Tuesday, May 15, 2012

Beauty Is A State Of Mind



Semasa orang-orang  Kotor  3.0 ditempatkan di sebuah pusat latihan polis, saudara mara mereka berkumpul di luar pintu masuk utama Pusat latihan tersebut.  Mereka minta kebenaran masuk untuk berjumpa dengan orang yang ditahan di tempatkan di dalam sebuat khemah yang besar yang lengkap dengan surau dan bilik makan.kerana menyertai tunjuk perasaan kotor 3.0.   Apabila tidak dibenarkan masuk, mereka semua berkumpul di luar pintu masuk utama pusat latihan tersebut.

"Anjing kerajaan!   Anjing kerajaan!  Anjing kerajaan!"

Laungan kedengaran.  Seorang perempuan yang sedang mengandung melaungkan perkataan keji tersebut berulang-ulang kali terhadap polis yang bertugas mengawal pintu masuk  Semua di kalangan anggota di dalam pusat latihan tersebut yang beribu-ribu orang telah  pun mendapat berita tersebut.  Dan mereka menuturkan perkataan yang sama -

"tengoklah apa akan jadi pada anak yang dalam kandungan itu besar nanti - sifatnya macam dot..dot, baru dia insaf...!

Nauzubillah minzalik!

Inilah yang dikatakan buat satu silap tapi dosanya bertimbun-timbun dan sehingga kita mati pun kita masih berdosa.


Dengan satu lafaz saja,  ( sudah berdosa - dengan niat  menghina) beribu-ribu orang tersinggung {sudah dapat beribu-ribu dosa) dan apabila orang mengata dan mengulang-ulang ayat tersebut, dosa mengumpat tersebut akan dapat kepada orang yang pertama menuturkan perkataan tersebut, kerana jika orang mengumpat kita kerana asalnya dari kita yang menyebabkan orang mengumpat kita, dosa mengumpat tersebut akan dapat ke kita bukan orang yang mengumpat kita.


Kita sebagai pelaku yang memulakan.   Ditakdirkan kita mati, dan ayat tersebut di ulang-ulang...........berguni-guni dosa  di bawa mahsyar nanti.   

Ini lah yang dikatakan muflis di akhirat nanti.

Ini ustazah ajar masa nenek sekolah rendah. Banyak pahala ustazah ni kerana inilah yang nenek sebarkan kepada sesiapa juga yakni cucu cicit, kawan-kawan yang hobi mengumpat dan memfitnah.  Dengan inilah nenek mendapat banyak kawan dan juga lawan.  Orang yang aura sama akan tertarik dengan orang yang sama gelombang aura dengan mereka.  Alhamdulillah Sukran jiblan.

Kaum wanita adalah Ibu Pertiwi.


Terdidiknya wanita majulah negara.


Ibu-ibu yang tak tau malu akan melahirkan anak-anak yang tidak akan tau malu.


Petikan kata-kata orang hebat:


"Manusia adalah sebaik-baik kejadian dan khalifah di muka bumi Allah.  Di dalam diri manusia tidak ada yng lebih baik daripada fikirannya dan ANDA adalah apa yang anda FIKIRKAN"



"Aku mendidik anakku bertahun-tahun lamanya sebelum kelahiran mereka, bagaimana?, iaitu aku mendidik diriku dahulu.."



layan kisah mistik ini babes...........


BIBIK NIA

Bibik Nia di panggil orang pintar.  Meaning dia seorang dukun, tapi Bik Nia bukan sebarang orang pintar, dia sangat pandai di dalam semua aspek ilmu hitam.

Kisahnya semasa Bik Nia berusia 6 tahun dia tinggal dekat dengan kawasan pergunungan di kampungnya di Jawa Timur.  Menanggislah ibu dan bapa Bik Nia  kerana kehilangan anak perempuan kesayangan.   Setelah berbulan-bulan tidak ada khabar mereka membuat keputusan dia sudah meninggal di makan oleh binatang buas.  Mereka redha dengan musibah ini.

Setelah 12 belas tahun berlalu, berlaku satu kejutan besar, seorang perempuan muda berumur 18 tahun tiba-tiba muncul dihalaman ruman dan mengatakan dia Nia.  Setelah semua soal siasat selesai confirmedlah dia anak yang hilang telah kembali.  Kemana dia menghilang selama ini?

Semasa dia sedang bermain di halaman rumah, tiba-tiba muncul seorang perempuan yang cantik menegur dan mengajak Nia menemaninya berjalan-jalan sekeliling kampung.  Itulah kali terakhir dia melihat kampungnya kerana selepas itu dia tinggal bersama masyarakat perempuan tersebut di pergunungan dan dia dijanjikan akan dihantar kembali ke kampungnya setelah selesai menuntut ilmu yang mereka turunkan kepadanya  Setelah bertahun-tahun menuntut ilmu dan  menerima ijazah tapi bersyarat iaitu dia tidak boleh berkahwin sampai bila-bilapun, dia pun dihantar kembali ke kampungnya.

Tapi sayangnya ilmu yang dia dapat adalah ilmu hitam. Setiap orang yang berjumpa  untuk meminta nasihat, Bik Nia akan berterus terang mengatakna bahawa ilmu itu ada dua, ilmu hitam dan ilmu putih dan ilmu Bibik adalah ilmu hitam.  Jika tidak ada masalah, beres.

Orang mengadu kedai mereka disyaki ditutup orang, Bik Nia akan beritahu benar atau tidak.  Jika benar dia akan pulangkan balik. Inilah dikatakan ilmu hitam, ilmu putih semuanya kita serahkan kembali kepada Yang Maha Berkuasa dan kita sendiri memaafkan orang yang bersalah terhadap kita.  Jika bukan perbuatan orang dan dari  kesilapan sendiri maka Bibik akan pulihkan kedai tersebut. Orang yang membuat jahat tersebut akan tutuplan kedainya kerana tiada sesiapapun yang boleh memulihkan kembali melainkan Bik Nia sendiri.  Begitu juga jika ada yang meminta untuk ditutupkan kedai oleh orang yang kita dengki, bagi tau Bik Nia - beres.

Nenek diminta menemani seorang kawan yang suaminya telah meminta izin untuk berkahwin satu lagi.  Nenek tidak mengalakkan perbuatan seperti ini kerana takut balasan.  Setiap tindakan kita akan mendapat balasan samada cepat atau tidak.  Tetapi setelah diterangkan tentang Bik Nia oleh anak saudara Bik Nia sendiri kami pun ke Kayu Ara, Damansara.  Nenek pun curious juga nak tau ilmu hitam ni macamana.

"Kamu tau yang mereka ini sudah tidak boleh dipisahkan...redha saja boleh...perempuan ini sangat cintakan suami kamu dan tidak mau kehilangannya, dan dia sudah kenakan suami kamu habis-habisan, dukunnya bukan orang malaysia, orang luar, tapi Bibik boleh tawarkan dengan izin Allah".

Kawan nenek ini malu nak bermadu dengan perempuan itu, tak cantik dan kurus kering, nenek pun sudah pergi mengintai perempuan tersebut.  Kawan nenek malu dia yang cantik dimadukan dengan perempuan yang bukan tandingannya sementelah pula janda anak 3.

"Teruk sungguh citarasa laki aku kak...." esaknya tersedu-sedu.

Bila sampai giliran nenek, Bibik bertanya apakah masalah nenek.  

"Tak adelah Bik, datang melawat Bibik saja sambil temankan kawan"

"Hulurkan tanganmu"

Bibik genggam tangan nenek.

"Tatap mata saya"

"Kamu orang baik, suka menolong orang, kamu memang baik, tapi loh, ingat ya, orang-orang yang disekeliling kita yang tidak baik.   Kawan-kawan kamu semuanya tidak baik terhadap kamu.  Kamu hanya tempat mereka pinjam wang tetapi dibelakang kamu mengumpat kamu macam-macam,  terutama ibu gemuk itu, asyik-asyik pinjam wang taunya mengumpat kamu.."

Nenek ketawa

"Sudah tau Bibik, tapi buat-buat tak tau saje..."

"Ya...hati-hati ya...ya udah jangan pinjamkan wang pada mereka lagi  heh...heh...bagus ya kamu, apa-apa buat menjadi heh...heh...."

:"InsyaAllah Bik, beres ........."

Allah memberi, Allah jua selayaknya boleh mengambil,  semua itu baik bagiku.








No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...