Thursday, June 6, 2013

PERMUDAHKAN MEMBERI KEMAAFAN




Orang yang melakukan kesalahan, sebenarnya berada dalam aura atau ekspresi yang berlainan. Manakala orang yang telah memaafkan juga berada dalam ekspresi yang berlainan. Terdapat 3 ekspresi pada diri manusia iaitu:

1. Fizikal
2. Rohani
3. Emosi

Antara ketiga-tiga ekspresi ini, rohani adalah yang paling tinggi. Unsur krohanian yang tinggi akan membawa diri lebih hampir kepada Allah, sekaligus mudah menerima dan menyesali kesilapan. Apabila seseorang itu membuat kebaikan, seperti mudah memaafkan orang, dengan sendirinya kehidupannya akan bertambah baik. Orang yang memaafkan itu akan melihat kehidupannya lebih aman dan harmoni. Hal ini dapat membuka mata dan menyedarkannya bahawa persengketaan, sifat marah ataupun berdendam langsung tidak membawa kebaikan kepada kehidupan. Oleh itu, minda yang positif penting bagi untuk menangani emosi, supaya aura ketenangan diri dapat dirasai.

Dipetik dari Buku Bahagia & Membahagiakan, Prof Dr. Muhaya keluaranAs Sohwah Publication.

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...