Sunday, June 2, 2013

PUNCA PENYEBAB KANSER






TEORI KEASIDAN:

BAGI SEL BIASA, ianya hidup dalam suasana persekitaran yang sedikit beralkali, manakala bagi sel kanser ianya hidup dalam suasana yang berasid.  Salah satu punca badan berubah keadaannya adalah tekanan.  Tekanan menyebabkan badan manusia menjadi lebih berasid yang mana ianya menyediakan suasana yang bagus untuk sel barah membesar, jika suasana tertekan ini berlarutan dalam jangka waktu yang panjang, badan akan menderita kerana bagi meneutralkn semula asid yang berlebihan di dalam badan, kalsium terpaksa dikeluarkan dari tulang yang mana ianya mencipta atau membuat tulang menjadi lemah dan perpotensi untuk osteoporosis (tulang reput).

Selain dari tekanan yang menjadi salah satu sebab  persekitaran dalaman badan berubah menjadi lebih berasid, pemakanan juga menjadi antara punca besar membantu membina persekitaran badan yang berasid.


TEORI TEKANAN:

Bagaimana tekanan menyebabkan kanser?  Yang pertama, ianya member kesan kepada sistem pertahanan badan, sistem immune.  Yang kedua, ianya menyebabkan badan memerlukan pemakanan yang lebih baik.  Apa yang selalu berlaku ianya, apabila kita sedang tertekan dalam sesuatu hal, kita lebih cenderung untuk meninggalkan atau melengahkan  makan atau hilang selera makan, sedangkan badan memerlukan lebih nutrisi bagi mengimbangkan perubahan yang berlaku didalam badan.

Sebahagian lain pula, apabila berada dalam tekanan, akan lebih mengambil makanan ringan lebik, kopi, alkohol dan ada yang mengambil lebih rokok.

Perubahan yang berlaku dalam diet dan dalam badan ini membina suasana positif membantu sel kanser berkembang biak.


TEORI KEHIDUPAN:

1.  Pengambilan makanan yang tepu dengan garam menyebabkan pengumpulan sodium terlalu banyak dalam badan.

2.  Pengurangan atau penurunan kandungan garam potassium di dalam badan.

3.  Penurunan kandungan oksigen didalam badan.

4.  Tekanan berterusan yang dikenakan pada satu-satu titik di dalam badan - seperti contoh merokok secara berterusan yang menyebabkan oksigen di dalam paru-paru  berkurangan dan seterusnya mengubah paru-paru dan terbitnya kanser paru-paru.

5.  Pengunaan ubat allophatic secara berlebihan.

6.  Gangguan emosi yang berterusan.

7.  Sembelit (sukar atau jarang buang air besar).

8.  Bekerja di bawah suasana atau persekitaran udara yang tercemar.

9.  Kurang aktiviti fizikal atau kurang bersenam.

10.Ketagih arak.


Punca lain

1.  Nutrisi - kurang makan makanan seimbang.  Kurang atau tidak         mengambil buah sebagai menu dan lain-lain.
  2.  kurangnya rehat dan relax.

3.  Pernafasan yang teruk (kurang bernafas secara mendalam).

4.  Kurang atau jarang tidur.

5.  Radiasi - mesin x-ray, rawatan mengunakan radiasi, pekerjaan melibatkan radiasi.



Health Is Wealth



No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...