pukul 3 pagi,  tiba-tiba nenek terbau bau yang sunggunh harum semerbak wangi, tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, dalam hati nenek berbisik this is not something from this world, baunya heavently, betul-betul di hadapan nenek yang duduk di atas tikar sembahyang. Lebih memeranjatkan nenek dua ekor kuching gemuk kesayangan nenek terbangun dari tidur dan mendongakkan kepala memandang kearah yang sama, memandang ke hadapan nenek seolah-olah ada sesuatu yang boleh dilihat di hadapan nenek.  Tetapi tidak ada sesuatu apa pun.

Subahanallah, tidak ada terasa perasaan takut walau sedikit pun, cuma di dalam hati tertanya-tanya, siapakah yang berbau harum mewangi ini yang datang mengunjung rumah nenekdi waktu sebegini.  Nenek teringat kisah malaikat Rahmat yang menggunjungi dan mendoakan rumah setiap umat Nabi Muhammad S.A.W.

 Mereka digambarkan pemuda yang muda belia kacak dan berbau harum semerbak mewangi, memakai pakaian yang sungguh cantik, berwarna serba putih dan berserban.  Tiba-tiba nenek terasa amat malu, pipi terasa panas, terlintas di fikiran nenek jika benar itulah gambarannya seorang malaikat yang sungguh kacak dan berdiri di hadapan nenek, walaupun nenek tidak dapat melihatnya, nenek terasa sungguh malu lalu menundukkan pandangan,  menghormatinga jua.

Sebagaimana dia datang, begitulah dia pergi, perlahan-lahan bau yang harum semerbak mewangi itu bergerak menjauh, pada masa yang sama kedua-dua ekor kuching kesayangan nenek mengerakkan kepala mereka mengikuti pergerakkan bau tersebut.   Bau yang harum semerbak mewangi itu terus pergi.  Dia tidak keluar melalui pintu tetapi terus melalui dinding. Sebab pintu  di sebelah kanan nenek. Mereka tidak perlu masuk atau keluar melalui pintu, mereka boleh tembus semuanya. Mereka tak perlukan pintu macam kita.

Sejak malam itu, nenek menanti kunjungannya.  Nenek rindukan bauan harum semerbak mewangi yang dibawanya.  Nenek rindukan kedatangannya.  Tetapi dia tidak pernah lagi datang.  Nenek semakin rajin bersembahyang malam, dan menantikan kedatangannya. Namun dia tidak kunjung tiba.  Nenek tertanya-tanya apakah kesalahan nenek seolah-olah dia tidak mahu nenek menyedari kehadirannya.  Sehinggalah nenek terasa kesilapan nenek dan insaf.  Perbuatan nenek tidak lagi kerana Allah, tetapi berjaga malam kerana rindukan bauan harum semerbak mewangi. Astagfirullah Al-Azim. Keikhlasan dan ketulusan tidak ada lagi di sini.  Orang yang tidak ikhlas apa-apa pun tak dapat.

Bauan harum semerbak wangi ini lain dari bauan harum mewangi yang pernah nenek bau dahulu. Nenek kena kacau dekat rumah nenek  di keramat wangsa AU3, ketika itu azan berkumandang di udara dan nenek dalam perjalanan balik ke rumah dari membeli barang dari kedai di hadapan rumah.  Dua kali nenek kena ikut oleh bau wangi ini.  Peliknya nenek tidak terasa takut langsung.  Bauan wangi ini jalan beriringan dengan nenek sebelum dia mendahului nenek dan kemudian terus menghilang. Ini berlaku sebelum lebuhraya Duke dibangunkan. Itu kawasan hutan simpan ulu klang.  Nama pun kawasan nenek ini Ampang Ulu ahaks...ahaks.

Sehinggalah pada suatu malam.  Dengan izin Allah, lebih kurang pada pukul 3 pagi nenek tidak dapat tidur lalu berzikir serba sedikit dan membaca buku.  Nenek tidak bersembahyang kerana uzur..  Tiba-tiba nenek terperasaan, dengan izin Allah jua, kedua-dua  kucing kesayangan nenek terjaga dari tidur dan memandang ke dinding di sebelah kiri nenek, nenek pun memandang mengikut pandangan kucing-kucing tersebut, dan dengan serta merta bauan yang sungguh harum semerbak mewangi memenuhi ruangan tamu.  Pandangan kucing betul-betul berhenti di hadapan nenek dan nenek  memandang berpandukan gerakkan kepala kucing kesayangan, yang juga mendongak melihat ke atas seolah-olah sesiapa pun yang berdiri di hadapan nenek ini seorang yang tinggi.  Nenek menghayati bauan tersebut dalam-dalam ke dalam dada dan cuba sebaik mungkin mengingatinya untuk dibuat kenangan.  Tetiba sahaja nenek terasa malu yang teramat sangat, muka terasa panas dan memerah dan seluruh tubuh ikut terasa panas, kemaluan yang teramat sangat kerana baru nenek sedar bahawa nenek tidak menutup aurat, hanya memakai baju tidur.  Nenek melihat ke sekeliling nenek, mencari-cari kain untuk dijadikan penutup kepala dan tubuh nenek, malangnya tiada kain berhampiran nenek. Tidak seperti pertemuan yang sebelumnya, nenek memakai baju kurung di dalam telekung sembahyang, lalu nenek menundukkan muka kerana malu  dan juga menghormatinya, siapa pun dia yang berada di hadapan nenek itu.  Perlahan-lahan bau harum semerbak mewangi tersebut menghilang diikuti oleh gerakkan kepala kucing-kucing dan nenek mengikuti arah pandangan kucing-kucing tersebut sehingga bauan harum semerbak mewangi  hilang dari udara.

Jika ku tahu, ada kejadian seperti ini, demi Allah, demi Allah, demi Allah, dari usia remaja lagi aku pasti bertahajjud, akulah yang tidak terpilih sehingga usia sebegini.

Sehingga ketemu lagi, demi Allah.......



No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...