Thursday, May 17, 2012

Pulangkan hakku

SALAM KEKAYAAN
- dari Nenek Kebayan Comel


Nek sangat teruja apabila menikmati setiap hidangan yang terdapat di halaman orang yang amat dihormati dari dahulu sehinggalah sekarang, YAB  Tun Che Det.  May god bless you.  Walhamdullillah.  

I always reminded my children that the food that we consumed is not only makanan untuk fizikal tetapi mesti juga diambil kira makanan untuk otak.  Otak kita tak suka sesetengah makanan jadi kita jangan makanlah apa yang otak kita tak suka.  As simple as that.

Nak jadi macam YAB Tun  Che Detlah, meningkat usia dengan sihat dan bergaya dan awet muda...caiyo, caiyo


Ini sebuah kisah benar untuk hidangan rohani........


PULANGKAN HAK AKU 
- Nenek Kebayan Comel

Suatu pagi pembantu nenek datang ke kedai menangis teresak-esak.

"Ya Allah kakak, kasihan paman saya di Indon.  Sekarang lari ke hutan kerana bankrup.......tak tahan dikejar-kejar orang kerana tidak dapat melunaskan hutang dengan bank dan orang-orang"

"Haji yang kamu ceritakan kakak hari tu ke?"

"Ya kak, kasihan paman saya, dia baik kak, haji sudah 5 kali, kedai runcitnya ada 5 buah, car wash juga 5, semua dijaga oleh saudaramara....suka menolong orang lagi, tapi semua habis kak diambil kembali oleh Allah"

Alahai peliknya cerita budak ini, baik tetapi hartabenda semua diambil kembali oleh Allah?.

Menurut cerita Yuli, kira-kira 20 tahun yang lalu sebelum berhijrah ke Jakarta untuk berniaga Haji telah meminjam kalung pusaka emas dan barang kemas  dari ibu saudaranya.   Haji berjanji akan memulangkan kalung dan barang kemas tersebut atau membayar balik dengan nilai harga emas semasa  mengikut berat barang-barang tersebut setelah 20 tahun.  Barang-barang kemas  tersebut digadaikan untuk mendapatkan wang lalu dijadikan modal berniaga.

Menurut perjanjian mereka dalam tempoh tersebut Haji hendaklah membantu anak-anak kampung yang datang meminta pertolongan untuk mendapatkan pekerjaan atau apa-apa bantuan jika ada masalah di kampung seperti urusan persekolahan anak-anak buahnya.

Setelah sekian lama berniaga Haji dikurniakan Allah 5 buah kedai runcit, 5 buah car wash dan anak-anak yang cerdik pandai, rumah sewa, tanah sawah dan tanah kebun berhektar-hektar, namun Haji masih Haji yang dahulu, masih suka  membantu dan tidak lokek dengan wang ringgitnya.

Setelah 20 tahun berlalu,  ibu saudara Haji meminta balik haknya seperti yang dijanjikan untuk digunakan menunaikan ibadah haji di Mekah.  Dan Haji pun memulangkan kepadanya kesemua wang yang diperolehi hasil dari gadaian barang-barang kemas tersebut.

Ibu saudaranya tidak berpuas hati.

"Loh, bukankah perjanjian kita, aku akan diganti dengan harga emas sekarang.  Ini yang dipulangkan nilai harga emas 20 tahun yang lalu"

Protes bibik Yati.

"Aku tak punya wang lagi bik.  Ini saja yang boleh aku berikan.  Ikhlaskan saja bik"  tegas Haji.

Pulanglah ibu saudaranya dengan linangan airmata.  Apabila diceritakan kepada saudara-mara,  mereka  pun membuat rombongan memujuk Haji untuk menunaikan janji-janjinya dahulu.  Namun entah syaitan mana yang merasuk Haji, dia tetap berkeras tidak mahu mengikut perjanjian 20 tahun dahulu.

"Sudah dilayan baik-baik, masih minta yang bukan-bukan.  Apa yang aku bantu selama ini sudah lebih dari apa yang aku terima.  Aku tak ada duit, aku tak ada duit"  Kata Haji berulang-ulang.

Sejak hari itu terputuslah silaturahim di antara dua beranak ini.

Sejak kejadian hari itu, ada-ada sahaja yang tidak kena dengan perniagaan Haji, habis satu masalah, datang lagi satu masalah, sehinggalah dia mula menutup kedai-kedainya satu persatu untuk mengelakkan lebih banyak kerugian, anak-anak juga bermasalah hebat dan rumah sewa, tanah bendang, tanah kebun satu demi satu terlepas ke tangan orang lain dalam usahanya untuk menghiduplan kembali perniagaannya.  Namun malangnya semuanya tidak menjadi sehinggalah dia terpaksa lari ke kaki gunung untuk mengelak dari dikejar oleh pemiutang.


:The moral of the story

1.   Silaturahim, silaturahim,
2.   Tidak kira dimana kita bermuila, yang penting dimana kita berakhir

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...